Aaaaaargggggggggggghhhhhhhhhh......JANGAN CAMPUR POLITIK DAN KERJA......
From: Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, December 28, 2011 1:28 PM
Subject: Re: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat Selamat
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, December 28, 2011 1:28 PM
Subject: Re: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat Selamat
Pada sdr Zailan,
Kamu kena semaklah dulu - berapa ramai org Kelantan yg skrg ni jadi PTD kanan.
Kenapa nak kaitkan pulak PTD dgn UMNO/BN.
Jgn suka buat telahan tanpa bukti kukuh.
Aku pun kakitgn awam tp aku bukan PTD.
Dan aku tahu hampir keseluruhan kakitgn awam bersikap bersikap profesional dan tidak mencampurkn fahaman politik dgn kerja.
Wassalam
<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>
From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, December 28, 2011 9:39 AM
Subject: Re: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat Selamat
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, December 28, 2011 9:39 AM
Subject: Re: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat Selamat
Skim demi skim diperkenalkan semata-mata untuk mencelikkan penjawat awam yang tak habis-habis leka dalam menjalankan tugas. Sekarang ini bagus ada exit policy supaya penjawat awam lebih fokus dalam pekerjaan. Kalau gaji naik, suka tetapi perkhidmatan yang diberi tidak setimpal dengan gaji/bonus. Apa-apa skim pun kalau ada penjawat awam dari atas turun ke bawah masih tidak bermaruah kerana RM1 untuk ke neraka, tetapi apa mereka kisah sebab mereka tak faham agama dan persendakan agama. Yang penting anak-anak dan keluarga disuap duit yang tak jelas
rhirowati - rhirowati
From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, December 27, 2011 9:00 AM
Subject: Re: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat Selamat
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, December 27, 2011 9:00 AM
Subject: Re: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat Selamat
en zahar, biasanya geng ptd nih la yang paling kkuat sokong umno, dan mereka ni lah yag jlnkan polisi umno dlm kerajaan, dan mereka biasanya buat polisi yang akan untung kan mereka dan tidak peduli pada org bawahan, dan mereka lah yang akan dapat pangkat kp, pengarah ,
----- Original Message -----From: Zahar HanSent: Friday, December 23, 2011 7:14 PMSubject: Re: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat SelamatAku tak tahulah puak-puak PR ni - sikit2 salah BN-UMNO - kalau tak tahu proses pentadbiran dalam perkhidmatan awam dok diam ajerlah atau carilah maklumat tepat dulu.Tahu tak yg menggubal SBPA tu sape - org BN/UMNO ke - jgn jadi biol sangat sebab yg menggubal SBPA tu tentulah para PTD di JPA. Apa kene mengenenya dgn org BN/UMNO.Kalau betullah org BN/UMNO yang menggubal SBPA apasal pulak mereka nak sabotaj pilihanraya PRU-13. Tak masuk akai betoi.Entah2 org PR yg ada dalam JPA yg punya kerja mcm pepatah Melayu dah baling batu sembunyi tangan.Bagi aku hasrat PM adalah baik utk menaikkan tangga gaji kakitangan awam tapi yang menggubal SBPA lah yang pandai-pandai buat itu dan ini sehingga menyebabkan ramai kakitangan yg tak puas hati termasuk aku.Wassalam
<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Wednesday, December 21, 2011 9:46 AM
Subject: RG2011... Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? – Oleh Adil Mat Selamat
Gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng20 DISEMBER – Apabila pemimpin DAP Tony Pua mencadangkan supaya perkhidmatan awam diuruskan dengan baik dengan cara mengambil tindakan terhadap mereka yang malas dan makan gaji buta, para pemimpin UMNO dan konco-konco mereka menuduh DAP dan Pakatan sebagai anti-Melayu.Cadangan "edit policy" DAP telah dicanangkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, sebagai usaha untuk menjejaskan orang Melayu.Kini, Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ingin diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah terserlah "exit policy" kerajaan UMNO-Barisan Nasional untuk pegawai dan kakitangan awam.Yang dituduh orang lain, yang mahu melaksanakan "exit policy" adalah kerajaan UMNO-BN. Bukankah ini hipokrasi namanya?Sudah mula kedengaran suara sumbang berkaitan dengan keadilan dan cara pelaksanaan SBPA. Ramai pihak khususnya kakitangan awam mengeluh apabila didesak untuk menandatangani borang persetujuan bagi menerima pakai SBPA.Siapa sebenarnya yang mahu membuang kerja kakitangan awam? Siapa sebenarnya yang memaksa kakitangan awam menerima sistem yang dikatakan tidak adil itu oleh kebanyakan kakitangan awam, khususnya Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)?Pelaksanaan dasar yang cincaiDalam isu SBPA ini, kita dihadapkan dengan pelbagai dakwaan oleh pihak kakitangan awam iaitu dari kumpulan Pelaksana itu sendiri:
- Terdapat jurang gaji yang begitu lebar di antara kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dengan kumpulan Pelaksana (Penolong Pegawai, Pembantu Tadbir dan ke bawah).
