Sunday, September 18, 2011

RG2011... Jutawan Blogspot : Part 1

 

Ada 2 orang yang bertanyakan kepada saya bagaimana mahu menjual menggunakan blogger atau blogspot. Kata mereka sekarang seolah-olah telah menjadi trend orang ramai buat blog blogspot untuk menjual di internet. Seorang adalah Pakcik Khairul, pakcik saya yang baru balik dari Korea dan memborong pelbagai beg tangan tiruan gred A untuk dijual di Malaysia.

Dan lagi seorang, Nora, rakan sekolej yang beria-ia ingin melakukan perniagaan jenis dropship melalui blogspot-nya. Kedua-dua nya mempunyai masalah yang sama. Mereka mula bertanya

Berbekalkan pengalaman dalam perniagaan internet, saya katakan kepada mereka ada 4 langkah asas untuk buat kedai blogspot dan meniaga di internet.

1- Design Sistem dan Sales Proses Anda

Sistem adalah struktur asas dalam perniagaan supaya segalanya berjalan dengan sistematik dan teratur. Sistem direka supaya segala aktiviti perniagaan anda boleh dijalankan mengikut turutan dan kelak boleh diuruskan secara automatik tanpa memerlukan penglibatan anda sepenuh masa.

Berdasarkan sistem ini sales proses direka. Bermula daripada pelanggan datang ke kedai/blogspot anda sehinggalah mereka menerima barangan yang mereka beli daripada anda. Dengan adanya kedua ini, anda boleh bangunkan website dan blogspot anda dengan mudah.

Blogspot anda sendiri mampu untuk beroperasi seperti sebuah mesin dan penjual automatik 24jam. Jimat masa dan tenaga. Dan kalau dah takde masa sangat untuk kendalikan pun, anda boleh saja ambil orang bekerja dan pas kan sahaja sistem yang anda reka kepada mereka.

Seperti Nora, yang ingin menjalankan perniagaan online secara dropship. Secara asas, sistem perniagaan Nora akan kelihatan seperti dibawah.

a- Pelanggan melayari blogspot Nora
b- Pelanggan order
c- Nora menerima order
d- Nora melakukan pemerikasaan stok dengan pembekal
e- Pembekal memberi maklum balas adanya stok
f- Nora memberi tahu pelanggan bersama butiran pembayaran
g- Pelanggan melakukan pembayaran
h- Nora hantar bayaran dan order ke pembekal
i- Pembekal hantar barangan ke Pelanggan
j- Pelanggan terima barangan


Untuk lebih terperinci sistem ini boleh dilengkapi dengan penerangan tentang bagaimana setiap peringkat dalam sistem dilakukan.

Bukan sekadar itu, sekiranya sistem diatas direka dengan penuh teliti, segala urusan perniagaan mampu dijalankan secara automatik dan apa yang tiggal buat empunya blogspot adalah menghantar barang sahaja (dan juga kira duit hehehe).

Anda boleh bermain dengan sistem rekaan anda supaya ianya kena dengan objektif perniagaan atau kesesuaian cara anda bekerja.

Setelah dicuba dan diguna pakai untuk jangkamasa yang tertentu, elok juga kalau di periksa dan dianalisis supaya ianya bertambah baik. Dengan itu perniagaan anda dapat dijalankan dengan lebih lancar. Jimat masa dan jimat duit lagi.

Setelah anda punya sistem, boleh la mula buat blog blogspot.

Tapi biarlah blog yang anda buat kena dengan sistem perniagaan anda. Dengan menggunakan template, design dan cara yang betul, perniagaan anda pasti membuahkan hasil yang lebih baik.

Bersambung ke step 2




--
Dicatat Oleh Imran Malik ke [ Hujan Emas X ] di 9/19/2011 02:08:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
A bad score is 579. A good idea is checking yours at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment