Tuesday, December 27, 2011

Re: RG2011... Rakyat tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff

 

'pinjam' tu duit sape???...pendek akal...

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, December 27, 2011 10:15 PM
Subject: Re: RG2011... Rakyat tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff

 
memang mudah lupalahh.. padahal harapkan ehsan orang jugak utk sambung study.. tahukah anda... patutnya anda bersyukur kerana ada pihak yg sudi MENAWARKAN BANTUAN KEWANGAN untuk melanjutkan pelajaran. bukannya mempersoalkan pihak trsebut. Kalau tak suka.. tak payah ambik la.. so kalau tak terima offer, gunalah duit sendiri.. ada mampu?? kalau tak mampu buatla cara tak mampu.. jgn buat belagak pandai.. keji orang yg bg pinjam tu.. mcm ni punya manusia ada ka?? kahkahkah

2011/12/27 A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
 
Setahu aku...Bunga tak da fail Mahathir...tapi PM ada semua fail baik dan buruk TPM dan menteri2 dan segala ketua2 dalam kerajaan...!!!!
 
Mahathir dok cerita Pakej Menyelamat kononnya dari IMF bukan Bank Dunia ketika kerisis kewangan !!! Dan bukan pinjaman biasa...yang semmangnya Malaysia perlukan ketika itu untuk terus menyediakan kemampuan kewangan Negara untuk sediakan infrastruktur pelajaran hospital, jalanraya dan banyak lagi...supaya rakyat Malaysia tertutamanya Melayu yang jelas tak mampu tapi nak belagak mampu, dan Melayu yang tak tau bersyukur...
 
Dan untuk anak2 Melayu dewasa ni yang dah jadi bijak pandai dan kaya raya disebabkan pernancangan dan pentadbiran Mahathir dahulu...pak2 dan mak2 nya belajar atas biasiswa kerajaan, tapi anak2 tak sedar diri berlagak macam tak pernah merasa kesan dari usaha pemimpin terdahulu...
 
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of dahalan fazil
Sent: Saturday, 24 December, 2011 12:39 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Rakyat tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff
 
 
Orang Melayu...mudah lupa.....Orang Islam tak pernah lupa!
 
From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Monday, 19 December 2011 9:57 AM
Subject: RG2011... Rakyat tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff
 
Kenyataan Akhbar
Oleh Pejabat Anwar Ibrahim
Telah sekian lama Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan.  Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
 
 
Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban.  Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad (gambar kanan) merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.  Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus.  Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.  Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Mahathir bahawa Anwar adalah agen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut.  Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran.  Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.  Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu.  Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Mahathir.

1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0
2 -http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

*Kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim (gambar kiri), Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
 
 



--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment