Tuesday, December 6, 2011

RG2011... Menjawab Fitnah terhadap Israel Oleh: Adib Zalkapli

 

Kalau benarlah Hitler membunuh enam juta Yahudi enam dekad lalu, itu barangkali sumbangan besar Hitler kepada dunia. Negara-negara Islam yang berjiran dengan Israel tentunya boleh meminjam modus operandi Hitler untuk menghapuskan Israel dari peta dunia. (Mingguan Malayia 17/12/2006)

Komentar di atas muncul dalam sebuah akhbar berbahasa Malaysia paling luas edarannya, sebaik sahaja tamat persidangan berkenaan Holocaust di Iran akhir tahun lalu. Ayat-ayat di atas menunjukkan kebencian yang mendalam terhadap kaum Yahudi, sehingga membawa kepada cadangan supaya umat Islam mengikut jejak langkah keji Hitler dalam melakukan kekejaman terhadap sekelompok manusia atas sebab perbezaan kaum.

Persidangan itu dinaungi Presiden Iran,Mah Ahmadinejad, dan turut dihadiri bekas pemimpin Ku Klux Klan dan sejarahwan yang mahu memeriksa semula ketepatan peristiwa Holocaust. Ahmadinejad, turut secara terbuka membuat kenyataan meminta Israel dipindahkan ke Eropah.

"Jika anda telah membakar orang Yahudi, mengapa tidak anda berikan sebahagian Eropah, Amerika Syarikat, Kanada atau Alaska kepada Israel. Persoalannya, jika anda telah melakukan jenayah besar ini, mengapa negara Palestin yang tidak bersalah perlu dihukum?" kata Ahmadinejad seperti dipetik media. Sebelum persidangan itu berlangsung, Ahmadinejad turut mempersoalkan kewujudan Israel dan mahu negara kecil itu 'dipadamkan dari peta'.

Pada masa yang sama, presiden Iran itu mahu memeriksa kembali sejarah kejadian Holocaust, beliau turut seolah-olah menyembunyikan peranan yang dimainkan oleh Palestin semasa Perang Dunia Kedua dan peristiwa Holocaust berlangsung.

Persoalan sama ada Israel mengeksploitasi Holocaust sehingga melakukan kekejaman dan adakah Palestin tidak terlibat dalam peristiwa itu, merupakan antara perkara-perkara yang dijelaskan oleh Alan Dershowitz dalam bukunya The Case For Israel .

Menurut penjelasan Dershowitz, seorang profesor undang-undang di Universiti Harvard, kepimpinan Palestin dan juga warganya semasa Perang itu, secara aktif terlibat dalam peristiwa malang itu dan tidak sewajarnya bebas dari sebarang tanggungjawab ke atas pembunuhan besar-besaran tersebut. Ternyata, seruan untuk orang Islam supaya mengikut jejak langkah Hitler bukanlah perkara baru.

Beliau merujuk kepada hubungan baik Mufti Besar Jerusalam ketika itu, Hajj Amin al-Husseini dengan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler. al-Husseini, turut menubuhkan Pengakap Nazi yang mirip kepada pergerakan Belia Hitler di Jerman; dan Swastika menjadi simbol yang diraikan oleh warga Palestin.

al-Husseini, sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua juga telah terlibat dalam pelbagai program anti-Yahudi. Sebaik dilantik British, beliau menggesa umat Islam supaya mengusir kaum Yahudi dari negaranya. Seperti golongan anti-Yahudi lain pada ketika itu dan juga hari ini, Protocols of the Learned Elders of Zion , menjadi rujukan beliau bagi menjustifikasikan tindakan kejamnya ke atas penduduk Yahudi. Kekejaman yang berlangsung sebelum peperangan itu termasuklah pembunuhan orang tua, wanita dan kanak-kanak serta rogol. Pembinaan turut dijalankan berdekatan Tembok Barat yang menjadi tempat orang Yahudi beribadat, sehingga menganggu aktiviti mereka.

Program anti-Yahudi di Palestin semasa Perang tidak berlangsung secara bersendirian, ia turut dibantu dari segi kewangan dan logistik oleh SS, yang dipimpin oleh Heinrich Himmler. al-Husseini, yang menetap di Berlin semasa Perang, turut dibawa melawat Aushwitz oleh Himler, sehingga beliau sendiri secara terbuka mengakui mahu menggunakan kaedah yang sama dilakukan oleh Hitler untuk menyelesaikan 'masalah Yahudi'di tempatnya.

Mengenai negara Israel, mengapa ia tidak ditempatkan di Eropah atau di Amerika, juga telah dijelaskan oleh Dershowitz. Beliau mengemukakan dua alasan, mengapa pembentukan negara Israel itu bukanlah satu pendudukan terhadap wilayah Palestin:

"Kawasan yang dipisahkan untuk membentuk negara Yahudi mempunyai majoriti penduduk Yahudi yang mempunyai hak untuk pemerintahan sendiri. Tempat yang menimbulkan konflik itu bukanlah milik orang Arab atau orang Palestin. Ia diwarisi daripada satu empayar kepada empayar lain dan masanya telah tiba untuk pemerintahan sendiri bagi dua kumpulan manusia yang tinggal di kawasan berasingan. Dari segi sejarah, demografik, ekonomi dan undang-undang ia milik kedua-dua pihak, Yahudi dan Arab."

Alasan kedua yang diberikan beliau adalah perlunya Palestin bertanggungjawab atas kejadian Holocaust, terutamanya dalam memberikan tekanan supaya menghalang kemasukan pelarian Yahudi yang mungkin nyawa mereka dapat diselamatkan semasa peperangan sekiranya berpeluang berlindung di Palestin.

Satu lagi persoalan menarik yang dijawab oleh Dershowitz adalah adakah Israel sebuah negara perkauman? Beliau memetik beberapa laporan yang menuduh Israel sebagai sebuah negara perkauman kerana ia mempunyai peruntukan undang-undang membenarkan mana-mana Yahudi memperoleh kerakyatan negara itu.

Jelas Dershowitz, Israel sebuah negara sekular berbilang kaum yang menjamin kebebasan beragama. Ini berbeza dengan Pihak Berkuasa Palestin yang mempunyai undang-undang yang mendiskriminasi penganut agama lain selain Islam. Selain itu, Jordan sebagai contoh, mempunyai peruntukan undang-undang yang menghalang orang-orang Yahudi daripada menjadi warganegaranya.

Bagi beliau, peruntukan yang membenarkan orang Yahudi mendapat kerakyatan itu adalah satu undang-undang yang berasaskan kepada kemanusiaan, untuk sebuah negara yang didirikan atas air mata dan darah sekumpulan manusia yang terpaksa melarikan diri daripada kekejaman di negera-negara asal mereka. Dershowitz turut merujuk kepada negara-negara lain yang mempunyai peruntukan undang-undang yang sama seperti Rusia yang membenarkan etnik Rusia dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet untuk kembali dan juga Jerman yang sejak 1945 melakukan perkara yang sama.

Selain dua persoalan penting itu, Dershowitz turut menjawab 30 perkara lain yang sering digunakan bagi mereka yang menentang kewujudan Israel untuk memfitnah negara itu.

Perjuangan penduduk Palestin untuk pemerintahan sendiri hari ini sememangnya sesuatu yang sah. Bagaimanapun, dosa-dosa lama negara ini harus diakui dan kebenaran perjuangan Palestin ini tidak seharusnya dicacatkan dengan pelbagai fitnah terhadap Israel dan juga usaha-usaha melampau untuk menyanjung Hitler yang telah melakukan satu dosa yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment