Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin "sedikit sahaja bernasib baik", kerana bermula awal tahun 2012,pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.
- Berkuat kuasa 1 Januari 2012
- Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
- Ambil kira pendapatan bersih
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.
Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)
Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, suapaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :
- Pihak bank mesti pastikan pemohon pinjaman bank benar-benar faham dan jelas tentang jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, risiko pinjaman bank, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil sehingga peminjam benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuatnya
- Manakala institusi kewangan mesti memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon
- Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan
- Pinjaman kereta
- Kad kredit dan kad caj
- Pinjaman peribadi termasuk overdraf
- Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia
Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.
Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :
- Kadar NPL makin meruncing
- Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk "tujuan-tujuan yang tidak berfaedah". Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
- Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah "merestuinya"
- Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok "blacklist"
Pinjaman Bank Diperketatkan. Langkah Kerajaan?
- Hutang kereta = 9 tahun? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia
- Hutang rumah = 30 tahun ? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia. Penyelesaiannya, skim rumah pertamaku? Erm….
- Hutang PTPTN = Rombak skim pinjaman yang ada
- Hutang Kahwin =Biar papa asal bergaya?
- Hutang kredit kad = Anda tanggung sendiri
Kita ambil secara majoritinya dengan mengenepikan golongan miniroti yang boros berbelanja. Okey…..yang menyebabkan rakyat Malaysia buat pinjaman bank ini semua, sebab majoriti pendapatan rakyat Malaysia tidak setara ataupun setimpal dengan kos sara hidup di Malaysia.
Hutang paling besar rakyat Malaysia datang daripada pinjaman perumahan & pinjaman kereta. Rumah di Malaysia sekarang memang sudah melampau-lampau mahalnya dan begitu juga harga kereta di Malaysia, sedangkan zaman sekarang rumah dan kereta satu kemestian.
Dan……kita sebenarnya sekarang ini berada dalam "kesenangan" yang
Pinjaman bank : Kepincangan sistem kewangan moden hari ini :
- Golongan berpendapatan rendah : Jumlah pinjaman lebih kecil dengan kadar yang lebih tinggi
- Golongan kaya : Jumlah pinjaman lebih besar dengan kadar yang lebih rendah. Yang pastinya, pinjaman bank untuk mereka lebih mudah untuk diluluskan
Walaubagaimanapun, kalau disebabkan pelaksanaan syarat baru pinjaman bankini menyebabkan ramai orang tak mampu nak meminjam disebabkan kurang mampu untuk membayar hutang. Dengan tidak memberikan memberi pinjaman bank kepada golongan ini, bermakna mereka sebenarnya telah dijauhkan daripada masalah yang boleh timbul akibat tak bayar hutang. Adakah ini sesuatu yang baik kepada golongan ini?
Okey, kami berikan contoh. Katakan :
- Sebelum syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, hutang boleh dinilai sehingga 70% daripada pendapatan isi rumah
- Selepas syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, katakan jumlah hutang terhadap pendapatan isi rumah dikurangkan kepada 50%.
- Ini bagus, kerana jumlah pembayaran bagi sesuatu hutang yang ditanggung sudah dikurangkan.
- Sekiranya kalau terjadi musibah yang tidak disangka (masalah tak dapat gaji, kena buang kerja atau ditipu sehingga mengalami kerugian yang banyak), anda kurang merasakan beban tersebut.
Semestinya, Bank Negara Malaysia (BNM) merangka & melaksanakan garis panduan seperti ini ada sebab musababnya daripada segi makro-ekonominya di Malaysia
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment