Tuesday, December 6, 2011

RG2011... Kita Masih Tidak Cukup Berdoa

 

Kita Masih Tidak Cukup Berdoa
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Bismillah,

Semenjak dua menjak ni, itik tidak bertelur. Mereka mula tidak
bertelur masa mula2 musim hujan tempohari. Hoho.. sakit kalian bila
itik tak bertelur sebabnya makanan mereka takkan kita nak catu pulak
kan. Kiranya sampai rabak jugakla poket nak menanggung itik tu
sementara nak menanti one fine day untuk mereka bertelur semula. Mujur
alhamdulillah itik boleh dimakan, jadi bolehla kami makan especially
yang nampak monyok tu kan.

Tapi jangan bimbang, kami masih optimis. Semoga satu hari, hasil titik
peluh suami saya berhasil. Barangkali ini ujian ALLAH kepada kami.
Bukan sedikit kata-kata orang yang terpaksa kami telan. Ada yang kata
bela itik payah nak pergi mana2, memang pun tapi risiko tu memang
telah kami fikirkan. Ada yang kata, payah nak menjadi bela itik telur
ni, tapi pada mata kami bukan kami nak kaya pun, kami sekadar mahu
cukup makan. Ada yang kata penat kerja dengan itik ni, serius
sangatlah betul dan itu juga telah kami fikirkan secara mendalam
akibatnya.

Namun, sekalipun risiko itu telah kami ketahui, kami masih manusia biasa...

Suami : Umi....huhuhuuu... nape itik tak bertelur lagi? Sob sob..
Isteri : Huhu... Sabarlah
Suami : huhuu...Sabar dah ni..
Isteri : Kita tak cukup doa lagi kot abah?
Suami : Hah? Tak cukup orang??
Isteri : Tak cukup doalah!
Suami : Keh keh..ingat tak cukup orang nak doa tadi
Isteri : Sabo je la...

Huhu... sabo je lah. Ada je dia nak belok kearah nak kawen lagi. Suami
saya ni, dari awal kawin lagi ngusik bab ni sampai naik lali dah. Bila
saya olok2 bagi dah dia kata takde sape nak sbb dia tua dan busuk
pulak...maklumlah keje dengan itik kehkehkeh... *OK2..ini adalah lawak
melampau laki bini, plis dont do at home*

Barangkali betul apa yang ada dalam kepala saya. Kurang doa, kurang
usaha, kurang sedekah, kurang amal. Ya ALLAH...sungguh kita hanyalah
manusia lemah yang hidup bergantung kepada kasih sayang ALLAH.
Sebenarnya, bisikan2 baik selalu saja datang. Cuba kita perhatikan
betul2. Saya nak cerita pun saya takut sebenarnya sebab ini melibatkan
hal ibadah.

Masa saya di Taayah hari tu, barangkali di tingkatan 4-5 saya selalu
terjaga malam lebih kurang 4-5 pagi dan saya tidak dapat lena semula
melainkan saya ke bilik air, mengambil wudhu dan solat sunat sebelum
dapat tidur semula. Masa tu sahabat baik saya (Amy) terpaksa temankan
saya tiap2 malam ke bilik air sebab ada kes Mat Terap lah dan ntah apa
kes lagi ntah. Jadi kami bergilir, malam ni tidur bilik saya, esok
tidur bilik dia. Mujur bilik sebelah2 aje.

Itulah kesempatan yang ALLAH berikan kepada semua orang. Saya pasti
setiap orang punyai naluri begini dan sama ada naluri itu mahu dilayan
atau tidak sahaja. Selain naluri, banyak lagi isyarat alam yang
mengajak kita beribadah seperti rengekan bayi di sepertiga malam
terakhir bagaikan jam loceng untuk membangunkan ibubapa supaya bangun
berdoa. Amaran2 ALLAH yang datang dari anak2 juga adalah ingatan yang
baik buat kita.

*Semoga tulisan kecil ini dapat membuka hati kalian bahawa iman kita
selalu berbicara, jangan sampai hilang suara iman itu mengajak kita
kearah kebenaran :)*

--
http://sitisifir10.blogspot.com

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment