Wednesday, December 7, 2011

Re: RG2011... Fw: buta matematik...DAP bertanding 47 kerusi Parlimen

                     Siapa yang tentukan dasar-dasar apa yang perlu diikuti oleh pihak-pihak dalam PR? Sekarang ini nampak o.k tetapi kita perlu analisis apa yang tersembunyi. 43, 47 dan 97 ialah statistik saja dan statistil ALWAYS LIE and will ALWAYS LIE. Mathematicians have always said "LIE with Statistics". Diantara 3 itu bukan nombor tetapi kuasa mutlak dan mana satu yang dapat diperbodohkan kerana siapa yang ada otak kecil?
 
rhirowati - rhirowati

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, December 5, 2011 11:29 PM
Subject: RG2011... Fw: buta matematik...DAP bertanding 47 kerusi Parlimen

 
----- Original Message -----

UMNO buta matematik...DAP bertanding 47 kerusi Parlimen tapi dilaung-laungkan akan perintah Malaysia..!!

 
Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?
Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

"Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

"Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

"Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

"Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

"Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun," katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

"Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat," kata Lim.

Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta "lembu dan kondo" yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

"Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

"Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela"

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:
  • negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
  • dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
  • pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
  • berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
  • negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
  • negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
  • negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
  • negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
  • mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
  • menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

 

Lim Guan Eng "Jawab Tuduhan" UMNO, Mustahil DAP Mahu Jawatan PM Kerana Majoriti Kerusinya Adalah Yang "Paling Kecil" Dalam Pakatan Rakyat

PDO
 
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (foto) menyatakan adalah mustahil bagi wakil parti itu dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya ke 13. Ini disebabkan parti itu bertanding kerusi Parlimen dengan jumlah yang paling kecil antara rakan-rakannya gagasannya, Parti Keadilan Rakyat dan PAS. Lim berkata demikian apabila menjawab tuduhan UMNO yang DAP mengkudakan PKR dan PAS bagi mencapai hasratnya untuk pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Tuduhan tersebut dibuat di perhimpunan agung UMNO yang berlangsung minggu lepas.
 
Lim menyifatkan tuduhan itu sebagai usaha terdesak UMNO untuk mendapatkan sokongan rakyat. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendekatan UMNO memainkan isu perkauman itu adalah bagi menimbulkan rasa kurang senang dan kebencian rakyat terutamanya orang Melayu kepada DAP dan Pakatan. Beliau berkata, dengan memainkan isu seperti itu UMNO sebagai parti utama Barisan Nasional (BN) berharap kerjasama erat di antara DAP, PKR dan PAS dapat dihancurkan. "UMNO mainkan isu perkauman dengan sengaja mengkritik DAP, menyatakan DAP akan mahu menjadi Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat menang (PRU ke 13). "Sungguhpun DAP telah mengatakan bahawa ini tidak benar sama sekali. Tapi saya rasa mengapa nak tujukan kepada DAP bila di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, DAP bertanding kerusi Parlimen paling kecil," katanya.


Majoriti kerusi dalam pembangkang masih didahului oleh PKR dan PAS
tuduhan UMNO bahawa DAP mahu jawatan PM tiada asas sama sekali

 
Dalam PRU ke 12 pada 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen berbanding PKR (97) dan PAS (66). Lim berkata, sebelum ini DAP telah menyatakan orang Melayu tetap akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR membentuk kerajaan persekutuan. Maka dengan itu, katanya, tuduhan UMNO juga adalah cubaan mengalihkan isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin UMNO seperti di dalam kes Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). "Mereka cuba tutup isu rasuah sungguhpun pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperti (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) nak tutup skandal lembu dan kondo yang melibatkan keluarga seorang menteri. Saya rasa semua rakyat Malaysia tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan skandal ini. Sungguhpun RM250 juta pinjaman telah diberikan, kita tak yakin ia akan dipulangkan. Pergi bela lembu akhirnya beli kondo. Satu dunia tiada tempat macam Malaysia nak bela lembu kena pergi kondominium," katanya lagi. Menurutnya, pendedahan isu NFC meletakkan Umno dalam keadaan makin sukar terutama dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

 
[Bukan semudah itu mana-mana parti mahu melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri tambahan pula bagi parti yang bertanding jumlah kerusi yang lebih kecil daripada PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat sebebenarnya. Senario ini samalah juga dengan apa yang berlaku dalam BN dimana tidak mungkin MCA atau MIC boleh melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri. Justeru, tidak perlulah UMNO membuat tuduhan liar kononnya DAP memperkudakan PAS dan PKR untuk melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU-13 nanti. Ini semua adalah provokasi jahat menjelang PRU yang terpaksa dilakukan oleh UMNO BN bagi menagih simpati rakyat agar terus menyokong mereka nanti. Walhal, rakyat secara majoritinya sudah muak dengan berbagai penyelewengan dan rompakan wang rakyat yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN sejak sekian lama.
 
Malah, jika kerajaan tidak diubah maka kita khuatir harta benda dan hasil mahsul negara ini akan terus jatuh ke tangan pemimpin UMNO yang khianat ini. Bukti dapat dilihat di sana sini yang mereka memang "cakap tak serupa bikin". Habis hasil bumi negara yang sepatutnya dinikmati oleh generasi akan datang sudah diambil mereka. Bagi mereka, semasa berkuasa inilah peluang yang terbaik untuk "merompak". Bila sudah tidak berkuasa, orang lain pula akan ambil. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO BN sebenarnya. Oleh itu, mereka wajib lakukan perubahan pada PRU-13 nanti].


No comments:

Post a Comment