Monday, December 5, 2011

Re: RG2011... Re: TAHNIAH!!! RAKYAT ALOR MENGKUDU KINI SUDAH PUNYAI BAR SENDIRI.

 

takkan dah jadi mcm genting, baru nak tegur.. kat situ dah terlambat bro,so selagi ade ruang dan peluang, inilah masanya..lagipon ia dibwh kerajaan PAS bukannya UMNO..  bak kata pepatah "luntur buluh biarlah dari rebungnya".jgn.sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, mcm yg berlaku pd UMNO

2011/12/2 xstream <pejal71@gmail.com>
 

Ko tgk2lah bar dunia terbaik kat genting tuhh....kuman sebarang yang empunya kuman pun dari BN ...gajah depan mata dinasor depan mata buat bodo..ajer.. jelas ini org melayu penentang hudud bercerita..konon bengkek dgn bar... konon...semua tahu kerja PAS dan semua tahu kerja puak UMNO BN... puak2 UMNO BN kalau nak cari senang...penuh dalam bar..tak caya ker?  kah kah kah... gambar paling hebat abab ini ada pi tanya topeng..

2011/12/2 Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my>
 

TAHNIAH Kerajaan PAS KEDAH di DUN Alor Mengkudu

Ini lah hebatnya pemerintahan kerajaan PAS Kedah di bawah kepimpinan Ostat Azizan . Kalau dulu kerajaan BN perintah jika dibukanya bar seperti di atas ini , sudah tentu puak-puak kopiah putih akan turun berdemo sakan membantah .

Pusat hiburan semakin hari bertambah di negeri Kedah dan tak mustahil selepas ini lelaki buaya darat tak perlu ke Danok lagi , hanya singgah di Alor Mengkudu pun tesergam indah bar . Gambar House Bar ini dikatakan berada di dalam DUN Alor Mengkudu yang mana Adun PAS berjawatan Exco berkuasa.

Apa kejadahnya kawasan DUN yang majoriti Melayu ini perlu ada bar besar seperti ini ?? GPB yakin lepas ini peluang pekerjaan menjadi GRO kepad gadis2 Melayu ini akan dibuka luas . Mungkin ini lah pelaburan masuk ke negeri ini yang tengah naik mendadak di negeri kerajaan PAS ini .

GPB confirm lepas ini kawasan DUN Alor Mengkudu ini yang mana dikuasai PAS akan tewas dalam PRU 13 selepas ADUN mereka merangkap Exco ini lebih rela halalkan pusat bar dibuka di kawasan beliau sendiri . Rakyat dan penduduk sudah marah tetapi kepimpinan PAS buat pekak saja ...

Tunggu PRU 13 ..rakyat Alor Mengkudu humban ADUN PAS ini di pusat bar ini ..hahaha

UMNO Kedah mempersoalkan bagaimana semakin banyak pusat hiburan seperti bar, pusat karoke dapat beroperasi dengan mudah di negeri ini.
"Apakah keperluan Kedah yang mempunyai penduduk Islam yang begitu ramai mempunyai pusat hiburan yang banyak. Adakah kerajaan negeri menghalalkan semua itu demi politik mereka," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah berkata, terbaru beliu mendapat aduan daripada penduduk sekitar Alor Mengkudu mengenai sebuah bar yang baru beroperasi yang dikenali dengan nama House Bar.
Menurut penduduk disitu yang datang mengadu kepada saya, bar itu sangat besar dan hebat dengan mempunyai bangunan sendiri, sama hebat dengan bar di bandar besar yang lain.
Saya juga dimakumlam semasa perasmian bar itu minggu lepas, ribuan orang menghadirinya dengan pelbagai persembahan hiburan, katanya, sambil menambah bahawa bar berkenaan terletak di kawasan Alor Mengkudu yang merupakan kawasan pinggiran bandar Alor Setar yang rata-rata penduduk adalah orang Islam.
Katanya lokasi bar itu juga dekat dengan pejabat ADUN kawasan Alor Mengkudu, yang juga Exco Kerajaan Negeri.
"Adakah kita mahu berbangga dengan penubuhan bar berkenaan sedangkan umat Islam di Tambang Badak sedang memperjuangkan surau mereka yang hendak dirobohkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Dengan Perwakilan UMNO Kedah yang akan menghadiri Persidangan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu depan.
Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri perlu mendengar rintihan rakyat yang terguris melihat semakian berkembang pusat hiburan di negeri ini.Katanya tidak ada keperluan untuk mendirikan banyak pusat hiburan di negeri ini.

Portal UMNO KEDAH 




--
Xstream-BOP


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment