Tuesday, January 3, 2012

Re: RG2011... Amalina Che Bakri bakal menjadi bidan yang pakar.

 

yg menariknya pagi td wa baca paper Sinar Harian.. mak si amalina bg statement yg amalina tu memang x pakai tudung.. dia pakai tudung masa gi skolah jer.. seluar seksi tu memang mak dia belikan utk amalina sewaktu bercuti di Paris.. atau dgn kata lain famili dia memang 'redha' anaknya berperangai mcm tu!
pd pendapat wa kes sebigin terjadi pd Amalina & dulu Sufiah (genius maths kini jd pelacur kelas atasan) sbb masa diorg kecil dulu atau masa bersekolah, diorg ni xde sosial life.. life diorg hanya sekolah, rumah, tuition, study.. itu jer!
so.. bila diorg dpt keluar dari konkongan study.. then dpt melihat dunia luar.. culture shock berlaku! masa nilah diorg baru nk mengenali kehidupan luar dan mula nk bersosial.. tetapi jd SO-SIAL!!
bagi kehidupan biasa pd anak-anak kita.. study tu memang penting utk masa depan.. tapi jgnlah terlalu mengongkong kehidupan mereka sehingga membunuh kehidupan zaman kanak-kanak mereka..
tidak terlalu mengongkong bukan bermakna membiarkan mereka bebas sebebas-bebasnya..
yg paling utama adalah asas keimanan perlu diterapkan dlm hidup mereka!!
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: Salwa <shsalwa@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, January 4, 2012 10:23 AM
Subject: Re: RG2011... Amalina Che Bakri bakal menjadi bidan yang pakar.
 
Ya betul.... emak bapak dia yang tanggung lebih.  Tapi kita sebagai masyarakat juga tak terlepas dari menanggung dosa sekiranya kita lepas tangan dari apa yang berlaku disekeliling kita. Keluarga kita adalah tangunggjawab kita secara langsung tetapi keluarga orang lain adalah tanggungjawab kita secara tak langsung.  Apa yang kita akan buat sekiranya anak jiran kita berlaku tak senonoh?  Adakah kita akan kata tak pe lah bukan anak aku.  Mahukah kita sekiranya jiran kita ber buat seperti itu pd anak kita?

Pada saya kesimpulan saya adalah ajarlah anak kita ugama, insyaallah akhirat kita cemerlang, dunia akan ikut cemerlang.  Sekiranya kita lebih menitik beratkan dunia, orang macam Amalina nilah yang akan terbentuk.

Maaf sekiranya ada terkasar bahasa.

--- On Tue, 1/3/12, faeruz hassim <jingga1777@yahoo.com> wrote:

From: faeruz hassim <jingga1777@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Amalina Che Bakri bakal menjadi bidan yang pakar.
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, January 3, 2012, 11:20 PM

 
Biarlah ..............kan dia orang yang terpelajar.........kita setakat...... jah 6 je, ayah ngan mak dia yang tanggung.......tak marah pung ..agaknya
From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, January 3, 2012 8:01 AM
Subject: RG2011... Amalina Che Bakri bakal menjadi bidan yang pakar.
 

https://www.facebook.com/amalina.bakri


Masih ingatkah anda semua dengan pelajar cemerlang SPM pada tahun 2005 dulu ?
Jom lihat sedikit info mengenai gadis ini .


Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.




Nur Amalina Che Bakri Yang Ku Kenali

 

 
Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley's Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. 
 
Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.(SUMBER)
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment