Tuesday, January 10, 2012

Re: RG2011... Fw: Pengawal Peribadi Pengsan, Cubaan Racuni Wan Azizah

Macam-macam la nak cari publisiti....bukan ke yang berkumpul tu rata-rata penyokong DSAI dan penuntut keadilan....takkan penyokong sendiri nak racuni Wan Azizah kot...atau gunting dalam lipatan? Ada yang hipokrit tapi sebenarnya agen Umno? Atau polis yang suntik? Hmm..asyik2 skrip yang sama je...boring la. 
Apa-apa pun, suruh la Azmin bertanggungjawab...kata perhimpunan tu takkan timbulkan sebarang masalah, kan?  


From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 10, 2012 12:14 AM
Subject: RG2011... Fw: Pengawal Peribadi Pengsan, Cubaan Racuni Wan Azizah

 
----- Original Message -----
 

Pengawal Peribadi Pengsan, Cubaan Racuni Wan Azizah
 
selatanonline
Oleh Keadilan Daily
Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.
Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .
Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.
"Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter.
Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.
Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.
Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.
"Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun," katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.

http://anwaribrahimblog.com/
Posted by JackSparrow
 
Bodoh! Pengiring keluarga Anwar, Fayad dituduh racun diri sendiri!
selatanonline
Blog Milo Suam

MALAM tadi di dalam satu ceramah yang diadakan di Cheruk Tok Kun, pengiring keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri dipercayai telah disuntik jarum beracun yang akhirnya mengakibatkan beliau terpaksa dihantar ke hospital rujuk sini [jarum beracun].

Laporan tidak rasmi pihak hospital mendakwa Fayad telah disuntik dengan dadah jenis Morphine.

Seperti biasa blogger United Malays No Otak, Umno akan memutar belitkan cerita dan mengelirukan pembacanya dengan hujah-hujah yang tampak benar.

Anda boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Fayad yang sedang sakit terlantar di hospital dikatanya sengaja membenarkan diri beliau disuntik.

Blogger yang mendakwa dirinya seorang doktor itu mengeluarkan hujah bahawa tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!

Mungkin ada benarnya kata beliau, namun penggunaan Morphine Pekat (concentrated Morphine) dan modified syringe (picagari ubahsuai) dengan isipadu yang besar, serta jarum yang lebih pendek memungkinkan masa yang diambil menjadi lebih singkat.

Secara analogi, air gula pekat hanya diperlukan sedikit untuk memberikan rasa manis pada secawan MiLo SuaM.

Doktor menyuntik 1 mL (cc) cecair tentulah berbeza dengan pembunuh nak suntik racun. Tidak ada kira-kira sakit atau tidak orang yang disuntik, tidak ada pertimbangan berapa banyak cecair yang mahu disuntik yang penting suntik.

Ditambah dengan keadaan Fayad yang barangkali tidak pernah mendapat rawatan narkotik, boleh mengakibatkan dirinya lebih terjejas. Perlu diingat, orang yang menyuntik juga sudah bersedia memikirkan cara terbaik untuk menyuntik.

Kita tak tahu berapa mL Morphine sudah masuk melalui tangan Fayad, apa yang jelas beliau sudah terlantar di hospital. Logikkah Fayad berpura-pura sakit? Bodohkah doktor di hospital?

Mungkinkah Fayad sengaja meracuni dirinya sendiri? Lagilah tak masuk akal. Gambar kesan tusukan jarum di tangan Fayad juga menunjukkan bahawa beliau tidak dicucuk oleh jarum biasa, lubang di tangannya agak besar.
Kita tak tahu picagari, atau alat bagaimana yang telah digunakan untuk meracuni Fayad. Apa yang jelas tangan kirinya telah berlubang dan keadaannya kritikal.

Sejak dahulu lagi hujah United Malays No Otak, Anwar tumbuk muka sendiri, Anwar cederakan diri sendiri, Teoh Beng Hock bunuh diri, Sarbaini bunuh diri, Mat Sabu jatuh sendiri, and you name it!

Bila ada saja kecelakaan kepada pihak Pakatan Rakyat, belum apa-apa mereka dah simpulkan bahawa kecelakaan itu sengaja dibuat sendiri.

Kini Fayad pula dituduh racun diri sendiri. Kambeng punya orang!

ReJaM© "Teringat kata Tun Mahathir, Harun Din sakit jantung kenapa tak ubat diri sendiri?"
Posted by aya


No comments:

Post a Comment