Sunday, December 4, 2011

RG2011... Fw: Sebab Asingkan Penumpang Bas Ikut Jantina

 

----- Original Message -----

Kes Raba Jadi Sebab Asingkan Penumpang Bas Ikut Jantina

 
Jakarta: Sistem transit TransJakarta di bandaraya ini dilaporkan melancarkan satu program perintis untuk mengurangkan masalah gangguan seksual dengan mengasingkan penumpang wanita dan lelaki dalam bas membabitkan laluan Ragunan-Dukuh Atas sejak minggu lalu.

"Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas," kata Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta (BLU), Muhammad Akhbar yang dipetik media di sini.

"Kami cuba melindungi penumpang, jadi mereka perlu diasingkan. Apabila bas ini penuh, penumpang akan berasak-asak."

Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas. - Muhammad Akhbar, Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta

TransJakarta akan membuat penilaian daripada penumpang sama ada untuk meneruskan program terbabit selepas projek perintis itu berakhir, kata Akhbar.

"Jika kebanyakan mereka bersetuju kami akan melaksanakan terhadap semua laluan."

Akbar berkata, bilangan kes gangguan seksual terhadap bas TransJakarta tahun ini dilaporkan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kes terbaru membabitkan gangguan seksual dilaporkan membabitkan pelajar sekolah tinggi yang hanya dikenali sebagai IF, ketika dalam perjalanan dari Kampung Rambutan ke Kampung Melayu pada 23 November lalu.

Penumpang lelaki dilaporkan sengaja meraba paha dan punggung mangsa. Penumpang lain yang menangkap Ahmad melakukan perbuatan itu membawa suspek ke balai polis Jatinegara di Jakarta Timur.

Akbar juga memberitahu, pelaksanaan terbabit masih lagi terhad kepada laluan tertentu dan masa tertentu.

"Ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Pada masa depan, kami akan melaksanakannya di semua laluan." – Agensi

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment