Tuesday, January 10, 2012

Re: RG2011... Doa Untuk Dapat Suami Soleh

 

waktu yg sesuai di amalkan pd bile iyer????

On 5/26/11, siti sifir <sitisifir10@gmail.com> wrote:
> Doa Untuk Dapat Suami
> Soleh<http://sitisifir10.blogspot.com/2011/05/doa-untuk-dapat-suami-soleh.html>
> Bismillah,
>
> Dulu masa saya bujang, saya takde pakwe. Bukan sbb saya tahan dugaan tapi
> sbb mmg tak berapa nak laku pun. Ye lah..orang lain putih serlah, muka comel
> tapi kita ni biasa2 saja. Tapi alhamdulillah jugakla ada mata hidung bagai
> kan... Kalau tak, maka lebih peninglah mak abah saya.
>
> Pernah sekali tu mak saya kata, "Hang tu bukan tak cantik, cuba kalau boh
> mekap sikit :P". Walaupun mak bagi semangat tapi masa tu saya tak sampai le
> tahap terdesak sbb masih muda lagi. Plus, saya percaya jodoh saya akan
> datang juga satu hari yang sesuai.
>
> Bila masuk matrik, saya jumpa macam-macam jenis laki. Sebelum dari tu saya
> bersekolah di sekolah perempuan semua dan memang senior dah warning tentang
> kejutan budaya yang bakal dialami bila keluar dari Taayah. Saya keluar
> menjadi seorang budak perempuan yang garang. Tak tau pasaipa tapi memang
> saya garang kecuali kepada dua tiga budak laki.
>
> Asal nampak ada benda yang tak kena tentang budak laki, mesti saya sound
> direct dan yang paling kecoh adalah saya gaduh sampai hentak meja masa
> matrik tu. Ketua kelas kami pun telan air liur sebab taktau nak buat macam
> mana. Tapi nasib baik la jugak budak yang buat hal dengan saya tu jenis
> beralah. Hampeh je rasa masa tu.
>
> Sampailah satu tahap di UKM, satu hari seorang ustaz bagi kami doa yang akan
> saya tulis di bawah. Masa tu ada forum anjuran BADAR di Kolej Tun Syed
> Nasir. Masya ALLAH, mulai saat tu, saya mula berangan2 nak dapat suami
> soleh.
>
> Ada yang kata menghabiskan makanan terakhir dalam pinggan akan dapat suami
> soleh. Hahahaha...itu mmg amalan saya. Saya memang akan sambar makanan
> terakhir yang ada dalam pinggan bukan sbb nakkan suami soleh tapi tanak
> terlepas makanan tu :P. Bukan apa, orang last makan ni selalu kena basuh
> pinggan so itu kira latihan lah tu nak dapatkan suami yang baik kan?? Iaitu
> memperbaiki diri sendiri sebelum mendapat suami yang baik.
>
> Setelah saya hafal doa itu, saya akan bacanya setiap kali lepas solat dan
> setiap kali saya teringat. Istimewanya doa ini, dihujungnya juga ada ayat
> Al-Quran yang digunakan oleh Nabi (masya ALLAH saya tak ingat namanya) yang
> susah nak dapat anak. So, ini menjawab kenapa saya tak berhenti beranak
> pulak la kan sbb salah satu dari doa tu makbul....Oh, agaknya berapa kali
> telah ALLAH makbulkan ya??
>
> Alhamdulillah, barangkali berkat doa ini dan saya juga ada kirim kepada mak
> masa nak pergi haji biar dapat suami ustaz saya dapat suami saya sekarang.
> Malas lah nak describe lebih2 pasal suami saya kang ada plak yang tawar diri
> nak jadi bini no 2, sape yang pening :P ? Kalau saya tak pening, laki saya
> pulak yang pening sbb dia kata dia taknak kawin lain dah.... (kah kah kah)..
>
> OKlah, orang sebenarnya nak baca doa je kan bukan nak baca apa yang saya
> merepeks tu. Saje je lah nak buat motivasi biar adik2 yang bujang2 tu
> optimis dengan ALLAH. Bahawasanya kita tak payah nak menggedik2 untuk
> memikat hati seorang lelaki tapi cukup dengan pertolongan ALLAH maka the Mr
> Right akan datang insya ALLAH.
>
> Allahumma sakhkhirli zaujan solehan,
> Muttaqan haliman a'liman faqihan jamilan
> Wa yuhibbuni hubban jadidan wa uhibbuhu hubban jadidan a'miqan fillah,
> Wa yakunu sahiban fiddun-ya wa fil jannah,
> Allahumma la tazarni fardhan wa anta khairul waritsin
>
> Mohon pertolongan kepada sesiapa yang boleh tuliskan ini dalam jawi tolong
> bg kat saya, nanti saya update
>
> --
> http://sitisifir10.blogspot.com
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment