Monday, September 19, 2011

Re: RG2011... Re: Fw: Editor buku balun Mat Sabu Komunis putarbelitkan " Pengukir Nama Johor"

 



Itu lah yang paling betul tiada yang betul sekali hehehehehe
utusan akhbar jahat, rasist,lucah
----- Original Message -----
Sent: Friday, September 16, 2011 12:30 AM
Subject: Re: RG2011... Re: Fw: Editor buku balun Mat Sabu Komunis putarbelitkan " Pengukir Nama Johor"

 

Berita dari Utusan Malaysia tidak pernah ada logiknya kecuali keputusan nombor ekor.

From: Ummu Waheedah <assakynah@yahoo.com>
To: Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg>
Cc: ingatan group <ingatan@yahoogroups.com>; respect <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, September 14, 2011 5:55 PM
Subject: RG2011... Re: Fw: Editor buku balun Mat Sabu Komunis putarbelitkan " Pengukir Nama Johor"
 
Sebenarny kita tak perlu jadi hakim sejarah sebab kita tak berada di zaman itu.
Sejarah mmg selalu diputar belit, malah yg berlaku semasa pun tak boleh dipercayai seratus percen. Yg wajib kita yakin hanya lah Al-qur'an dan hadis sahih. Berita lain kena fikir logiknya... tak ada logik buang shj.
 
--- On Mon, 12/9/11, Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg> wrote:

From: Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg>
Subject: Fw: Editor buku balun Mat Sabu Komunis putarbelitkan " Pengukir Nama Johor"
To: "kamilr@technip.com" <kamilr@technip.com>, "zahidi@technip.com" <zahidi@technip.com>, "meorm@technip.com" <meorm@technip.com>, "Sharom.Musa@akersolutions.com" <Sharom.Musa@akersolutions.com>
Date: Monday, 12 September, 2011, 8:22 AM


Sent: Tuesday, 6 September 2011 9:51 PM
Subject: Editor buku balun Mat Sabu Komunis putarbelitkan " Pengukir Nama Johor"

 



Kalau dah  Editor buku itu sendiri sudah bersuara bahawa Mat Sabu tak layak bercakap untuk tentukan siapa pejuang kemerdekaan , anda boleh nilai sendiri seorang penyokong Komunis yang sedang tengah  tersepit ini . .
Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca berfikir siapa Mat Indera samada layak digelar hero atau pengkhianat negara kerana terlibat dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong 1950 . Bukannya buku ini  iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis .

Blog2 pencacai Pakatan yang syok pamerkan bukti tentang Mat Indera adalah pejuang sebenar  melalui bukti buku ini  dan bukan pengganas Komunis nampaknya  dah kantoi . Lain kali bagi faham dulu apa yang ditulis bukannya main auta saja .



 Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.


Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.


Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.


"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.


"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Terdahulu pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.


"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment