Monday, January 16, 2012

RE: RG2011... Aziz Bari Tegur Pemimpin PAS.

 

Who cares about rules and fair play when “ the accused is no longer an asset to PAS...kata Nik Aziz...”Hassan Ali merugikan PAS”..

 

Unfortunately PAS dare not sack Ustaz Nasharudin yang cakap sebiji macam Dr Hassan about si Bunga...pelik bin ajaib...

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Cucu Buluhbetong
Sent: Tuesday, 17 January, 2012 11:00 AM
To: respeks groups; kelakar@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Aziz Bari Tegur Pemimpin PAS.

 

 


 

Penganalisa Politik Pas, Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin Pas tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dalam partinya kerana pemimpin Pas tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kegagalan dalam tugas parti.

 

Beliau berkata di dalam politik moden atau politik berdemokrasi pemimpin parti akan bertindak melepaskan jawatan disandangnya setelah beliau gagal dalam tugas atau melaksanakan tanggungjawab parti.

 

"Umumnya saya berpendapat dalam politik moden atau dalam politik berpelembagaan prinsip pertangnggjawaban sangat penting.

 

"Sebab itu seseorang pemimpin perlu meletak jawatan apabila gagal atau menjadi liabiliti. Ini berlaku secara automatik tanpa disuruh dalam politik yang maju," katanya dalam temubual siasah.

 

Justeru pada pandangan Prof Aziz itu, jika pemimpin Pas benar-benar maju atau ke hadapan pasti mereka mendengar kata-katanya demi menjamin kestabilan politik dalaman parti agar tiada pihak cuba mempertikaikan kepimpinan.

 

Atas pandangan Prof Abdul Aziz itu, maka bukan sahaja Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu letak jawatan kerana gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak, malah termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

Ini kerana, menurut penganalisa politik berbanding Abdul Hadi, Nik Aziz lebih menjejaskan perjuangan partI dan menjatuhkan kredIbiliti parti.

 

Selain isu penyelewengan ladang rakyat, Nik Aziz juga dilihat gagal menyelesaikan masalah bekalan air untuk rakyat Kelantan biarpun 20 tahun Pas memerintah.

 

"Lebih memeritkan Pas, sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas dilihat merosot dalam dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan Galas," katanya.

 

Di Manek Urai Pas menang dengan hanya peroleh 65 undi majoriti sahaja manakala di Galas Barisan Nasional (BN) menang 1,190 undi majoriti.

 

"Ia satu perkara memalukan untuk Pas Kelantan kerana Nik Aziz adalah Menteri Besarnya tetapi boleh tewas di negeri sendirI dan merosot undian terhadap calon parti yang mentadbir Kelantan," kata penganalisa itu.

 

Justeru, Nik Aziz juga perlu meletak jawatannya kerana beliau sudah menjadi liabiliti dan gagal melaksanakan tugas penting parti, katanya.

 

Malahan Prof Abdul Aziz menyifatkan jika pemimpin Pas enggan berbuat demikian maka Pas mengamalkan satu politik yang mundur dan bercanggah dengan perjuangan demokrasi yang dilaungkan parti itu selama ini.

 

"Saya fikir adalah mustahil tiada ganti,

 

Kalau tiada ganti apa yang mereka buat selama ini? Jelas budaya Feudal masih kuat dan Pas nampaknya meskipun menjerit-jerit nak buat Islam tetapi masih dalam kepompong budaya negatif Melayu," kata Prof Abdul Aziz. 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment