Tuesday, January 10, 2012

Re: RG2011... Fw: PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'

 

Assalamualaikum w.b.t.,

Setiap sesuatu ditimbang kepada niatnya... sebab itu setiap niat  mestilah kerana Allah taala. Kalau solat kerana perkara lain macam mana?

Wallah hu 'alam.

Wassalam.


From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 10, 2012 6:40 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'

 
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan....
Ada unsur syirik ke???
 
Baik la kita belajar baca tafsiran alquran daripada dok terjemahkan maksud @ makna sesuatu perkataan dalam bahasa lain.. Kalau nak terjemah dalam bahasa lain ia akan membawa bermacam2 makna yang lain..
 
 
 
 
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 5 January 2012, 23:32
Subject: RG2011... Fw: PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'

 
----- Original Message -----
 

PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'

Posted by Abd Ydy Ysf 
Salam Syaaban...moga di bulan ini kita semua dapat membuat persediaan untuk menghadapi bulan yang mulia iaitu bulan ramahdan. Dibawah adalah sebuah perkongsian tentang perkataan 'Sembahyang' dan 'Solat' :
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
Siiru 'ala barakatillah...




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment