Wednesday, December 7, 2011

RG2011... ROSMAH MANSOR TERIMA ANUGERAH SPMK DARI SULTAN KELANTAN.

 

DAULAT TUANKU !! SULTAN KELANTAN ANUGERAHKAN SPMK KEPADA DATIN SERI ROSMAH !!

SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra (kiri) berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini.

KOTA BAHARU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. 

Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian di sini. Turut berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Sultan Ismail Petra dan kerabat diraja yang lain. 

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. 

Selesai majlis penganugerahan itu, Sultan Muhammad V kemudiannya turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada Rosmah. 

Majlis yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir 45 minit selepas itu. baginda mengiktiraf peranan Rosmah dalam memartabatkan peranan wanita dan kanak kanak didalam dan luar negara. 

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment