Wednesday, December 7, 2011

Re: RG2011... Kerana Jadi Calon PAS dibenci klinik...

           Memang wajar ditarikbalik panel-panel klinik kerana kenapa kerajaan kena tanggung hidup orang yang anti kerajaan.  Begitu juga orang-orang PAS tidak akan shopping dikedai-kedai kerajaan - kedai UMNO
rhirowati - rhirowati

From: DAPGANTIPAS <farhansobri@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, December 4, 2011 8:45 AM
Subject: RG2011... Kerana Jadi Calon PAS dibenci klinik...

suka hati klinik tu la....
dah dia benci PAS..nak bt camne...
bukan hospital kerajaan..
keh keh keh...

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 29, 2011 11:43 PM
Subject: RG2011... Fw: Ditarik Panel Klinik Kerana Jadi Calon PAS

 
----- Original Message -----

Ditarik Panel Klinik Kerana Jadi Calon PAS
 
selatanonline
Oleh Yusuf Wahab

 Adakah salah bagi seseorang yang menceburi bidang profesional menceburi bidang politik yang mereka minati? Di manakah terletaknya hak kebebasan seseorang itu jika dinafikan hak untuk memilih parti? Apa gunanya dalam Malaysia ada sistem dua parti tetapi tekanan demi tekanan dikenakan ke atas mereka yang memilih parti bukan parti pemerintah sedangkan parti yang ada dalam Malaysia seperti PAS didaftarkan di bawah Pertubuhan Pendaftar atau dengan kata lain Register of Society (ROS)?


Begitulah yang berlaku kepada bekas calon PAS yang juga seorang doktor telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999 dan Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004, Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli. Pada tahun 1999, beliau bertanding di N.24 DUN Serkam menentang calon daripada Barisan Nasional iaitu Ahmad Bin Hamzah dan pada tahun 2004 pula beliau bertanding menentang calon Barisan Nasional iaitu Datuk Wira Amid Bin Nordin dan kali ini di N.23 DUN Telok Mas.

Statistik Pilihan Raya ke-10 bagi tahun 1999 bagi DUN Serkam, calon PAS iaitu Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli tewas kepada calon BN iaitu Ahmad Bin Hamzah dengan majoriti 1,889 atau 19.03%. Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli pada ketika itu mendapat 4,013 undi atau 40.43% daripada 10,187 atau 80% pengundi yang keluar mengundi pada ketika itu.

Bagi statistik Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004 untuk DUN Telok Mas, Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli tewas kepada calon Barisan Nasional pada ketika itu iaitu Datuk Wira Amid Bin Nordin dengan majoriti 4,566 atau 40.41%. Undi yang diperolehi oleh Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli 3,364 atau 29.77% dari jumlah yang keluar mengundi sebanyak 11,548 atau 81.87%.

Walaupun calon PAS tewas dalam kedua-dua pilihan raya tersebut, kerajaan pimpinan Ali Rustam melalui kerajaan Melaka telah menarik semual panel-panel klinik yang berdaftar dengan Klinik Dr Halim gara-gara klinik tersebut merupakan calon PAS. Begitu zalim sekali tindakan yang dikenakan oleh pemimpin BN sehinggakan sanggup menutup pintu rezeki orang lain. Inilah yang dikatakan bertanding digelanggang tidak sama rata.

Walaupun diberi tekanan yang hebat, klinik tersebut tetap mendapat sambutan daripada orang kampung dan penduduk setempat yang mahukan perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Dr Halim yang memberikan kepuasan dari segi rawatannya. Tekanan seperti itu tidak mematahkan operasi Dr Halim untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tidak kira perbezaan fahaman politik dan yang paling penting servis kepada masyarakat perlu diutamakan.
 
Posted by aya




No comments:

Post a Comment