- Semakan gaji ini tidak selari dengan kehendak kerajaan sendiri. Keadaan ini telah menwujudkan rasa tidak puas hati antara kumpulan Pelaksana dengan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).- Asas pekiraan gaji dan peratus kenaikan hanya berpihak serta kelebihan kepada kumpulan P&P ke atas.
- Penerangan secara roadshow tentang SBPA oleh pihak JPA telah dibuat tetapi maklumat tidak mencukupi dan ia dilaksanakan secara tergesa-gesa dalam waktu yang singkat sekali.
- Banyak persoalan tidak dapat dijawab oleh JPA ketika taklimat diadakan, malah terdapat beberapa lampiran tidak disertakan khususnya lampiran C mengenai gaji kumpulan P&P. Ia menggambarkan seolah-olah jumlah kenaikan gaji kumpulan tersebut begitu hendak disembunyikan daripada pengetahuan kumpulan pekerja peringkat Pelaksana.- Hingga kini tidak diketahui pihak manakah yang membuat kajian yang lengkap berkenaan dengan kaedah SBPA ini. Jika sistem ini benar-benar baik dan adil, seharusnya kerajaan menerusi JPA melantik pihak luar untuk mengkaji secara mendalam dan menyeluruh dalam aspek asas, pelaksanaan, pilihan dan penyelesaian. Justeru, tidak akan wujud jurang pendapatan yang begitu lebar antara kumpulan P&P dan kumpulan Pelaksana.Rungutan di kalangan kakitangan awam ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO-BN sedang melaksanakan agenda transformasinya dengan cara yang sangat 'cincai'. Ini menunjukkan tahap kebertanggungjawaban mereka yang rendah. Ruang masa untuk dibincang, dibahas dan dipilih cukup singkat.Sistem paksaaan UMNO-BNDengan kata yang lebih mudah, kerajaan UMNO-BN mahu kumpulan kakitangan awam ini menerima sahaja transformasi yang diilhamkan oleh Najib tanpa banyak soal.Cara ini mendedahkan bentuk pemerintahan UMNO-BN yang mengamalkan sistem arahan hanya datang dari atas, tidak ada konsep timbal-balik dalam demokrasi terpimpin ala UMNO ini.Suara pihak bawahan, walau pun bernas, tidak terguna pakai dalam sistem UMNO ini, malah jika ada kakitangan yang bertindak seperti 'Hang Nadim', mereka akhirnya akan ditukarkan tempat kerja atau dikenakan tindakan disiplin.Kerajaan UMNO-BN masih menganggap bahawa kakitangan awam kumpulan Pelaksana rendah mentaliti dan pengetahuan mereka. Ini satu penghinaan yang cukup ketara, bilangan kumpulan pekerja ini merupakan majoriti dari kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di dalam sektor awam.Tidak salah untuk memanjakan sedikit kumpulan P&P demi memberi imbuhan yang wajar dengan kelulusan mereka, namun biarlah ianya lebih adil kerana kumpulan Pelaksana ini lebih ramai dan majoriti mereka juga memerlukan pembelaan.Nama kumpulan mereka pun sebagai 'pelaksana', ini menunjukkan betapa pentingnya peranan kumpulan ini dalam sektor awam.Fakta-fakta sebenarDifahamkan, gaji asas bulanan bagi pegawai JUSA, sebagai contoh dalam kelas C sahaja, dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ada sekarang akan dinaikkan hampir dua kali ganda dalam SBPA mulai 1 Januari depan, di mana gaji asas mereka akan mencecah lima angka. Ini gaji asas, tidak termasuk elaun dan imbuhan lain.Jika hendak dibandingkan dengan perbezaan gaji kumpulan Pelaksana yang rata-ratanya berkelulusan dari SRP (PMR), SPM, STPM hingga Diploma dan ijazah pertama, mereka hanya mendapat kenaikan sekitar RM100 dan RM300 sahaja. Malah diperingkat paling bawah ada yang menerima kenaikan sekitar RM80 yang tidak mencecah RM100 pun.Dalam waktu di mana kos sara hidup semakin meningkat ini dan harga barangan harian bertambah tinggi, kakitangan awam khususnya pada kumpulan Pelaksana, semakin terhimpit dan tidak banyak diberi pilihan. Malah kumpulan ini selalu dipersalahkan oleh kerajaan UMNO-BN apabila tahap produktiviti mereka tidak mencapai seperti yang diharapkan.Teladan negeri-negeri Pakatan RakyatNamun, di negeri Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang dan Selangor, tidak kedengaran pula masalah tahap produktiviti yang rendah di kalangan kakitangan kerajaan negeri.Mengapa mereka ini boleh pula melakukan kerja mengikut keperluan seperti mana dasar pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri? Mengapa pula di peringkat kerajaan pusat, masalah itu tidak pernah selesai?Model yang diperkenalkan oleh kerajaan Pulau Pinang agak mudah tetapi sangat praktis. Tidak timbul isu pemberhentian kerja di sektor tersebut, malah Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengangkat golongan wanita untuk mengisi jawatan penting dalam sektor tersebut, ini diikuti oleh negeri Selangor.Jika rasuah dan salah guna kuasa diamalkan oleh pemimpin, ia akan menjadi ikutan oleh pegawai dan kakitangan awam. Jika amalan ini dikikis, seperti yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang dan Selangor, pasti budaya kerja sektor awam akan turut berubah dan meningkat produktiviti.Urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) menjadi budaya baru kepada sektor awam di negeri-negeri Pakatan. Ia benar-benar diamalkan oleh pegawai dan kakitangan awam kerana mereka kini bangga dapat menjalankan khidmat dengan penuh amanah kepada rakyat. Ini adalah soal maruah dan harga diri.Pelaksanaannya juga mudah, iaitu pemimpin, ketua atau ketua jabatan dahulu yang harus berubah kerana tidak ada gunanya ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus.Tidak ada apa yang hendak dimalukan jika JPA meniru urus tadbir CAT. Ia bukan hak milik DAP atau Pakatan Rakyat, ia adalah hak milik bersama rakyat, termasuk kakitangan awam, demi kebaikan semua rakyat.Jika kakitangan awam merasakan kepimpinan kerajaan pusat yang ada sekarang tidak mempunyai iltizam politik untuk berubah, maka mereka perlu mencari alternatif lain untuk memantapkan serta memartabatkan perkhidmatan awam. Mereka berhak menentukan masa depan mereka sendiri.
Dasar Pakatan baik, BN pun terpaksa tiruBERUAS, 20 DIS – Keberkesanan pentadbiran dan dasar pro-rakyat yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat telah banyak memberikan faedah yang besar kepada rakyat tanpa mengira warna kulit dan faham politik.Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kecekapan dan ketelusan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini telah menyebabkan Barisan Nasional cemas.Katanya, rasa cemas itu menyebabkan BN terpaksa mengikut jejak langkah Pakatan dengan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat dengan lebih banyak melalui program pembangunan mahu pun skim-skim bantuan lain."Dengan adanya Pakatan Rakyat, rakyat mendapat berbagai faedah. Dalam tempoh 40 hingga 50 tahun ini, apakah kerajaan pernah memberikan RM500 kepada rakyat dan RM100 kepada murid-murid sekolah?"Ini semua dilakukan sekarang kerana adanya perssaingan dari Pakatan Rakyat. Dari sudut mana pun, rakyat yang untung apabila memilih Pakatan Rakyat," katanya dalam satu ceramah di sini baru-baru ini.Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata kerajaan negeri Perak di bawah pentadbiran BN yang merampas kuasa dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009 kini meniru Pakatan untuk memberi RM300 juta bagi pembangunan negeri yang tidak pernah dilakukan sebelum ini."Ini semua kerana pentadbiran kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat pada tahun 2008 sangat baik. Secara langsung ia meletakkan pentadbiran kewangan negeri di landasan cemerlang kerana semua sisa-sisa dalaman yang terlibat dalam rasuah sudah berhentikan," ujarnya.Walau pun begitu, beliau menasihatkan pengundi di Perak supaya tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis BN kerana mereka masih bermain politik perkauman yang akan terus memecahbelahkan perpaduan rakyat.Untuk mendapatkan 'pakej' lengkap pentadbiran bersih dan anti-perkauman serta bersifat pro-rakyat, Ngeh berharap lebih ramai pengundi akan memilih Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kemenangan yang lebih stabil."Kita dalam Pakatan merupakan sebuah keluarga yang besar. Saya harap seluruh rakyat negeri ini terus memberi sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat," tambah beliau
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment