Friday, December 23, 2011

Re: RG2011... Pencen umur 60 tahun?

 

Naik gaji x patut, gred pmr ada yg naik x smpi RM 10, tp JUSA kenaikan RM 5000 lebih, sistem apa tu??? Sebab tu yg x mau turun, yg nak terus berkhidmat ialah jawatan2 tertinggi tu, X YAH TUNGGU SBPA, dlm SSM pun dah mcm tu...

--- On Fri, 12/23/11, Razlan Issac Mohd. Hijab <razlan_issac@yahoo.com> wrote:

From: Razlan Issac Mohd. Hijab <razlan_issac@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Pencen umur 60 tahun?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, December 23, 2011, 3:53 PM

 
Tapi, yang peliknya, CEUPACS tak mau perjuangkan yang ini, bila orang atas tak mau turun, sampai bilapun, orang bawah ini tak ada peluang... tunggu MAMPUS LAH

--- On Fri, 23/12/11, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Pencen umur 60 tahun?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 23 December, 2011, 7:14

 
Siapa yang cadang perkara ni kalau bukan bos2 yang dok pegang jawatan utama/tertinggi. Mereka sayang nak tinggalkan jawatan berprestij, gaji besar, macam2 elaun dan kemudahan berbagai. Kalau dilanjutkan umur persaraan lagi baik bagi mereka. Kalau tak dilanjutkan umr persaraan pun mereka akan minta sambung perkhidmatan secara kontrak untuk beberapa tahun. Lihat sajalah beberapa orang KSU, KP dan KSN sendiri dah berapa kali sambung kontrak, macamlah orang lain tak tahu buat kerja mereka.

2011/12/23 zan ally <zanali06@yahoo.com>
 
Sejak kebelakang ini pelik aku tengokan, dah elok-elok pencen 55 dinaikan 56, dah elok2 56 dinaikkan 58, dah elok2 58 dinaikkan 60 pulak. lepas ini naik keberapa pulak tak tahu. yang kesiannya anak-anak muda kita susah nak dapat keje. sepatutnya dah tua-tua tu berehatlah banyakan amal, rumah kata pergi kubur kata mari.macamlah hidup nak kekal didunia ini.

--- On Fri, 23/12/11, Md Ridzwan Bin Ab Ghani <mdridzwan@tm.com.my> wrote:

From: Md Ridzwan Bin Ab Ghani <mdridzwan@tm.com.my>
Subject: RE: RG2011... Pencen umur 60 tahun?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 23 December, 2011, 11:20 AM

 
Rasanya umur 50 ke 55 boleh berkira2 untuk pencen. Umur 50 keatas dah kurang akti, termasuklah saya…..hahahha.
 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto: respeks_group@yahoogroups.com ] On Behalf Of tg nurul asyikin
Sent: Thursday, December 22, 2011 8:14 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Pencen umur 60 tahun?
 
 

pelik laaa senang2 jer dpt kenaikan gaji kan...yg kerja swasta nak naik gaji pown payah...kene ikot prestasi...lebih2 budak2 yg baru keje kene tgu 2 3 thn tu pown baru ciput...rasenye elok laa umor 55thn tu bersara kasi peluang kat mahasiswa yg baru keluar pulak..time nie semangat dorg berkobar2 utk keje..idea pown masih fresh..mane yg sudah tamat perkhidmatan boleh laa sambung sekiranye khidmat anda masih diperlukan kerana ade speciality tertentu.... sbb tu masalah pengangguran byk..bukan sebab memilih..lagipn depa terpakse cari peluang laen dgn membuka bisness sndr..itu pown memerlukan modal jgk..bukan senang nk stabilkan perniagaan jika baru bermula..mesti byk yg jatuh..drpd 10 bidang yg telah siceburi..nak dpt 1 kejayaan pown belum tentu..pengalamn dr usahawan yg berjaya die berpuluh2 jenis baru jumpe yg serasi... cube laa fikikan n renung2kan..lps tu ade laa yg merungut anak depa ssahnye nk dpt kerja..;)


From: khairun buyong <nisha_yani44@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, December 20, 2011 3:20 PM
Subject: Re: RG2011... Pencen umur 60 tahun?

 

Salam alaik abang lan ke dek lan ke pak cik lan ...dan warga respek semua...

Terima kasih memperkenalkan blogspot keretamayat....setelah membaca artikel di sana ada satu tindakan drastik yang wajar diambil....menjentik minda dan perasaan...

Above all Thanks bro yang tak jemu jemu bersama respek ..otai respek juga ne kan ...
Wassalam
umi kay...


--- On Sun, 12/18/11, roslan mohd <mohroslan@gmail.com> wrote:

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Subject: RG2011... Pencen umur 60 tahun?
To:
Date: Sunday, December 18, 2011, 9:55 AM
 

(Khas buat semua kakitangan awam, mari mimum kopi sambil dengar taklimat percuma dari Pakcik driver keretamayat)

Sempena isu SBPA pekerja kerajaan, apa kat kita layan soalan dari salah sorang kakitangan kerajaan yang di rahsiakan pejabatnya.
Soalan pembaca:
Salam.
Terima kasih kerana membuat blog yang menjadi rujukan pertama kepada saya dalam semua perkara. Ni nak tanya, saya ni pekerja kerajaan, sekarang semua orang sibuk berbincang tentang isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan. Saya nak tanya, mana lebih baik, ambil pencen 60 tahun, atau bersara awal? Sekarang kami di beri option untuk memilih, jika pilih skim baru, gaji naik, tapi kena bersara umur 60 tahun, sedey..., tapi jika pilih skim lama, bersara awal tapi gaji tak naik, ada tak pendangan islam tentang kaedah bersara?
Jawapan dari Keretamayat:
Gila kau jadikan aku rujukan pertama dalam semua perkara, aku sendiripun selalu merujuk kepada orang lain, dan kadang kadang aku merajuk macam orang tua bila bini aku enggan memakai baju tidur seksi yang aku jahit sendiri, dan itu cerita lain.
****
Bab bersara umur 60 tahun ni, pada pendapat aku, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 60 tahun, sebab orang macam korang, (Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim penven umur 70 tahunpun, korang ambiklah.
Tapi jika korang bosan dengan kerja, pergi kerja lambat suruh kawan punch in, lepas tu buat kerja lembab nak mampus, selalu bermuka bosan, ponteng kerja tu selalu, mengular usah cakap, dan pergi kerja asyik bincang tentang isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan tak sudah sudah..
Nasihat aku, korang tak payah ambik pencen umur 60 tahun, korang akan menyusahkan rakyat, ambil pencen awal pun tak payah, 40 tahun ke, 55 tahun ke, jangan!, aku nasihat, korang elok berhenti terus!
Buat bazir duit kerajaan jer bagi korang kerja, tapi pergi kerja, buat kerjanya sikit, tapi sibuk 'mengeteh' sambil bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan yang tak sudah sudah, buang current jer!
Henti Hentikanlah bincang isu yang tak boleh selesaikan masalah, bila korang bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan kat kedai kopi waktu ofis, bukannya boleh selesaikan masalah, orang bodoh jer bincang perkara yang tak boleh selesaikan masalah, sebab tu ada member aku, seorang usahawan yang berjaya, dan bila di tanya apa rahsia kejaaannya, salah satu yang dia kongsi adalah: jangan lepak dengan pekerja kerajaan yang bodoh di kedai kopi.
Siapa pekerja kerajaan yang bodoh? Mereka adalah orang yang selalu bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan dengan penuh semangat dan emosi, terutama di kedai kopi, tapi hasil perbincangan tu tak selesaikan masalah apa apapun, buat kering air liur jer bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan, sebab korang bukan bincang di peringkat cadangan, tapi bincang di peringkat 'kedai kopi'. tak ke Bengong?!
Tak puas hati tentang gred?, naik pangkat?, dan pencen lambat?, elok berhenti terus, pergi bukak kedai kopi, dan berbincanglah perkara yang boleh selesaikan masalah seperti isu masjid kosong, isu Al quran jarang di baca atau isu ekonomi, seperti meluaskan networking, cari pasaran baru dan memantapkan produk. Faham?!
So, nasihat aku kepada semua kakitangan awam:
SUKAILAH KERJA ANDA, DAN JIKA TIDAK SUKA, CUBALAH UNTUK SUKA, DAN JIKA TIDAK SUKA JUGA, ELOKLAH BERSARA TERUS, KERANA, SESIAPA YANG SUKA DENGAN KERJA DIA, MAKA DIA TELAH BERSARA PADA HARI PERTAMA DIA BEKERJA.
(nota bagi pekerja kerajaan yang slow: 'Bersara' sebab seronok bekerja sehingga tak terasa bekerja, tapi rasa sedang bersara, tak paham lagi memang lembab, elok berhenti terus)
Jadi, bila korang dah 'pencen', tak payah risau lagi tentang bersara awal, bersara umur 60 tahun ke, 80 tahun ke, kerana korang sudah seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, tahniah!
Pergi mampuslah dengan kawan kawan korang yang habiskan masa dikedai kopi waktu pejabat sambil bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan, mereka sebenarnya musuh Negara sebab bazirkan wang rakyat.
Akhir kata:
Please, tolong stop berbincang isu-isu yang tidak meningkatkan iman atau isu yang tidak boleh selesaikan masalah, Jadi, mulai esok, mulakan tajuk perbincangan ilmiah di kedai kopi dengan soalan:
"korang pernah baca blog keretamayat tak?"
Woha!
Ps: Jika aku pekerja kerajaan, aku akan ambik pencen paling maximum, jika bersara 80 tahun pun aku ambik, sebab aku memang akan suka dengan kerja aku, so aku dah 'bersara' dah, dan andai kata, aku rasa tension dengan 'aktiviti bersara', aku akan ambik cuti tanpa gaji untuk mengembara, atau berniaga, dan apabila dah penat mengembara atau berniaga, aku akan masuk pejabat balik, eh, silap?, aku akan 'bersara' balik. Hah!, mana kerusi roda pakcik?, nak pergi 'meeting' kat kedai kopi macam orang bersara jap, woha!
 

 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment