ini lagi kebodohan tahap melampau, kalau ada depan aku tumbuk jer muka.
baik, kalau tak ada orang melaka, johor, ns yang selama ini berada dengan umno yang berhijrah, aku lompat terjun klcc.
tapi kalau org 3 negeri ni ada yang berhijrah baikkau diam tutup mulut kau lagi baik.
apa kes ceritapasal hijrah, kau tgk berapa ramai org johor berhijrah, sedangkan johor adalah umno paling kuat dalam dunia, sepatutnya tak ada org johor berhijrah.
kau ingat kat kelantan tak ada ke org johor, melaka, ns, mereka ni bila dah masuk kelantan , tak mau keluar, siap beli tanah, rumah dsb.
dalam tulisan dibwah aku tetap pertahankan bahawa umno memang aniya rakyat kelantan yang sokong pas.
cth paling mudah kes minyak, kenapa mahathir sanggup pusing ikut siam paip minyak bawa ke kedah, apasalah kalau turunkan dikelantan, kenapa kelantan bukan dalam malaya ker.
itu belum kes yg kecik2 baja padi, duit org miskin, org pas mana dapat, aku tahu la sebab selagi penghulu jpp tak sain, memang tak lulus. kalau itu duit umno ia tak jadi soal, duit parti gasak kau orang la, ini duit kerajaan , so kena bagi la.
sekarnag ni duit 500 tu kenapa sibuk pejabat umno bahagian dok canang kan sedang itu duit kerajaan, kalau duit umno lantak kau orang la, aku pun tak nak.
apa pun, pas umno akan tetap berseteru, macam hamas fatah, hamas nak islam , fatah kawan israel,
sama pas nak islam , umno kawan apco, so,kena lawan dan lawan, dan lawan
kalah jadi abu, menang jadi arang, abu buang kelaut, arang boleh jual buat duit ,
----- Original Message -----From: Zahar HanSent: Wednesday, December 28, 2011 1:23 PMSubject: Re: RG2011... ORANG PAS SURUH SAYA BERHENTI MENULIS
Salam,Aku paling tak suka kalau sikit2 org UMNO/BN mcm kat Malaysia ni ada org tu ajer. Pada sdr Zailan, tahu tak berapa ramai org Kelantan berhijrah dari Kelantan cari duit, tak pulak kau persoalkan hak rakyat Kelantan yg dinafikan olh Kerajaan PAS yg tidak menyediakan peluang pekerjaan dan sebagainya sehinggakan ramai yg keluar negeri cari duit/pitih.Ramai jugak yg dapat keje dgn Kerajaan BN dan sekarang ni pegang jawatan tinggi/kanan dlm Jabatan Kerajaan. Takde pun org BN sibuk mencanang sana sini hak orang UMNO/BN dinafikan oleh Kerajaan BN.Sudah sdr Zailan, kalau nak menulis biar betul pada fakta ajer sbb kalau nanti mempengaruhi org dan org ikut kita, sape berdosa paling besar kalau tak kita sendiri.Wassalam
<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>
From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, December 28, 2011 9:46 AM
Subject: Re: RG2011... ORANG PAS SURUH SAYA BERHENTI MENULIS
betulkan umno dulu, umno memang jahat dari dulu hingga sekarnag, dan mungkin sampai dlm neraka pun masih jahat.cth, umno kata nak tlg melayu, tapi kenapa kelantan 95% rakyatnya melayu tapi dinafikan hak dan sebagainya. jawab yang ni dulu.----- Original Message -----From: amri el wahabTo: Al Falaah Group ; Hidayah Net ; Ingatan Group ; PenawarKu ; Perisik Rakyat ; RG09 group ; SahabatTazkirahSent: Sunday, December 25, 2011 11:31 PMSubject: RG2011... ORANG PAS SURUH SAYA BERHENTI MENULISOrang Pas menyuruh saya berhenti menulis dan jangan campurtangan urusan rumahtangga mereka mengenai kedudukan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang diibarat sebagai duri dalam daging. Menurut Pas, biarlah mereka tangan sendiri masalah dalamannya. Orang luar tidak perlu campurtangan, sebab mereka berada di luar. Pas lebih tahu, apa yang perlu dilakukan. Benar, saya mengakui, tetapi tidak perlulah menyuruh saya berhenti memberi pandangan, kerana kebebasan ini dijamin oleh perlembagaan. Kenapa tidak suruh ultra kiasu yang terang-terang menghina Islam dan melakukan kemungkaran berhenti bercakap dan menulis. Manakah yang lebih bahaya, saya atau ultra kiasu?.
Pas sepatutnya perlu merasa beruntung dan bersyukur kerana ada ahlinya yang bernama Hasan dan Nasharuddin. Orang seperti ini perlu wujud bagi menegurkan Pas supaya kita tidak terlalu syok sendiri atau terlalu tertutup. Teguran sebegini agak sukar diterima oleh Pas. Ternyata segelintir orang Pas lupa bahawa saya adalah ahli akademik. Saya berhak untuk memberikan pandangan mengikut bidang dan perspektif saya, asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan perlembagaan. Apatah lagi menyeru agar umat Islam bersatu, sudah menjadi satu kemestian yang mendesak.
Jika masih ada yang beranggapan sedemikian, kita tidak boleh menyentuh sesuatu parti sebab 'orang luar', sayapun boleh katakan Pas jangan campurtangan atau memberi pandangan tentang Umno kerana Pas adalah orang luar Umno. Umno lebih tahu hal Umno, daripada Pas. Kenapa Umno dikritik begitu hebat, seolah-olah semua yang Umno lakukan salah, yang betul hanya Pakatan Rakyat dan ultra kiasu? Kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah dan silap. Saya sendiri tidak semuanya betul, saya bersedia menerima kritikan. Saya bersikap terbuka. Komen-komen negatif dalam blog, saya biarkan, kecuali mereka mencarut atau menggunakan bahasa lucah.
Dalam Islam, nasihat dan teguran tidak mengenal kawan atau lawan, sebab kita tidak maksum, kecuali para Nabi. Hatta, para sahabat sekalipun yang dijamin masuk syurga, pun ditegur oleh mereka yang sezaman dengannya. Inikan pula pemimpin-pemimpin parti politik yang sentiasa diperhatikan oleh rakyat perlakuannya. Rakyat berhak bersuara. Sepakar atau sepandai manapun kita, hatta pakar perlembagaan mana sekalipun, kita tetap manusia. Ada kalanya kita benar, adakalanya kita silap. Itulah manusia yang dijadikan oleh Allah SWT serba kekurangan. Justeru, janganlah terlalu rigid.
Belajarlah daripada Hamas dan Fatah. Kedua-dua parti ini boleh diibaratkan seperti Pas dan Umno. Hamas dan Fatah begitu terbuka. Inilah ciri-ciri orang yang mahu berjaya. Kepentingan umat Islam didahulukan, daripada kepentingan parti dan peribadi. Bukan seperti kita, asyik berdolak dalih. Sekejap ini, sekejap itu, sekejap negara Islam, sekejap negara berkebajikan. Itu yang menjadikan orang lain keliru dan tidak dapat menerima, terutama pengikut setia Pas seperti Hasan dan Nasharuddin. Apatah lagi Umno yang tidak sehaluan dengan Pas.
Hamas berfahaman Islam, menolak Amerika dan kuncunya Israel, manakala Fatah bertindak sebaliknya, berfahaman nasionalis, cuba berbaik dengan Amerika dan Israel. Dua parti saling bertentangan. Namun, kebangkitan rakyat di negara Arab memberi kesan dalam mengubah persepsi politik mereka. Bersatu demi kepentingan agama dan bangsa. Begitu juga dengan Pas dan Umno. Saya tidak nampak ada halangan besar di situ. Dalam Islam, kita tidak boleh menerima semua dan menolak semua, kecuali dalam perkara kebaikan. Amerika dan Israel, tidak boleh dimusuhi sepanjang masa. Mereka juga adalah makhluk Allah. Ramai kalangan mereka yang bersimpati dengan Islam. Kita hanya menolak gerakan zionis yang mahu memusnahkan Islam. Saya tidak memusuhi ultra kiasu, tetapi saya menegur mereka supaya jangan menjadi terlalu ultra seperti segelintir Yahudi. Hak kita boleh diganggu, hak mereka langsung tidak boleh diusik.
Penyatuan hanya berlaku akan jika para pemimpin bersedia, bersikap terbuka dan bersedia untuk memaafkan antara satu sama lain. Selagi tidak ada sifat keterbukaan ini, saya tidak nampak ada lorong ke arah penyatuan. Pelbagai salah laku yang dibuat pemimpin hari ini yang membuatkan rakyat sudah muak dan jelak. Apa sahaja yang cuba dilakukan, semuanya salah. Saya masih ingat lagi, apabila kita menentang dakyah Kristian yang bercanggah dengan perlembagaan, maka kita dikatakan bersubahat atau bersekongkol dengan Umno yang mahu memenangi hati pengundi Melayu, disebabkan oleh pengaruhnya yang didakwa semakin merosot.
Kedua, apabila kita melaungkan kesatuan, kita dicop lagi menyokong Umno sebab Umno dikatakan sudah terdesak. Sedangkan kedudukan Islam semakin parah. Ketiga, apabila kita memperjuangkan kesatuan Melayu Islam, kita dituduh rasis seperti Umno. Apa jua kebenaran yang dibangkitkan, jawapannya Umno! Umno! Umno. Ultra kiasu yang jelas-jelas memperjuangkan bangsa, terang-terang dikatakan memperjuangkan Malaysian first.
Baru-baru ini ultra kiasu mengeluarkan pendapat bahawa mereka menolak "politik diskriminasi" Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua. Ultra kiasu mengecam Umno dan sekutunya kerana melayan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan ideologi perkaumannya sebagai pengkhianat dan musuh orang Melayu. Menurut ultra kiasu lagi, Umno selalu memetik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan untuk mewajarkan agenda perkauman mereka. Persoalan saya, adakah ultra kiasu tidak rasis? Jika tidak percaya, cuba sentuh sedikit hak mereka. Lihatlah reaksinya. Misalnya, isu mengenai kantin sekolah Cina yang perlu menyediakan makanan halal. Lihatlah reaksi mereka!
Kita hanya akan dinobatkan menjadi wira, hanya apabila kita mengkritik kerajaan atau Umno. Jika tidak, selama-lamanya kita akan dilabelkan sebagai tali barut Umno, profesor kangkung dan sebagainya. Yang bukan tali barut dan bukan profesor kangkung, hanyalah mereka. Apakah makna semuanya ini? Kita masih tidak belajar dari Hamas dan Fatah.
Lebih menyedihkan, sampai ke peringkat, apa sahaja yang dilakukan, termasuk perkara baik, semua dianggap sebagai mainan atau helah politik untuk memenangkan Umno. Sesiapa yang bersifat neutral, tidak menyebelahi mana-mana pihak atau parti, tetapi hanya memperjuangkan kebenaran juga terpalit dan dilabel dengan pelbagai tohmahan dan gelaran.
Justeru, saya menyeru, keegoaan dan prejudis pemimpin hari ini mesti diketepikan jika ingin memastikan nasib umat Islam terjamin dan terbela. Kita harus belajar dari Hamas dan Fatah. Hamas dan Fatah telah berselisih sejak Hamas memenangi pemilihan parlimen Palestin pada Januari 2006. Dahulu mereka bermusuh. Tidak boleh bertatap muka. Kenapa hari ini mereka boleh duduk semeja? Jawapannya mudah. Masa lalu dilupakan, masa kini dan akan datang adalah segalanya. Islam mesti diselamatkan daripada diratah oleh musuh, kerana jika Islam selamat, yang lain-lain pasti akan selamat. Justeru, pemimpin harus bersedia untuk berubah jika ingin terus relevan dan tidak rebah. Tidak guna pemimpin melaungkan kesatuan jika mereka tidak bersedia untuk bekerjasama dan saling berkorban.
Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment