Friday, December 23, 2011

RE: RG2011... Perak disakat sebagai Darul Kartun

 

Hambo rasalah...perkataan “DARUL RIDZWAN” ini diambil dari perkataan dalam alQuran...dan bila disebut perkataan atau satu huruf dalam AlQuran maka dapat pahala....so kalau digantikan dgn perkataan “kartun” maka rugilah orang islam kerana hilang peluang dapat pahala...

 

“Jajahan yang diredhoi” digantikan dgn Jajahan kartun????

 

Dan lagi apakah pantas seorang KAFIR DOUBLE  mempersendakan perkataan yang diambil dari AlQuran???

 

Dan apakah pantas seorang KAFIR HARBI, menghina rakyat atau orang Islam di negeri PERAK????Mana maruah orang PAS??? Mana mungkin seorang ISLAM pabila dihina dia ketawa menyokong penyhalahgunaan bahasa dan manipulasi bahasa AlQuran...?? ? Bukan kah anda sedang berjihad???

 

PKR tak heranlah...memang depa tak kesah hal ni...

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of roslan mohd
Sent: Thursday, 22 December, 2011 8:26 AM
Subject: RG2011... Perak disakat sebagai Darul Kartun

 

 

Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

 

21 DIS — Nga Koh Meng telah menyakat orang-orang Perak dengan sindirian tajamnya bahawa negeri Darul Ridhuan itu ibarat Darul Kartun dalam ceramah PAS di Kamunting.

Ia segera mendapat reaksi melenting dari sekian banyak NGO di negeri itu hingga sekitar 200 demonstran berarak ke kompleks DAP di Ipoh menuntutnya minta maaf kerana memperleceh negeri itu, watan negeri dan Rajanya.

Justeru reaksi melenting NGO itu sindiran Darul Kartun menjadi isu yang diketahui ramai. Jika NGO tidak tolong menyebar luaskan ia sebagai satu isu, tiada siapa sedar diberi darul baru iaitu Darul Kartun.

Kerana ia sudah jadi isu dibincang umum dan istana cuba diseret mari kita bentuk mahkamah dunia melihat sindirian ini. Mari kita adili kes Nga Koh Meng dan beberapa NGO atas isu Perak Darul  Kartun ini.

Ia satu sindiran yang menjadi topik yang wajar diteliti oleh semua fakulti sains politik sebagai kajian akadamik yang penting. Berbagai cara boleh universiti adakan untuk melihat apa hujah Nga yang mengatakan Perak adalah Darul Kartun dan apa pula hujah NGO bahawa ia bukan Darul Kartun.

Masing-masing mesti diminta mengemukakan hujah patut atau tidak Nga minta maaf?

Nga Koh Meng adalah Setiausaha DAP  Perak, MP Taiping dan ADUN Pantai Remis. Orang Perak telah disakatnya seperti cerita rakyat Kulup  Kecil menyakat Kulup Besar. Mungkin cerita itu datang dari Perak kerana nama Kulup adalah masyhur di negeri itu dulu.

Kulup  Kecil adalah gembala lembu-kerbau Kulup  Besar, seorang penternak yang berjaya. Dia ada seekor lembu saja. Cara dia menyakat Kulup Besar ialah apabila orang bertanya, ternakan siapa yang banyak itu, dia mengaku dia punya.

Melentinglah Kulup Besar. Jika Kulup Kecil tidak menghentikan akuannya itu Kulup Besar akan membunuh lembu Kulup Kecil yang seekor itu. Kulup Kecil tidak menghentikan lucunya. Kulup Kecil mendakwa lembunya yang dibunuh diniagakannya hingga ia dapat banyak duit, lalu Kulup Besar bunuh pula semua ternakannya, tapi tak dapat satu sen pun.

Kelucuan Kulup Kecil telah menjadikan Kulup Besar sebagai mangsanya.

NGO Perak seperti telah masuk perangkap Nga. Kalau mahkamah dunia dapat diadakan, ia boleh minta Nga mengemukakan hujah politik dan hujah akadamiknya. Kemudian NGO mesti tampil dengan hujah betapa Perak bukan Darul Kartun seperti yang didakwa Nga.

NGO hanya melenting dan menuduh Nga menghina  Perak, watannya dan Rajanya. Apa hujahnya? Sanggupkah NGO mengemukakan hujah? NGO jangan jadi macam Kulup Besar melenting tanpa hujah.

Orang Perak jangan memalukan Rajanya. Raja Perak pernah jadi Ketua Hakim Negara. Tidak ada raja di dunia dulu dan sekarang pernah menjadi hakim tertinggi dalam masyarakatnya. Raja Muda Perak pula sering muncul di pentas bertarap dunia menyampaikan syarahan sarat dengan hujah.

Kalau NGO Perak hendak mempertahan negeri dan rajanya, ia mesti tampil dengan hujah. Jika  tidak, ia akan memalukan rajanya saja.

Nga dipercayai menunggu ada mahkamah dunia mahu mendengar kes sindirannya itu. Siapa berani berkata  dia tidak ada hujah.

Semua pejuang pro demorasi yang bangkit  di dunia sekarang hendak mendengar hujah Nga. Dia telah muncul seperti Munsyi Abdullah  menyindir politik dan sosial di zamannya. Ketika Munsyi Abdullah berada  di Terengganu, dia lihat semua yang berpayung menguncupkan payung apabila lalu di hadapan istana tak kira hujan atau panas terik.

Dia  tanya mengapa? Jawabnya, undang-undang Terengganu begitu.  Munsyi bertanya,  mengapa tidak dilarang burung terbang melintas ruang udara istana?

Munsyi ada hujah. Masyarakat tidak pernah mengira Munsyi telah menghina Terengganu, Raja dan rakyatnya.

Orang Perak jangan jadi macam Raja dan rakyat Singapura dalam peristiwa pulau itu dilanggar todak. Raja Singapura tidak ada apa-apa masalah dengan idea kanak-kanak menyelamatkan masyarakat dari serangan todak. Tetapi pembesar di bawah  raja mengira kenak-kanak itu menghina raja dan pembesar mempengaruhi raja membunuhnya.

Sindiran politik Nabi Ibrahim a.s. lagi hebat. Setelah baginda menghancur semua berhala, ditanya baginda  siapa menghancurkan semua berhala. Jawabnya, tanyalah berhala yang besar, satu-satunya berhala yang tidak dimusnahkan. Raja Namrud dan pembesar tidak terjawab sindiran Nabi Ibrahim.

Namrud kemudian berdebat dengan Nabi Ibrahim. Baginda penuh hujah. Namrud melenting saja tanpa hujah lalu dia menghukum supaya remaja Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.

Orang Melayu jangan jadi puak yang melenting dan suka mengamuk. Mengamuk tidak menyelesaikan masalah. Jadilah orang yang ada otak dan ada hujah. Bangkit dengan hujah, bukan mengamuk tanpa hujah.

* The views expressed here are the per

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment