Saturday, December 3, 2011

Re: RG2011... MTUC Sedia Isytihar 'Perang' Jika Akta Pekerjaan Dipinda

Mohon maaf ler.. aku sebenarnya dah hilang kepercayaan kepada badan-badan yang kononnya mewakili kaki tangan kerajaan nie. Baik MTUC, baik CUEPEK ataupun NTUC. Aku juga nak tahu bila masa kaki tangan kerajaan nakkan pencen dilanjutkan ke 60 tahun, setahu aku yang nak pencen awal lagi ramai berbanding yang nak pencen 60 tahun.. mungkin mereka yang berpangkat besar saja yang nak pencen 60 tahun nie.

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 2 December 2011, 0:07
Subject: RG2011... MTUC Sedia Isytihar 'Perang' Jika Akta Pekerjaan Dipinda

 
----- Original Message -----

MTUC Sedia Isytihar 'Perang' Jika Akta Pekerjaan Dipinda
 
selatanonline
Sumber mStar

 
 
JOHOR BAHRU-Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersedia mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan sekiranya pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 diluluskan.

Malah Setiausaha Kewangan MTUC, Alias Awang berkata, kesatuan itu juga sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik yang menyokong mereka bagi menyatakan bantahan terhadap pindaan aktatersebut.

"Kita tidak akan bertolak ansur lagi. Kami menuntut keadilan kepada pekerja.
"Kalau pindaan itu diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang," katanya pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-8 di sini, Ahad.
Beliau berucap sebagai perwakilan khas mewakili MTUC ketika sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden.
Antara bantahan pindaan Akta Pekerjaan 1955 ini adalah mengenai kontraktor tenaga kerja yang diwujudkan dan mengembalikan sistemkontrak yang telah dihapuskan apabila Akta Pekerjaan 1955 ini digubal dulu.
MTUC menegaskan dengan pindaan itu kedudukan pekerja menjadi tidak tetap dan tiada jaminan pekerjaan, selain mendapat kadar gaji yang sama tanpa kenaikan atau bonus, termasuk faedah lain.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Oktober.
Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan Di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.
Posted by aya


No comments:

Post a Comment