Thursday, December 1, 2011

RG2011... Adakah orang murtad kerana al-Quran telah disalah faham dan kerananya ia telah ditertawakan??

 


Ramai orang yang mengaku Islam masih terikat dengan dogma metodologi-metodologi yang dibuat oleh orang zaman dahulu. Statemen tidak berasas yang dijadikan argument mereka seringkali digunakan oleh pihak lawan sebagai modal untuk menyerang Al-Quran dan mentertawakannya. Malah imej Nabi Muhammad juga turut menjadi buruk. Akibatnya ramai orang Islam itu sendiri terpengaruh dan hendak murtad disebabkan itu.

Namun jika diteliti sebab Al-Quran sering diserang dan ditertawakan kerana ia diasosiasikan dengan "lahwal hadis", iaitu hadis yang tidak berasas. Apabila Al-Quran diterjemahkan mengikut "lahwal hadis", maka ia menjadi punca al-Quran dilihat sebagai Kitab yang tidak dapat diadaptasikan menurut kondisi yang baru atau kemajuan tamadun manusia.

Al-Quran ada menyebut dua jenis hadis, iaitu ahsanal hadis (terbaik) dan lahwal hadis (tidak berasas). Namun ramai orang yang mengaku mengikut al-Quran itu sendiri tidak memikirkan ayat-ayat al-Quran, oleh sebab itu ramai orang yang mengaku mengikut Al-Quran itu tidak memperdulikan interpretasi frasa kata "lahwal hadis" didalam ayat yang ditunjukkan ini.

[Q31:6] Dan ada diantara manusia yang menggunakan hadis yang tidak berasas (lahwal hadis); maka mereka menyesatkan orang lain dari jalan Allah dengan tanpa pengetahuan dan mereka menjadikannya (jalan Allah itu) ditertawakan; mereka itulah bagi mereka hukuman yang menghinakan.

Al-Quran adalah ahsanal hadis (terbaik), namun jika Al-Quran dianggap tidak berasas dan ditertawakan, itu kerana Al-Quran telah terjemahkan dengan "lahwal hadis" yang menyebabkan jalan Allah itu (Al-Quran) ditertawakan. Hakikatnya "lahwal hadis" manakah yang menyebabkan Al-Quran ditertawakan? Maka bersama-samalah kita mengesan "lahwal hadis" yang menyebabkan Al-Quran itu ditertawakan. Wallahu'Alam.
Posting oleh Jebon

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment