Saturday, December 3, 2011

RG2011... Fw: Demontrasi Perlu Di Buat Tempat Terbuka

 

----- Original Message -----

Pengarah KOMAS, Tegaskan Demontrasi Perlu Di Buat Tempat Terbuka Bukannya Lokasi Tertutup

PDO
 
 
SHAH ALAM 1 Dis - Dari segi matlamat dan semangat, sebuah demonstrasi menuntut hak atau kepentingan tidak sesuai dilakukan dalam kawasan tertutup seperti stadium, menurut sebuah badan bukan kerajaan yang sering menolong menganjurkan protes bagi golongan bawahan. Pusat Komunikasi (Komas) berkata tujuan demonstrasi jalanan adalah untuk menarik perhatian pihak pemerintah dan masyarakat awam terhadap rintihan dan masalah yang dihadapi kumpulan yang menganjurkan tindakan tersebut. Ini supaya golongan tersebut dapat mendesak pemerintah agar mengambil serius tuntutan mereka sekaligus mencari jalan bagaimana tuntutan-tuntutan tersebut dapat dipenuhi. "Demonstrasi diadakan bertujuan menyuarakan hasrat dan suara hati rakyat untuk menaikkan sesuatu isu disamping mendapatkan sokongan menyelesaikan isu tersebut," beritahu Pengarah Pusat KOMAS Tan Jo Hann (foto). Sejak ditubuhkan pada 1993, Pusat KOMAS telah menolong banyak kumpulan golongan yang berpendapatan rendah seperti peneroka bandar, pekerja kilang dan penjaja gerai untuk menuntut hak mereka daripada kerajaan. Antara demonstrasi yang Tan sendiri telah terlibat adalah protes oleh penduduk Kampung Chupadak di Sentul, Kuala Lumpur, terhadap pihak berkuasa tempatan dan sebuah lagi di Rumah Panjang Jinjang Utama, Kepong. Tan menjelaskan pendirian organisasi itu dalam tentangannya terhadap Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011 yang baru diluluskan di Parliman. Undang-undang itu telah dikecam kuat oleh aktivis masyarakat sivil yang mendakwa ia lebih menyekat kebebasan untuk berhimpun dan bersuara. Antara peruntukan akta tersebut adalah kuasa bagi pihak polis menentukan tempat dan masa sebuah perhimpunan atau demonstrasi. Sekatan juga diadakan ke-atas lokasi dimana sebuah perhimpunan boleh diadakan. Penganjur yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda sehingga RM20,000.


Demontrasi perlu diadakan di kawasan terbuka bukan di stadium tertutup


Bukti, nenek moyang pejuang Melayu UMNO juga berdemontasi dijalanan
ketika menentang Malayan Union pada zaman penjajahan British dulu

 
"Undang-undang ini memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak polis untuk menentukan segalanya walhal sepatutnya pihak berkuasa hanya perlu mengawal keadaan perhimpunan agar segalanya berlaku dengan aman."Namun jika dilihat daripada sepanjang 20 tahun pihak kami mengadakan pelbagai demonstrasi, belum sekalipun kami berdepan situasi di mana keganasan berlaku atau bermula dari pihak yang melakukan demonstrasi," jelas Tan. Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut mengecam kerjaan pusat kerana tidak menghiraukan pandangan yang diketengahkan pelbagai pihak berhubung implikasi negatif undang-undang ini. Presiden ABIM Amidi Abd Manan berkata, pihaknya amat menyesali sikap tertutup kerajaan yang enggan membicarakan penggubalan rang undang-undang ini secara terbuka dan meluas sambil membabitkan konsultasi awam dan suara masyarakat sivil di negara ini. "ABIM memandang keengganan tersebut bertentangan sama sekali dengan komitmen keterbukaan yang menjadi intipati agenda perubahan yang dilaungkan oleh kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak", katanya.


[UMNO cuba mengajar rakyat berhimpun serta berdemontrasi, sedangkan mereka lupa bahawa nenek moyang mereka dululah yang memulakan himpunan serta demontrasi jalanan membantah Malayan Union hingga kononnya membawa kemerdekaan kepada negara ini. Akta yang sengaja dipinda dan digubal untuk menghalang kebangkitan rakyat sama seperti menentang Malayan Union dulu kini mereka anggap salah dan tidak wajar dilakukan. Anehnya, bila perhimpunan serta demontrasi itu melibatkan puak-puak mereka atau NGO yang sekutu mereka maka undang-undang yang digubal secara automatik akan terbatal dengan begitu mudah sekali. Inilah ajaran sesat yang dibawa bertujuan untuk memesongkan rakyat sebenarnya. Amalan demokrasi berparlimen memberi hak dan kebebasan rakyat untuk menyatakan bantahan aman. Kenapa mereka rosakkannya!].
 
PDO
 
 
KUALA LUMPUR, 30 Nov - Pakatan Rakyat menyifatkan usaha kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (PA2011) sebagai hukuman kepada rakyat yang menentang kepimpinannya seperti perarakan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukannya mentadbir negara secara semberono. "Saya telah melihat cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan pada sesi perbahasan pagi tadi, saya telah meminta kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dan perlu mengambil kira pandangan ahli parlimen yang membahaskan perkara ini termasuk dari Pakatan Rakyat," katanya. Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di lobi Parlimen selepas berjumpa dengan wakil perhimpunan menentang rang undang-undang itu yang berarak ke Parlimen semalam. Akan tetapi rang undang-undang tersebut sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah Ahli Parlimen Pakatan keluar dewan dan tidak mengambil bahagian di dalam perbahasan. Perhimpunan "Walk for Freedom to Walk" (Berarak Untuk Kebebasan) itu tercetus apabila Kerajaan bentangkan rang undang-undang bagi mengawal jenis perhimpunan yang boleh diadakan. Perhimpunan semalam dihadiri lebih 1,000 ahli Majlis Peguam Malaysia dan aktivis masyarakat. Mereka membanjiri Kelab Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi semalam dan berjalan sejauh satu kilometer ke Parlimen bagi menyerahkan kertas cadangan rang undang -undang yang dicadangkan oleh Majlis Peguam. Bagaimanapun hanya 10 orang dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen bagi menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Mereka kecam Rang itu kerana ia dikatakan lebih mengongkong hak rakyat berhimpun. Mereka berkata rang itu bertentangan dengan prinsip demokrasi dan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan.


Pemimpin Pakatan Rakyat di sidang media di lobi parlimen petang semalam

 
Sementara itu sebuah lagi badan pendesak 'Occupy Parlimen' di laporkan akan terus berhimpun selama tiga hari di perkarangan Parlimen sebagai tanda mendesak kerajaan untuk tidak meluluskan undang-undang itu. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpendapat yang kerajaan pusat terpaksa melakukan apa sahaja dalam mempertahankan kedudukan mereka walaupun dengan menafikan hak rakyat. "Ini adalah reaksi negatif Umno-BN menghukum rakyatnya kerana mengadakan perhimpunan pada 9 julai lalu dan ini juga adalah usaha untuk memastikan bahawa rakyat tidak lagi boleh berhimpun seperti Bersih 2.0," katanya. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee pula sifatkan akta yang digubal kerajaan tidak adil sama sekali dalam sebuah negara demokrasi dengan mengenakan pelbagai syarat keterlaluan. Lim yang mengetuai perarakan beratus peguam menerusi kempen 'Walk for Freedom to Walk" turut mengesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukakan oleh pihak Majlis Peguam. "Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa," tambah beliau.


[Rakyat diminta bersabar melihat kerenah dan strategi terbaru kerajaan UMNO BN untuk menghalang kebangkitan suara mereka dijalanan ini. Kemungkinan besar undang-undang seperti ini digubal bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana rakyat yang cuba bangkit menentang kerajaan UMNO BN, terutamanya menjelang Pilihanraya umum ke-13 yang akan datang tidak lama lagi. Kerajaan juga mungkin menjadikan alasan ini untuk menghalang rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan kes liwat II yang bakal diketahui jawapannya dalam masa terdekat ini. Terdapat suara mengatakan Anwar Ibrahim akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh atas kesalahan ini dan rakyat pula dihalang untuk bangkit menyatakan bantahan seperti yang terdahulu. Inilah alasan kuat mengapa kerajaan beriya-iya mahu meminda rang unrang-undang tersebut. Apapun, semua digesa meneruskan perjuangan].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment