Wednesday, January 25, 2012

Re: RG2011... Apa faedahnya pilihan raya kerajaan tempatan? – Oleh Mazir Ibrahim

Allahuakbar ............ malu la sikit KAJANG oiiii , setakat dok jauh di sana dan tak kenal Guan Eng dan Khor Ksu Khoon lebih baik ko pi tidorrr sekali ngan Khirrrrrr Toyooo  .... !!!!
Pak mat ni orang Pulau Pinang dari Ketua menteri orang melayu sampai ketua menteri orang cina di Penang baru ........
Hidup melayu merempat di tanah melayu sendiri di sebabkan kerakusan pemimpin Umno yang langsung tak peka pada kepentingan melayu Pulau Pinang dulu ...... sekarang baru nak cakap bab kepentingan melayu ... jika dari dulunya terjaga mana mungkin melayu jadi kaum terpinggir sekarang .................
Jadi nasihat pak mat kalau tak faham bab  Pulau Pinang usah cakap..baik kooo diam lagi baguisssssss dari cakap macam paria lantak todiiii ...... dulu kedai todi haram banyak di Pulau Pinang masa zaman pemerintahan UmnoBn ...............
 
Pak mat tempee

From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, January 20, 2012 9:35 PM
Subject: Re: RG2011... Apa faedahnya pilihan raya kerajaan tempatan? – Oleh Mazir Ibrahim

kah kah kah..

ko ni cakap mcm baru idup la...
"orang melayu dok kampong makin tersepit la nanti bila mereka berkuasa penuh di bandar bandar"

abes...skrg ni siapa yg berkuasa di bandar2? ni raya cina dah dekat ni..ko bukak mate tu luas2..tengok siapa yg berkuasa selama ini, dan dibawah pemerintahan siapa berlaku semua ini.

Hepi Chinese nu year!


On 1/20/2012 1:21 PM, KAJANG SEL wrote:
 
Faedahnya kepada satu kaum aje la, dibandar siapa yang ramai, mereka ni lah yang gila sangat nak bolot semua kemudahan dan peluang peluang berniaga di bandar.... orang melayu dok kampong makin tersepit la nanti bila mereka berkuasa penuh di bandar bandar....... fikir fikirkan lahhhhh ye.... jangan termakan hasut si LGE ni,,,, mulut manis tapi HATI BUSUK

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, 17 January 2012 12:24 PM
Subject: RG2011... Apa faedahnya pilihan raya kerajaan tempatan? – Oleh Mazir Ibrahim

 
http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/01/pix-for-apa-faedahnya-pilihan-raya-tempatan.jpg
Gambar ehsan http://www.facebook.com/buletinmutiara
17 JANUARI – Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan peringkat kerajaan di peringkat paling akar umbi dalam sistem pentadbiran negara. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu dan menguatkuasakan undang-undang kecil dalam kawasan pentadbiran mereka.
Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi bandaraya atau Yang Dipertua Majlis atau Presiden bagi majlis perbandaran dan majlis daerah.
Dalam urusan hari ini, kerajaan tempatan dirujuk sebagai pihak berkuasa tempatan atau PBT yang dilantik oleh kerajaan negeri, dan bukannya dipilih melalui pemilihan atau pilihan raya oleh penduduk tempatan.
Pilihan raya kerajaan tempatan yang diadakan sejak sebelum Merdeka telah digantung pada 1965 atas alasan konfrontasi Malaysia-Indonesia. Ia tidak dilaksanakan sehingga 1976 di mana Akta Kerajaan Tempatan digubal untuk memansuhkan sama sekali pilihan raya di peringkat akar umbi itu.
Akta itu dilaksanakan setelah Barisan Nasional menguasai semua kerajaan negeri dan merasakan pilihan raya tempatan hanya akan memberi ruang kepada pembangkang beroleh kuasa di peringkat akar umbi.
Mengembalikan kuasa rakyat
Cadangan untuk mengadakan kembali pilihan raya tempatan mula berkumandang semula selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Para pemimpin kerajaan BN sendiri sering mendakwa Malaysia sudah membangun dan maju serta menjadi negara perindustrian yang hebat dalam semua bidang. Ini menunjukkan bahawa tahap pendidikan dan pengetahuan rakyat sudah semakin meningkat.
Keupayaan intelek dan teknikal rakyat untuk bersaing dengan lebih terbuka telah terserlah. Ini bermakna rakyat sudah bersedia untuk berdikari dengan memilih sendiri kerajaan tempatan.
Kerajaan tempatan yang dipilih oleh penduduk tempatan sudah pasti perlu memberi khidmat kepada pengundinya. Di sini tidak akan timbul isu konflik kepentingan di antara keperluan penduduk tempatan dan dasar kerajaan negeri/perksekutuan.
Pilihan raya tempatan juga merupakan salah satu dari jalur konsep 'ketuanan rakyat' yang menjadi agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Memperkasa rakyat bukanlah slogan kosong seperti mana 1Malaysia yang mengutamakan kroni dan syarikat besar, sebaliknya ia adalah cara/kaedah kuasa memilih itu dikembalikan kepada rakyat dalam menentukan dasar, pentadbiran, agihan kekayaan dan kutipan cukai yang diinginkan oleh rakyat tempatan itu sendiri.
Amalan lapuk masa kini
Hari ini, kerajaan tempatan atau PBT merupakan pelaksana kepada dasar kerajaan negeri atau persekutuan. Dalam bahasa yang lebih mudah, arahan melaksanakan dasar datangnya dari atas, iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri.
Rakyat tempatan tidak ada suara kecuali merayu kepada wakil rakyat masing-masing yang mempunyai kuasa yang amat terhad. Yang menjadi masalah, kebanyakan dasar itu tidak semestinya menepati keperluan penduduk tempatan. Ia adalah hubungan secara sehala – dari atas ke bawah sahaja.
Jika ada bantahan dari rakyat tempatan, proses bantahan atas apa jua dasar yang dilaksanakan itu  mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Akhirnya, masalah bertukar menjadi krisis. Birokrasi menjadi karenah birokrasi (red tape) dan peluang untuk rasuah, salah guna kuasa dan pilih kasih terkangkang luas.
Yang menjadi mangsa adalah rakyat tempatan itu sendiri. Rasa tanggungjawab dan kesetiaan Yang Dipertua Majlis atau Datuk Bandar hanya pada kerajaan negeri atau pusat kerana mereka dilantik oleh bos-bos mereka, dan bukannya dipilih oleh rakyat.
Malah, sisi negatif juga akan melibatkan rakyat itu sendiri, di mana masyarakat setempat tidak mengambil peduli terhadap persekitaran kediaman mereka kerana beranggapan itu bukan tanggungjawab mereka, sebaliknya itu adalah kerja Dewan Bandayara, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.
Soal kebersihan, keselamatan dan aktiviti sosial diserahkan seratus peratus kepada PBT. Jika berlaku masalah, masyarakat lebih suka menyalahkan PBT. Ini bermakna sistem yang ada telah melahirkan sikap manusia yang tidak peduli, suka menyalahkan orang lain dan "pemalas".
Tiada ketelusan, rakyat diperkotak-katikkan
Kita sebagai rakyat bimbang dengan kuasa dan amanah yang diberikan kepada ahli politik atau pegawai kerajaan yang tidak dibatasi dengan budaya ketelusan.
Cukai-cukai yang dikutip oleh PBT harus diumum atau dilapur setiap tahun atau lebih baik lagi, setiap enam bulan kepada rakyat yang membayar cukai. Jika tidak menjadi masalah kepada PBT untuk mengutip cukai dua kali setahun, tidak ada sebab pengumuman terperinci tidak boleh dibuat dua kali setahun juga.
Kita mahu tahu bagaimana, untuk apa, kepada siapa, ke mana wang itu digunakan. Kita mahu mereka yang memegang amanah itu beramanah.
Malah, setiap rancangan pembangunan itu harus dirujuk kepada rakyat sebelum dilaksanakan. Rakyat dan kerajaan tempatan adalah rakan kongsi dalam soal ini.
Demografi sesuatu kawasan pastinya berbeza dengan kawasan lain, begitu juga dengan aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat tersebut. Justeru, tahap atau bentuk pembangunan di sesuatu kawasan itu harus berbeza mengikut kehendak dan keperluan masyarakat setempat.
Jika ini dianggap 'leceh', maka itulah sebabnya pilihan raya tempatan perlu diwujudkan semula. Jika tidak, amalan yang sedia ada akan terus menyukarkan semua pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Manfaat pilihan raya tempatan
  1. Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan yang mereka, malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja (walau pun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding)
  2. Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.
  3. Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam merangka masa depan hidup mereka.
  4. Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih  akan beransur hilang.
  5. Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri  tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.
  6. Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin.
Halangan dan pilihan
Tidak dinafikan bahawa untuk mencapai matlamat ini bukanlah satu usaha yang mudah, tetapi yang pasti ia tidaklah terlalu sukar. Apatah lagi pilihan raya kerajaan tempatan pernah diadakan di bumi Malaysia. Malah contoh-contoh kejayaan demokrasi akar umbi di merata dunia membuktikan betapa perlunya diadakan pilihan raya tempatan.
Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Justeru, setelah memahami kesan dan faedah pelaksanaan pilihan raya tempatan ini, pastinya kefahaman itu ingin diterjemahkan dalam praktis. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
Buat masa ini, perbahasan tentang isu ini perlu diperbanyakkan lagi, perlu ada kritikan, ada sokongan dan bantahan, perlu juga diberikan alasan dan fakta yang lebih konkrit. Rakyat mahu melihat pro dan kontra terhadap agenda ini. Perlu dilihat dan dikaji dari semua aspek, baik persoalan undang-undang, teknikal atau pun pendekatan.
Tidak ada sistem yang bebas dari kelemahan. Namun jika kelemahan itu boleh diminimakan dan kebaikannya dimaksimakan, akan lahir pilihan jalan tengah yang bakal memuaskan kehendak dan keperluan majoriti.



--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.



No comments:

Post a Comment