Friday, December 2, 2011

RG2011... UMNO.... “Lu Langsi...Lu Mati! “

 

http://www.youtube.com/watch?v=70z9SYosbiQ
Artikel
Oleh reformisanakmuda

"umno tipu

Banyak yang tidak masuk akal dan "kurang ajar" oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Najib dan Umno pada masa lalu.

Menurut mereka, orang Melayu jauh di belakang kaum-kaum lain dari segi kekayaan dan pembangunan dan juga membentuk majoriti golongan miskin.
 
Mengapa orang Melayu tidak makmur walaupun DEB untuk lebih daripada 40 tahun dan sebagai kerajaan selama lebih daripada 60 tahun?


Bagaimana Umno yang mempunyai dan menggunakan kuasa mutlak terhadap semua, termasuk Sultan, tidak dapat membetulkan keadaan miskin orang Melayu?   Sesungguhnya, perlu ada penjelasan logik untuk Umno terus memiskinkan Melayu.

UMNO tidak perlu menggunakan kebijaksanaan dan kerja keras untuk tugas ini.  Negara Malaysia ini telah dikurniakan dengan minyak, gas, kayu balak, tanah, air dan sumber semula jadi yang lain untuk menjana beratus-ratus bilion untuk manfaat orang Melayu dan anak-anak yang lain.

Tetapi entah bagaimana, semua kekayaan yang besar ini "tidak pernah menemui jalan" kepada orang Melayu miskin.

UMNOputra telah merompak kekayaan negara di bawah alasan untuk membantu orang Melayu yang miskin, dan mengumpulkan berbilion Ringgit untuk diri mereka, keluarga mereka dan rakan-rakan.

Terdapat banyak empayar korporat Melayu yang sangat besar dan terkenal - empayar Mahathir (Galian, YTL, San Miguel, dll), empayar Najib (CIMB, dll.), empayar Badawi, empayar Daim, empayar Taib Mahmud, empayar Syed Al-Bukhary, dan sebagainya.

Jika UMNOputra yang bersifat perkauman, mereka tidak akan memberi tumpuan kepada mengumpul kekayaan besar untuk diri mereka sendiri tetapi sebaliknya akan memberi tumpuan kepada berkongsi kekayaan yang ada dengan bangsa mereka yang miskin.
  • Dimanakah Tanah Rezab bangsa melayu?
  • Dulu British tinggalkan 3 juta hektar untuk anak bangsa melayu, kini tinggal 1.7 juta hektar saja.
  • Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu.  Tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan kenapa tak beri kepada rakyat melayu Kelantan?
  • Ramai anak bangsa melayu yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup mengganggur tanpa pekerjaan setimpal dengan sijil/ijazah mereka.
  • Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno!
  • Melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!
  • Mahathir menggunakan wang PETRONAS untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi (RM1.6 billion), adakah itu juga langkah memperjuangkan Melayu?
  • Ke manakah ekuiti Bumiputera yang hanya tinggal RM2 bilion dalam kek ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion?
Apa yang jelas di sini adalah bahawa UMNO dan pemimpinnya, Mahathir, Muhyiddin, Najib, dan sebagainya BUKANLAH ada sifat perkauman perjuangkan Melayu.  Mereka hanya jahat dan rasuah.
 
Wang adalah TUHAN mereka.
 
Mereka terlalu keji sehingga sanggup menjual bangsa, agama dan negara untuk wang.  Wang adalah apa yang penting kepada mereka, tiada moral dan etika dan pastinya bukan kerana bangsa dan sama sekali bukan kerana agama (semua ini adalah bersalah atas semua dosa-dosa besar dalam Islam, dari rasuah, menipu dan mencuri, zina dan judi).

Melayu miskin adalah semata-mata suatu lesen yang rasmi bagi UMNO untuk merompak dan merampas negara.  Dan ia adalah kelebihan Najib dan UMNO dengan menyimpan sebahagian besar Melayu di kampung-kampung dan Felda yang terus-menerus jahil dan diperbodohkan.

Kerana hanya dengan cara ini, UMNO boleh terus menipu orang Melayu dan memenangi undi.  Jika UMNO membuat Melayu pintar, maka orang Melayu akan membuang UMNO dari dahulu lagi.

Masalah besar pemikiran anak bangsa Melayu ialah.... Celakanya spesis UMNO yang sombong yang senang-senang memperbodohkan akal pemikiran bangsa Melayu yang ditafsirkan oleh mereka sebagai bangsa pemalas dan bodoh....

Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…
 


Mohon maaf masalah penglihatan saya: Tengok Umno,nampak lembu 

Oleh Penarik Beca

Selepas pilihan raya 2008 lalu, beberapa kali saya tulis bahawa orang undi pembangkang bukan kerana depa nak sangat pembangkang. Depa undi pembangkang sebab depa benci sangat-sangat kat Umno sama seperti depa benci syaitan. Pembangkang pun buruk kelaku.

Contohnya, sebaik sahaja menang banyak sikit kerusi dalam pilihan raya itu (kerana rakyat benci Umno), ada yang buat perangai jijik, jahat lagi terkutuk pergi berkendak dalam gelap dengan Umno.



Yang saya nak tekankan ialah tema "Asal Bukan Umno" (ABU) yang saya harap menjadi tema kebangkitan tanpa pemimpin bagi rakyat negara ini telah bermula sejak 2008 lagi. Bagi yang masih tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat tanpa pemimpin, saya petik sekali lagi apa yang dinyatakan oleh Rashid Al-Ghannushi mengenai kebangkitan rakyat membunuh kuasa pemimpin-pemimpin kurang ajar di Mesir dan Tunisia:
"...the reason the uprisings in Egypt and Tunisia were able to overthrow their presidents is the fact that neither had a leader".
Itulah kebangkitan yang paling berkesan. Kita tidak ada masa nak melayan macam-macam hal parti lain kalau kita bangkit melawan Umno di bawah bendera mereka. Pi mampoih la hal depa. Hal depa, depa jawab sendiri. Bukan urusan kita,

Urusan kita ialah untuk memastikan kejayaan membunuh kuasa Umno dengan kebangkitan tanpa pemimpin.

Umno ni, kalau kita dapat bunuh kuasa dia, dia akan mampoih terus. Selama ni dia bernafas dengan menyalahgunakan kuasa dia - guna polis, SPR, SPRM semuanya puak Umno gunakan untuk pertahankan kesedapan depa merembat harta negara. Hanya itu talian hayat Umno.

Sebab itulah Umno tak mampu kalah. Kalau dia kalah, dia akan mampoih terus.

Tinggal lagi, sehari dua ini saya mengalami masalah. Ada masalah peribadi yang nanti saya akan tulis kemudian. Dan, ada masalah penglihatan. Masalah sungguh sebab setiap kali saya melihat orang Umno, saya nampak lembu. Dalam paparan You Tube yang saya link ni pun, oleh kerana masalah penglihatan saya, saya nampak lembu bertepuk dan bersorak. Tak tau la lembu feedlot ka, apa ka... Kalau penglihatan saya salah, saya mohon maaf. Tapi sah-sah saya nampak macam lembu.

Di bawah ini, surat yang menceritakan bahawa "lembu dan rasuah berpisah tiada":
Assalammualikum wbt Dear Pak Bakaq,

1. In his main speech of the UMNO Convention,Najib says UMNO Menerajui Transformasi.

2. I need your help (and if possible also from readers of Penarik Beca). Base on the article below from The Malaysian Insider, which one do you think is more reflective of Umno - Umno Menerajui Transformasi OR Umno Menerajui Rasuah ?

Thank you
Malaysia's corruption score falls again
Link
TMI, 1/12/11: Malaysia's Corruption Perception Index (CPI) score has worsened for the third year running, slipping to 4.3 this year from 4.4 in 2010, according to a Transparency International Malaysia (TI-M) report.

Malaysia's country ranking also fell to 60 out of 183 countries from 56 out of 178 last year.

It remained the third-least corrupt nation in Asean after Singapore (9.2) and Brunei (5.2), with Thailand (3.4) and Indonesia (3.0) following in fourth and fifth places respectively.

Singapore also placed fifth in the overall country rankings and was the highest-ranked Asian nation this year.

"Singapore is way ahead and I would like to point out that Indonesia is improving very fast and may overtake us because Indonesia has shown some will," said TI-M secretary-general Josie Fernandez (picture).

New Zealand (9.5), Denmark (9.4) and Finland (9.4) were ranked the least corrupt nations in the world, while Somalia (1.0), North Korea (1.0) and Myanmar (1.5) were the most corrupt.

Malaysia's Corruption Barometer results were unchanged, with 40 per cent of the public saying graft levels have stayed the same over the past three years and would remain so for the next three.

The Corruption Barometer is a measure of the public perception of corruption.

Members of the public saw the police and political parties as the most corrupt institutions, with the police named as the most likely recipient of bribes in the past 12 months.

But the percentage of respondents who admitted to paying bribes in the past year has fallen to 1.2 per cent from nine per cent in 2010.

Forty-nine per cent also thought the government's efforts to fight corruption were effective or very effective, up a touch from 48 per cent last year.

However, the number of respondents who felt Putrajaya's battle against graft was ineffective or very ineffective rose five points to 25 per cent.

"This means the fence sitters have moved to see government's efforts as ineffective," said TI-M exco member Ngooi Chiu Ing.

Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) corruption NKRA director D. Ravindran, present at the launch of report, said it was "clearly not very good news" that Malaysia was now further from its 4.9 CPI benchmark.

However, he said it was more a mixed result if seen holistically, pointing out that almost half the public still saw the government's fight against corruption as effective.

He added the Pemandu would continue its efforts to clamp down on "grand corruption" and increase the successful prosecution of corruption by the national anti-graft agency.

"Some of these other things we are pursuing, we've not let it go, and hopefully we'll see some success going forward," Ravindran said.
 
http://penarikbeca.blogspot.com 

Mengapa UMNO takut kepada DAP? – Oleh Fairuz Azhan

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/12/pix-for-mengapa-umno-takut-dap.jpg

2 DISEMBER – Ia merupakan fenomena yang luar biasa yang mana DAP setiap hari mendapat publisiti yang meluas dari media massa bahasa Melayu kawalan UMNO. Jika dahulu musuh mereka nombor satu ialah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tumpuan mereka lebih teralih kepada DAP.

Jika kita mengamati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang paling banyak dihentam dan diberi publisiti (walau pun negatif) ialah DAP. Bukannya dalam kadar yang sedikit liputannya, tetapi bermuka-muka surat setiap hari.

Lim Guan Eng dan Tony Pua merupakan antara yang tokoh-tokoh DAP paling popular di akhbar tersebut. Setiap hari ada ada saja tentang beliau. Orang Melayu yang tidak pernah mendengar DAP atau nama-nama pemimpinnya kini sudah tahu siapa mereka.

Hingga saat ini dalam Perhimpunan Agung UMNO pun, DAP yang paling banyak disebut.  Para perwakilan UMNO tidak perlu buat kajian atau persediaan untuk berucap; cukup sekadar membuat tuduhan liar dan fitnah seperti 'DAP parti rasis', 'ejen kristianisasi', 'anti- Raja', 'anti-Melayu', 'semua penyokong DAP adalah bangsat!'.

Itulah antara yang dilaungkan di PWTC ketika ini. Hinggakan ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pun menyebut 'DAP' lebih 60 kali. Sememangnya, jika anda menyebut DAP kepada orang UMNO, andalah yang paling 'cool'.

Apa yang mereka buat ialah hentam DAP habis-habisan. Benar atau tidak, itu tidak penting. Lagi pun jika orang nombor dua parti sudah memaki-hamun DAP, tentulah yang di bawah lebih terhegeh-hegeh mahu membodek bos mereka.

Jadi, mengapa DAP ditakuti oleh UMNO?

Terlalu kerap difitnah, orang ingin tahu sebab difitnah

DAP merupakan antara parti masyarakat majmuk yang paling lama wujud di Malaysia. Sejak dari awal penubuhannya sudah terdapat ahli dan calon Melayu dalam parti.

Menyedari hakikat ini, UMNO dari awal lagi melabel DAP sebagai parti cauvanis Cina dan komunis kerana ia memang berniat mahu orang Melayu melihat DAP sebagai sebuah parti yang mahu menghancurkan orang Melayu.

Menurut propagandis UMNO, itulah pendirian dan tujuan asal DAP – semata-mata mahu menghancurkan Melayu. Berjaya juga propaganda itu sepanjang tahun-tahun 1970-an hingga 1990-an.

Namun apa yang jelas, sekarang propaganda fitnah besar-besaran ini bagaikan menetak kaki sendiri kerana lebih ramai pula orang Melayu mahu menyertai DAP sejak akhir-akhir ini.

Barangkali itu mungkin kesan terbalik daripada fitnah. Bagaikan gerakan anti-Islam yang memburuk-burukkan Islam, tetapi semakin teruk difitnah, semakin ramai orang ingin mengetahui mengenai Islam, dan akhirnya ramai pula memeluk Islam setelah mengetahui perkara yang sebenar.

Seperti mana mangsa fitnah yang lain, semakin banyak fitnah dilontarkan kepada DAP, semakin ramai orang ingin mencari kebenaran. Itu hakikat di mana-mana pun, dan itu juga merupakan sebab utama media alternatif meletup hebat.

Semuanya kerana orang ingin mencari kebenaran, iaitu selain 'kebenaran' yang disiarkan dalam akhbar harian atau ditayangkan oleh TV3 dan RTM.

Demokrasi sosial untuk semua kaum, agama

Jika orang mencari kebenaran tentang DAP, mereka akan dapati bahawa di sebalik segala fitnah, DAP merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan sesuatu yang baik. Ia merupakan sebuah parti demokrat sosial yang percaya pada sebuah sistem ekonomi terbuka yang menyediakan jaring keselamatan untuk rakyat berpendapatan rendah.

DAP juga sebuah parti yang berunsurkan nilai-nilai sosial di mana kebajikan masyarakat menjadi agenda paling utama. Oleh itu, ia sentiasa menjaga dan mengutamakan kebajikan masyarakat terutamanya mereka yang miskin dan tertindas oleh sistem.

Kalau dulu siapa pun tidak percaya dengan hasrat murni DAP, kini ia sudah memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan negeri Selangor. Rakyat kini boleh melihat sendiri kejayaan hebat di negeri-negeri Pakatan apabila rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dapat dibenteras.

Kita lihat sahaja di Pulau Pinang di mana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah membasmikan secara keseluruhan kemiskinan tegar di negeri tersebut. Ya, anda membaca dengan tepat. MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SECARA 100 peratus, dan kerajaan Pakatan Pulau Pinang kini merancang untuk membasmi kemiskinan keseluruhan pula di negeri tersebut menjelang 2015.

Ini hasil pegangan DAP kepada ideologi demokrasi sosial yang baik dalam mengutamakan rakyat. Ramai Melayu yang telah menyertai DAP atas keadilan ideologi demokrasi sosial, malah ideology ini dengan jelas menolak komunisme, kerana ia menerima kehadiran pasaran terbuka dengan jaminan bahawa pekerja dan rakyat sentiasa dijaga.

Mana-mana orang Melayu yang mencari kebenaran tentang DAP akan tertarik dengan ideologi ini, terutama setelah sedar bahawa parti itu bukan komunis dan bukan untuk mana-mana kaum. Ia adalah parti bukan kaum yang memperjuangkan hak untuk semua kaum.

Hanya mereka yang terikat dengan minda perkauman akan kekal dengan prejudis yang telah ditanam kepada mereka oleh UMNO.

UMNO yang tiada hujah atau jawapan kepada alternatif yang ditawarkan oleh DAP, telah mengambil jalan mudah – apabila gagal berhujah, tuduh dan tohmah sahaja lawan politik. Kerana para pemimpin UMNO gagal berhujah secara intelektual, mereka memilih untuk membakar emosi perkauman dengan membuat fitnah semata-mata untuk menakutkan orang Melayu supaya tidak berani mencari kebenaran.

Malah, isi kandungan fitnah itu tidak banyak beza dengan yang dicanangkan pada akhir tahun-tahun 1960-an dulu. Yang berbeza hanyalah zaman dulu tidak ada telefon bimbit, sms, internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya.

DAP adalah segalanya yang bukan UMNO

Jika UMNO sebuah parti untuk satu kaum sahaja, DAP pula sebuah parti pelbagai kaum. Jika UMNO parti kronisme dan korupsi, DAP merupakan parti CAT (Cekap, Akauntabel, Telus). Jika UMNO parti mencari kekayaan individu, DAP parti yang memperkayakan rakyat dengan dasar demokrasi sosial. Jika orang muda tidak boleh bersuara dalam UMNO, dalam DAP orang mudalah menjadi tunjang.

Perbezaan DAP dan UMNO ini bagai langit dan bumi. Dan konsep inilah yang boleh menggoncangkan dunia realiti UMNO dan negara.

Jika pengasas UMNO Onn Jaafar mempunyai wawasan parti berbilang kaum, UMNO telah terus menghalau beliau keluar parti. Persoalannya, mengapa tidak boleh? Mengapa orang Melayu harus ditakutkan kepada sebuah parti politik yang berbilang bangsanya?

Walau pun dalam realiti politik Malaysia pada hari ini ramai mengganggapnya tidak realistik kerana dasar pecah dan perintah penjajah British dan BN, jika pada satu hari kita boleh meruntuhkan tembok perkauman dan segalanya berbeza tentang kita, bukankah ini satu impian yang dapat dicapai?

Kita harus berimpian bahawa satu hari nanti api perkauman UMNO dapat dipadamkan dan kita nyalakan api semangat anak Malaysia untuk mengangkat tamadun sebuah bangsa (nation) Malaysia yang mana kita 100 peratus bebas daripada kebencian kaum.

Segala yang buruk tentang UMNO

Dalam Perhimpunan Agung UMNO ini, kita dapat melihat segalanya yang buruk tentang UMNO. Yang paling jelas, untuk mereka terus kekal relevan, pemimpin mereka hanya tahu  membakar api kebencian kaum.

Yang mereka tidak nampak ialah peracunan minda orang Melayu inilah yang akan membinasakan Melayu sendiri. Ini adalah kerana fitnah mereka terhadap DAP sudah terlajak kepada memburukkan kaum lain, terutama Cina dan India (contohnya kata-kata "semua penyokong DAP adalah bangsat").

Tanpa kebencian memupuk kebencian terhadap kaum lain, pemimpin UMNO tiada modal lain kecuali mengajak Melayu sahaja untuk terlibat dalam politik mereka.

Tetapi semakin ramai orang Melayu sedar bahawa UMNO tidak semestinya Melayu. Anti-UMNO tidak pernah sama dengan anti-Melayu. Itulah mitos selama ini yang cuba ditonjolkan UMNO, bahawa UMNO = Melayu.

Oleh kerana itu, melalui media massa yang mereka kuasai, para pemimpin UMNO cuba menunjukkan bahawa kritikan terhadap korupsi dan salah guna kuasa UMNO adalah serangan terhadap Melayu; dan serangan terhadap syarikat ternak lembu yang diberi wang oleh kerajaan kepada satu keluarga Menteri tetapi gagal mencapai matlamat, sebaliknya membeli kondominium dan kereta mewah pula, itu dianggap sebagai serangan terhadap UMNO dan hak Melayu.

Yang jelas, UMNO semakin takut kepada DAP kerana bersih, adil dan saksamanya DAP itu, selain urus tadbir CAT, secara terbuka mendedahkan kelemahan dan kepincangan sistem UMNO.

Dan jika Melayu akhirnya menerima dasar-dasar dan amalan DAP (walau pun tanpa perlu menyertai DAP), maka UMNO tidak akan relevan lagi buat selama-lamanya. Itulah mengapa UMNO amat takutkan DAP. Itulah sebabnya DAP menjadi mangsa fitnah setipa hari.




PAS: Perhimpunan bukti agenda 'perkauman' Umno
Jimadie Shah Othman
1:40PM Dis 2, 2011

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar 'perkauman' parti pemerintah.

NONEMenyifatkannya salah satu daripada strategi '3R' atau racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja), Mohamad (tengah) berkata perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC itu dijadikan medan menyerang bangsa dan agama lain di negara ini.

Ditanya wartawan, alasan kenapa DAP paling banyak diserang, berbanding PAS dan PKR, beliau menjawap: "Sebab PAS Melayu, sebab itu mereka serang DAP."

Berbeza dengan tahun-tahun lalu, perbahasan persidangan Umno yang sedang berlangsung dan sayap sebelumnya menyaksikan DAP paling banyak mendapat kritikan perwakilan.

NONEManakala PAS paling kurang dikritik kali ini. Kritikan langsung yang diterima parti itu cuma berkaitan dakwaan akan digantikan DAP, isu negara berkebajikan dan masalah perkhidmatan air Kelantan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Mohamad berkata parti lawan mereka Umno memainkan perkara itu kerana isu lama yang sering digunakan tidak lagi berkesan.

"Isu lain macam pembangunan mereka tak boleh dah.

"Gagal sebab negara yang pembangunan bagus macam Pulau Pinang dan Selangor kini sudah jatuh ke tangan kita," katanya.

NONEKatanya, pihaknya sudah menjangkakan isu tersebut akan ditimbulkan dan sentiasa bersedia menghadapinya.

Hadir sama dalam sidang media itu anggota parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, ditanya tentang dakwaan seorang perwakilan Umno semalam bahawa kegagalan kerajaan PAS-Umno di Perak pada 2008 ekoran wujudnya "baiah talak",  Dr Dzulkefly berkata ia tiada kena mengena dan tidak relevan.

"Orang Umno ini tak faham. Mereka lontar saja untuk dijadikan isu," katanya lagi.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment