Monday, December 5, 2011

RG2011... Bob Lokman kata ada dua menteri hubungi beliau

 

laaaa.nape tal ckp PM jer yg call...
mmg layak memberi ceramah walaupun tiada tauliah...
pasal yg sanggup mendengar ceramah tu bkn calang2 org.....
keh.. keh..keh..


From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Saturday, December 3, 2011 11:03 AM
Subject: RG2011... Bob Lokman kata ada dua menteri hubungi beliau

 
Misai Merah

Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman ,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.


Bob Lokman  kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!

Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?

"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.
Posted by MISAIMERAH at 2:55 PTG


Ahmad Busu 'Pi Mai, Pi Mai Tang Tu' muncul dalam ceramah Pas di Shah Alam

Pelakon dan pelawak terkenal Ahmad Busu atau lebih dikenali dengan Mat Deris dalam sitcom komedi 'Pi Mai, Pi Mai Tang Tu' (gambar) muncul dalam ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam malam tadi. Beliau hadir bersama penceramah dan pendakwah bebas popular masa kini Bob Lokman yang jadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang juga pensyarah UIA.Ahmad Busu tidak berucap, hadir sebagai pemerhati dalam majlis tersebut.Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan mempelawa Ahmad Busu untuk sertai Pas.Beliau meminta ahli Pas yang hadir hulurkan borang keahlian Pas kepada Ahmad Busu. 


'Lembu dalam kondo', polis kata tiada unsur pecah amanah

Beli kondo RM9.8 juta tiada unsur pecah amanah
Keluarga Sharizat buat Umrah duit lembu tiada unsur pecah amanah
Beli sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.duit lembu tiada pecah amanah
Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) – syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.Tiada pecah amanah.

NFC:Tiada bukti wujud unsur pecah amanah , kata polis-M'insider

Siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar  berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek itu termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan," kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh, dipetik Star Online hari ini.
Polis memulakan siasatan selepas aduan berkenaan dipindahkan kepada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua minggu lalu.

Polis cuba bersihkan nama Sharizat-Jingga 13-Keadilandaily.com

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC). Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.
"Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .
"Sia-sia saja segala pendedahan yang dibuat kerana dalam negara buatlah apa saja, tapi tidak akan dianggap jenayah kalau semuanya dari pimpinan dan Menteri BN," kata Fariz yang juga Pengerusi NGO, Jingga 13.
The Sun melaporkan Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata bahawa siasatan awal polis terhadap projek lembu (NFC) menunjukkan tiada bukti berlakunya jenayah pecah amanah (CBT).
Pagi tadi pula Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.-KeadilanDaily.com

Tiada yang terkejut dengan kenyataan pihak polis.Malah sudah dijangka jika tidak diberitahu. Ingat lagi dengan kes kematian arwah Sarbaini dan Teoh Beng Hock yang mati ketika disiasat SPRM.Mereka dikabarkan bukan bunuh diri, dibunuh dan terbunuh.Mereka mati terkejut!


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment