Saturday, December 10, 2011

Re: RG2011... Saya antara mangsa korupsi

 



Melayu akan terus terpinggir kerana PKR didalangi DAP...
Pas ada power...hampeh....
 
Mula dulu saya juga penyokong PKR masa mula-mula set-up (masa tu x ramai follower)...
Tp bila lama ikut dan lihat perjuangan, rasanya hak-hak org melayu x de la...
 
Pas pula...Memang ramai bijak agama, tapi suka mengelirukan
Bila UMNO buat--->Haram Tapi bila mereka buat--->Halal.
Banyak pengikut PAS fikiran sempit, Ini dah terjadi kat kampung-kampung mahupun bandar
Bila org UMNO buat Majlis, Mereka Pulau walaupun Majlis Kenduri Kahwin, Kesyukuran.
Org yang macam nie yang tak tau erti POLITIK matang.
 
----- Original Message -----
From: Wan Zailan
Sent: Friday, December 09, 2011 4:30 PM
Subject: Re: RG2011... Saya antara mangsa korupsi

 



ok lah, gini,
masing -masing kita ada hujjah,
geng umnongok dgn hujjah mereka, geng pas PR ada hujjah masing2.
mereka say no to pas , no to pkr, kita pula jawab apa saja asal bukan umno dan juga bukan bn,(ABU)
so, apa nak jadi pun kita lawan lah,
tapi kita dah tahu dah padang tak rata, tiang gol dah aiang2 kena alih, nak buat macamana, namun lawan umno tetap kena lawan, higgaa menang, hatta sampai mati pun tak per.
Kalau padang sama rata, parti lawan parti, tapi kita pas pkr PR, parti lawan jentera kerajaan yg dikudakan oleh umno. sebab tu kalau betul-brtul lawan, memang bulih sebab umno tidak kuat, mereka bergantung pada jentera kerajaan dan kemudahan kerajaan, mereka banggaa dgn ibu pejabat parti di kl, tapi di kampung markas pun tak ada.
jadi sekali lagi , hujah dalam ni tak selesai, kau kutuk aku , aku maki kau, tak kesudahan, walau sampai satu tahap harus berbuat demikian.
Perjuangan mengalahkan/menghapuskan umno di bumi malaya ni diteruskan, walau mereka juga akan kata pas dan PR perlu di hilangkan dari bumi ini. sama saja.
Kita sama lawan lah, kalah jadi abu , menang jadi arang.
----- Original Message -----
Sent: Friday, December 09, 2011 9:47 AM
Subject: Re: RG2011... Saya antara mangsa korupsi

 

Sdra Roslan,
Saya adalah antara Jamaah haji 2010, saya sependapat dgn Tuan Hj, Satu saranan supaya Tabung Haji tukar sepada jenama yang dicadangkan

Salam.

 


From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, 6 December 2011 12:10 AM
Subject: RG2011... Saya antara mangsa korupsi

 
Penulis Tamu
Oleh Zul Sulong
"Hanya tiang elektrik dan unta sahaja yang tidak batuk di Mekah" adalah kenyataan paling popular di kalangan jamaahhttp://img.mobypicture.com/e787f18859bcd00cfb2caec932c97b45_view.jpg haji di Mekah dan juga Madinah.

Ia dibuat untuk memberikan justifikasi apabila ditanya kenapa batuk....mereka menjawab, saya tidak sakit kerana semua orang batuk, tidak ada yang tertinggal.


Namun apabila batuk terlalu berlebihan dan ubat yang diberikan oleh klinik Tabung Haji di Mekah dan Madinah tidak dapat mengurangkannya, sebagai manusia, masing-masing mula berfikir...kenapa ia berlaku.

Takkan tidak ada ubat yang sesuai untuk menghentikan batuk ini atau sekurang-kurangnya meredakan batuk yang dihadapi mereka.

Dan jawapannya diperolehi oleh penulis hanya selepas pulang ke Malaysia.

"Sebenarnya, batuk ada dua jenis...Satu yang berkahak dan satu lagi yang kering atau gatal-gatal di tekak akibat debu. Batuk di Mekah dan Madinah adalah jenis kering yang disebabkan oleh debu halus yang masuk ke dalam sistem badan kita melalui saluran pernafasan dan mulut.

"Debu ini pula halus dan kering kerana cuaca di sana yang panas dan kering," terang seorang doktor yang ditemui selepas pulang ke tanah air.

Untuk batuk jenis berkahak, ubatnya adalah yang berwarna hitam. Brandnya adalah macam ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika tu.
Manakala untuk batuk akibat dari debu kering ini adalah yang berwarna kuning jernih itu atau brandnya adalah ubat batuk cap ibu dan anak.  

"Jadi apabila kita makan ubat batuk warna hitam itu, batuk kita tidak akan berhentilah, bahkan boleh bertambah lagi," beritahu doktor berkenaan.

Sebenarnya inilah yang berlaku kepada jamaah haji Malaysia. Boleh dikatakan mereka telah diberikan ubat batuk yang salah.

Ketika lawatan kali kedua ke klinik Tabung Haji di Mekah, saya meminta petugas perubatan yang memeriksa saya (bukan doktor) yang bertugas memberikan ubat batuk yang lain kerana selepas sebotol ubat batuk (yang berwarna hitam itu) saya makan, ia tidak memberikan sebarang kesan.

"Tidak ada yang lain encik. Hanya ubat ini yang dibekalkan oleh Tabung Haji," kata petugas perubatan berkenaan.

Inilah nasib jamaah haji Malaysia. Ketika hampir kesemua mereka berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Haji, isu ubat batuk menjadi isu yang tidak berkesudahan.

Isu ini pula dihadapi oleh hampir semua jamaah kerana 'tiang elektrik dan unta' sahaja yang tidak batuk di sana.

Ketika berbincang dengan doktor yang saya temui di sebuah klinik di Malaysia selepas pulang, beliau bersetuju bahawa saya adalah salah seorang mangsa penyalahgunaan kuasa dan amalah rasuah atau salah guna kuasa di Malaysia.

Beliau yakin, Tabung Haji adalah antara pihak yang terperangkap dan menjadi mangsa amalan ini.

"Sebenarnya, sejak beberapa tahun lepas, hanya ada satu syarikat sahaja yang berhak membekalkan ubat kepada Tabung Haji. Syarikat itu pula amat baru dalam bidang ini dan mendapat kontrak secara fast track bukan kerana kemampuan dan track rekordnya.

"Hasilnya inilah...ubat yang perlu lain, yang dibekal lain," kata doktor berkenaan.

Akibat dari ketidak berkesanan ubat batuk ini, hampir semua bilik penginapan jamaah haji Malaysia, penuh dengan botol-botol ubat batuk ini, namun mereka tetap batuk.

Di dalam masjid, samada Masjidil Haram di Mekah atau Masjid Nabawi di Madinah, batuk menjadi satu irama. Sahut menyahut antara satu sama lain. Dan antara pemain utamanya adalah jamaah haji Malaysia yang bilangannya hanya minoriti itu.
----------------------------------------------------
Penulis baru pulang dari menunaikan ibadat haji. Ini adalah tulisannya yang pertama selepas pulang.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment