Wednesday, December 14, 2011

RG2011... Cucu Mat Kilau Meninggal Dunia Hari Ini

 

----- Original Message -----

 
KUANTAN, 12 Dis - Cucu Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (foto) iaitu Ibrahim bin Umar telah meninggal dunia di Kg.Pulau Tawar Jerantut pada hari ini. Berdasarkan sumber, arwah meninggal dipercayai akibat sakit tua dan beliau tidak meninggalkan seorangnya keturunannya. Ibrahim yang juga dikenali sebagai "Aki Aik" oleh penduduk Pulau Tawar dipercayai tidak berkahwin sepanjang hidupnya. Beliau merupakan anak kepada Omar Bin Mat Kilau iaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Teh Mahda. Arwah merupakan satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kampung asal pahlawan tersebut.
 
Semasa hayatnya, arwah tidak dapat banyak menyumbang ke arah perjuangan membela rakyat seperti yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. Cuma, arwah hanya menjadi tempat kunjungan para wartawan media dari seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan dan komen beliau tentang perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Semasa hayatnya juga, arwah lebih banyak menghabiskan masa dirumahnya. Dalam satu pertemuan dengan krew PDO beberapa tahun yang lalu arwah nyata kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membantu membangunkan semula peninggalan sejarah pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah di Pulau Tawar.
 
Malah, beliau juga kecewa dengan sikap wartawam media dan majalah yang hanya mengaut untuk menghasilkan artikel dan buku-buku berkaitan perjuangan Mat Kilau sedangkan tiada royalti langsung yang dipulangkan kepada keturunan pahlawan Melayu Pahang itu. Terbaru, cerita "Mat Kilau" pula mahu difilemkan oleh pihak tertentu. "Semuanya mahu untung, tapi sedikit pun tidak disumbangkan kepada kami", kata Arwah ketika itu. Kini, kampung asal Pahlawam Melayu Pahang itu terus terbiar layu dan tiada pembangunan sejarah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah, makam Mat Kilau sendiri pun terpaksa dibangunkan oleh pihak swasta sebelum ini. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" ini, maka berakhirlah sudah riwayat salah silah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Mungkin yang ada ialah keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara. Al-Fatihah buat roh arwah Ibrahim.

[Mat Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris kerana Islam. Pemergiaan cucunya ini merupakan satu kehilangan besar buat roh perjuangan Islam di Pahang. Sejak zaman berzaman, memang Pulau Tawar terus terpinggir dari arus pembangunan. Entah apa sebabnya pun kita tidak tahu. Cukup berbeza dengan Pasir Salak (Perak), Kg.Duyung (Melaka), Padang Mat Sirat (Langkawi) dan sebagainya, Kerajaan Negeri masing-masing membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan sejarah untuk dikunjungi oleh generasi muda hari ini.
 
Namun, Pulau Tawar hanya ada "makam Mat Kilau" yang dijaga dengan rapi sebaliknya Masjid Lama tempat beliau isytiharkan dirinya Mat Kilau, rumah kelahirannya, tempat beliau mengajar ilmu persilatan, serta lain-lain peninggalan sejarah yang sepatutnya boleh dijadikan produk pelancongan terbiar layu. Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak berusaha untuk membangunkan lokasi berkenaan selama ini. Malah, kebajikan keturunan Mat Kilau juga tidak terurus termasuk arwah Ibrahim Bin Omar itu. Beginilah nasib pejuang Melayu Pahang. Namanya diagungkan tetapi pengorbanan dan perjuangannya dipinggirikan oleh arus pembangunan].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment