Thursday, September 15, 2011

Re: RG2011... Satu lagi saluran gas ditemui

 

Ini adalah gas yang terhasil dari tindak balas kimia pada air kumbahan tersebut...terdapat beberapa negara didunia yang menjadikan tenaga yang terhasil dari loji kumbahan dikomersialkan untuk menjana tenaga elektrik yg cukup utk beberapa buah bandar.
 
tapi yg terjadi diterengganu hari tu bukan dari hasil kumbahan...kes tersebut boleh dikaji lebih lanjut.....

From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
To: "Kelakar@yahoogroups.com" <Kelakar@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 15 September 2011 4:45 PM
Subject: RG2011... Satu lagi saluran gas ditemui

 
Dah dua kali cerita gas keluar dari tanah..
Maknanya kita boleh create sendiri lah gas utk memasak kalau mcm ni..xpayah nak harapkan gas yg diambil dari tengah laut tu kan...lagi murah pe harga gas tu nanti...


Satu lagi saluran gas ditemui

Oleh AINSAFRE BIDIN
berita@kosmo.com.my

MOHD. SHAMSURI menunjukkan api yang keluar dari parit dekat rumahnya di Bagan Datoh semalam.

BAGAN DATOH - Selepas kewujudan gas dipercayai metana ditemui di Kampung Padang Macang, Manir, Terengganu, kemunculan gas yang disyaki sama ditemui di Kampung Sungai Tiang Baroh di sini semalam.
Gas yang mengeluarkan api itu ditemui seorang penduduk, Mohd. Shamsuri Abdul Rahim, 45, di dalam sebatang parit berhampiran rumahnya pada akhir Ramadan lalu.
"Beberapa hari sebelum hari raya, kami sekeluarga terdengar bunyi seperti air mendidih dari arah parit kira-kira 10 meter dari rumah kami terutama pada waktu malam.
"Keadaan itu berlarutan setiap malam lalu saya beranikan diri meninjau dan mendapati air kumbahan di dalam parit itu membentuk ketulan buih," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di di sini semalam.
Mohd. Shamsuri memberitahu, sekiranya parit itu didekati, bau seperti gas memasak boleh dihidu dengan kuat.
Katanya lagi, dia kemudian memberanikan diri mencucuk sebatang paip besi ke dalam parit berkenaan petang kelmarin.
"Saya terkejut kerana paip berkenaan menjadi panas dan api warna kebiruan keluar daripada muncungnya.
"Api itu masih menyala sehingga hari ini (semalam)," katanya.
Mohd. Shamsuri berkata, beliau belum memaklumkan penemuan gas tersebut kepada mana-mana pihak.
Kosmo! 8 September lalu melaporkan seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir mengeluarkan gas dipercayai metana.
Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment