Sunday, December 25, 2011

RG2011... Kekalkan KPF milik peneroka dan beri 20 % Felda global Percuma

 

Kekalkan KPF milik peneroka dan beri 20 % Felda global Percuma
Posted on Sunday, December 25 @ 00:42:26 PST
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali

Analisis Isu Oleh: ahmadhadeed

"Najib sepatutnya mengekalkan pegangan 51 percent peneroka dalam Kumpulan Permodalan Felda supaya tidak menganggu operasi ladang mereka dan memberi 20 percent empty share Felda Global pada peneroka sebagai sumbangan mereka pada industri perladangan. Inilah formula terbaik untuk kebaikan bersama dibawah negara Kebajikan dakwaan BN

Isu memaksa peneroka felda menjual kepentinga 51 percent dalam KPF sama lah saperti merampas periuk nasi dan cangkul mereka untuk membuat kerja. Memberi 61 percent saham Felda Global yang berstatus dividen based dan merampas 51 percent saham KPF peneroka yang berlandaskan profitable activity based adalah zalim, jahat , penipu dan kurang ajar.
Tak cukup kah Najib melihat penderitaan mereka selama ini yang hilang tanah air, mendapat tanah tergadai dan hidup dengan kais pagi makan pagi. KPF milik peneroka bukan sebarang pegangan biasa tetapi satu pegangan dalam bentuk social responsiblity, gotong royong, tolong menolong , penjana keuntungan, penumpang kerja dan macam macam lagi. Ia nya saperti satu family business peneroka pada skala yang besar. Mereka yang memimpin Kumpulan Permodalan Felda adalah mereka yang pernah hidup dengan peserta felda, merasai keperitan mereka, makan nasi berlauk garam lada, sebab tu lah individu saperi Zulkifli dan Abidin Abd Rahman gigih dan amanah menjaga kepentingan peneroka. Abidin Abdul Rahman adalah anak guru besar chegu Abdul Rahman yang pernah mengajar di salah satu felda tertua di Terengganu dan memahami betapi peritnya hidup di tanah felda bumi permata.
Macam mana Najib mahu memaksa peneroka menjual pegangan peneroka dalam KPF yang untung, settler run dan berkait rapat dengan ladang mereka dan membiarkan pihak koperat melaksana tugas ladang. Ini akan membunuh mereka kerana kos pembangunan ladang akan meningkat dan keuntungan akan mengalir kepada pihak lain.
Pegangan saham didalam Felda Global sama lah saperti seorang pencen yang meletak duit pencen dalam pelaburan Sime Darby dan mengharap dividen, itu pun kalau di beri. kemungkinan besar peneroka yang fed up dengan dividen rendah akan menjual saham Felda global pada pihak lain dan sekali gus menghilangan terus pegangan ekuiti oleh orang Melayu. Memang lah Najib sekarang sudah tidak tahu apa yang di cakap dan mungkin hanya mengikut penasihat dari mereka yang khianat.
Sepatutnya Najib terus mengekalkan pegangan peneroka felda dan kakitangan felda 51 percent dalam Kumpulan permodalan Felda supaya tidak menjekas aktiviti ladang mereka dan memberi 20 percent saham kosong kepada peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka pada sektor perladangan negara. Bukannya namanya berciri negara kebajikan dan menuju kearah rakyat berpendapat tinggi.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment