Tuesday, September 6, 2011

Re: RG2011... Tragedi Noramfaizul jadi iktibar

 

Yang dah pergi tetap pergi..Kita yang hidup ni jgn la asyik cari salah orang lain je..Memang kalau nak di ikutkan masih ramai yg melarat kat Malaysia ni perlukan bantuan..Bantuan dari pelbagai sudut. Kerajaan mungkin terlepas pandang tentang priority keselamatan bila di negara luar yg bergolak yg jadi mangsa anak bangsa kita yg sepatutnya digunakan di dalam negara kita sendiri yg bergolak.

Sebagai rakyat malaysia saya mohon agar kurangkan la aktiviti membantu negara luar seketika fokus dalam negara yg tak habis2 isu merempit, buang bayi, samun, ragut dan baru baru ni kedai mamak pun org dah berani ragut ( itu bergolak maksimum tu..) rompak, bunuh diri, bunuh sana sini; Pihak berkuasa tolong la kami yg dahagakan keamanan..bukan keamanan di negara luar..
 
Director
Maizasound & Entertainment
411, jalan Scientex 11,
Taman Scientex,
81000 Kulaijaya
Johor

HP 017 7664288


From: Azman Amat <azmanamymcsb@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 6 September 2011 10:05 AM
Subject: Re: RG2011... Tragedi Noramfaizul jadi iktibar

 
pengalaman bertugas dgn IFRC (untuk negara2 ditimpa bencana).. sedangkan badan dunia ni yang membawa emblem "red cross and red crescent" pun masih menerima ancaman keselamatan.. inikan pula Kelab Putra Umno 1Malaysia... sapa kenal diorg ni kat Somalia? yg pi negara bergolak dan berisiko tinggi tu apsal? 
 
ICRC (untuk negara bergolak) pun menitikkan soal keselamatan.. penggunaan vest kalis peluru adalah untuk tujuan prevention dan kalau berlaku kecelakaan selepas tu nak buat mcm mana dan qada dan qadar... takkan vest kalis peluru hanya sesuai dipakai masa acara angkat sumpah kat masjid je?


 
2011/9/5 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 

YG WA HAIRAN KENAPA PREPARATION YG SECUKUPNYA TIDAK DIBUAT?? KENAPA ISU KESELAMATAN DIAMBIL REMEH OLEH PENGANJUR? PERGI KE MEDAN PERANG MCM KOBOI! SEKARANG.. APABILA SATU NYAWA DH MELAYANG.. BARULAH NAK SEDIAKAN JEKET KALIS PELURULAH.. TOPI LAH.. MOGA ROH ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL DITEMPATKAN BERSAMA PARA SYUHADA! AMIN..

Oleh Badrul Kamal Zakaria
badrulkamal@bharian.com.my
2011/09/05

DR MAHATHIR   dan  Dr Siti Hasmah  (kanan) bermesra dengan  pengunjung pada  majlis rumah terbuka di kediamannya di The Mines, semalam.
DR MAHATHIR dan Dr Siti Hasmah (kanan) bermesra dengan pengunjung pada majlis rumah terbuka di kediamannya di The Mines, semalam.
Dr M mahu penganjur misi kemanusiaan di negara asing buat persediaan cukup

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kejadian yang menimpa Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor wajar dijadikan pengajaran dan iktibar oleh pihak yang ingin menganjurkan misi kemanusiaan terutama ke sesebuah negara yang bergolak.
Bekas Perdana Menteri juga menasihatkan mereka yang ingin menghantar bantuan ke negara asing, membuat persediaan yang secukupnya, khususnya aspek keselamatan, supaya tragedi sama tidak berulang.
"Somalia adalah sebuah negara yang kucar-kacir dan bahaya kerana kerajaan mereka sangat lemah sehingga tidak mampu menyediakan jaminan keselamatan kepada petugas misi bantuan kemanusiaan.

"Saya amat sedih dengan kejadian menimpa Allahyarham, kerana saya berharap orang kita akan dijaga dengan baik apabila sampai di sana (Somalia), tetapi ia menjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di The Mines di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, penganjur misi kemanusiaan perlu membuat persediaan secukupnya jika ingin menghantar bantuan ke sesebuah negara yang bergolak kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa orang.

"Kita kalau nak tolong orang pun kena tengok dulu dan sentiasa berhati-hati... biarlah orang yang kita nak tolong itu pun sudi menerima bantuan kita. Selain itu, kita kena pastikan mereka juga turut menyediakan kawalan keselamatan kepada petugas kita.
"Kita kena ingat, walaupun kita ada jaket kalis peluru dan topi sekalipun, ia masih belum boleh jamin keselamatan nyawa kita kerana tempat itu (Somalia) sememangnya berbahaya sejak dari dulu lagi. Jadi, setiap petugas mesti berhati-hati pada setiap masa kerana ia sangat berbahaya.

"Kita sepatutnya belajar daripada kejadian dulu yang turut menyaksikan beberapa anggota tentera Malaysia yang menyertai misi pengaman antarabangsa di Somalia, terkorban," katanya.

Ditanya mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mendakwa bahawa misi bantuan kemanusiaan ke Somalia adalah propaganda kerajaan untuk mendapat publisiti, Dr Mahathir menyifatkan kenyataan seperti itu hanya akan dibuat oleh mereka yang berhati busuk.

"Itulah kerja pembangkang yang tidak pernah berhenti membuat tohmahan terhadap setiap perkara yang kita buat, walaupun kerja itu adalah sangat baik dan mulia.

"Apa juga yang kita buat tidak pernah elok... orang seperti itu tidak tahu nak berterima kasih dan bersyukur, malah mereka juga sanggup jatuhkan maruah pejuang tanah air yang berjuang untuk kemerdekaan," katanya.

 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan saufi matrock)




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


A bad score is 579. A good idea is checking yours at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment