Wednesday, December 28, 2011

Re: RG2011... Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun.. (org BN niee..)

 

YER, MEMANG
memang kitorang x suka pun
KITORANG X SUKA
x suka
x suka
x suka


2011/12/28 Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my>
 

dia senyum kena komen, dia sengih pun kena, kalu buat muka sedih lagi teruk kena. mcm2 ko org ni. semua tak kena kalu dh taksuka!!! CAKAP SAJA TK SUKA HABIS CETA!!!

--- On Wed, 28/12/11, Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com> wrote:

From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun.. (org BN niee..)
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 28 December, 2011, 11:18 AM

 
Memang tak patuuuuut, tengok aje dia..tersengeh aje dapat hukuman begitu ringan....


From: Noor Asiah Yusop <nora_yusop@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 25 December 2011, 18:57
Subject: Re: RG2011... Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun.. (org BN niee..)

 
Alaaaaaaaaaaaa......setahun jeeeeeeee.....tak setimpal......orang awam curi barang supermarket pun hukum bertahun ni...celah gigi VIP......


From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, December 24, 2011 8:16 PM
Subject: Re: RG2011... Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun.. (org BN niee..)

 
Belum lagi bro..tunggu rayuan tu. Silap2 lepas.

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: "matrocke1@gmail.com" <matrocke1@gmail.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; IG <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Friday, December 23, 2011 10:50 PM
Subject: RG2011... Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun.. (org BN niee..)
 
 
10:32AM Dis 23, 2011
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan. Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut. Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat. Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin. DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan. Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.
Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata harga RM3.5 juta yang dibayar Dr Mohamad Khir untuk hartanah itu adalah "inadequate consideration" dan "adalah jelas tertuduh berminat atas hartanah itu sejak dulu lagi." Beliau berkata pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap intipati pertuduhan yang dihadapi tertuduh iaitu tertuduh adalah seorang penjawat awam dan mendapat suatu barangan berharga daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya, Shamsuddin Hayroni dengan suatu balasan diketahui tidak mencukupi. Katanya prima facie turut ditimbulkan ke atas kes tertuduh yang mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau sewaktu menjadi menteri besar. Mohtarudin berkata berdasarkan kenyataan saksi pendakwaan kedua, Shamsuddin yang juga Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd, beliau (Shamsuddin) mengenali rapat tertuduh dan mempunyai hubungan perniagaan dengannya sebab pernah membuat permohonan untuk membangunkan projek perumahan. "Dalam kes ini, apabila berlaku pertembungan antara public interest (kepentingan awam) dan private interest (kepentingan peribadi), maka public interest perlu diutamakan. "Ini jelas menunjukkan mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes seperti ini. Denda tidak sesuai dijatuhkan dalam kes ini dan hukuman penjara ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri perlu diberi penekanan. "Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan", kata beliau. Berhubung hujahan pihak pembelaan yang mempertikaikan keterangan Shamsuddin yang memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas desakan Dr Mohamad Khir, Mohtarudin berkata beliau menganggap kenyataan itu 'reasonable explanation' sebab pembelaan tidak membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan Shamsuddin. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kesnya melibatkan kepentingan awam dan mampu mengundang kepada perlakuan rasuah serius. "Dalam kes ini, tertuduh bukannya tidak sengaja dan tidak sedari jika beli hartanah itu pada harga sebegitu rendah (RM3.5 juta), malahan ada rancangan memiliki harta itu sejak 2004 hingga 2007. "Meskipun tiada permintaan direct (untuk hartanah) daripada tertuduh, namun tertuduh perlu sedar (kesannya) jika terima sesuatu daripada seseorang yang mempunyai urusan dengannya. "Jadi, hukuman setimpal wajar dikenakan agar penjawat awam berhati-hati ketika melaksanakan tugas mereka," katanya. Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007. Sementara itu, peguambela Dr Mohamad Khir, M Athimulan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke mahkamah sebelum 5 petang ini. Dr Mohamad Khir pula berkata beliau akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan akan terus berjuang untuk membersihkan namanya.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)







--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment