Sunday, January 8, 2012

Re: RG2011... Fw: Surau Salihiah

 


salam sume,
  pada pendapat saya,, elok kekalkan madrasah tersebut. buat la komplek tu kat tmpat lain, kat kedh tu bnnyk lg tanah. saya x sebelah sape2, dua2 pihak masing2 ade salah, kite sbagai rakyat kene berfikir, bukan main ikut   ckp org yg dia sendiri pun dgar dri org lain,,ingatlah wahai sahabat, kite berada di akhir zaman di mana fitnah berleluasa, dan perang besar pasti akan tiba kerana itu adalah janji Tuhan Yang Maha Besar.
On Saturday, January 7, 2012, abdullah zakaria <abzak53@yahoo.com> wrote:
> assalamu'alaikum semua
> saya agak confius dlm membincang hal surau ini . kita membincangkan hal orang yg beramal/sembahyang di sini kah atau kita nak membela penyewa di sini ? 
> hetong panjang selama surau itu di situ , berapa ramaikah pengunjungnya? adakah pengunjung datang beribadat atau membereskan hal biz mereka ?
> ________________________________
> From:
> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Friday, December 30, 2011 12:40 AM
> Subject: RG2011... Fw: Surau Salihiah
>
>  
> ----- Original Message -----
> From: ::-eSpAcE 9808-::
>
> Adakah puak yang pertahankan Surau Salihiah sedang menderhaka kepada TUANKU..???
>
> Posted by KedahLaNie
> oleh AnakKedah007
>
> Cuba anda semua perhatikan ketiga-tiga berita dibawah ini... APAKAH KEY POINT dia sebenarnya.... Isu MADRASAH SALIHIAH sedang di isukan oleh PUAK UMNO & KUNCUNYA.... ADAKAH MEREKA JUGA TIDAK JATUH DERHAKA....
>
> Kenapakah pandangan TOK MUFTI KEDAH & MAJLIS FATWA tidak diterima pakai oleh golongan ini... hebat sangatkah mereka-mereka ini dari kepimpinan agama yg ada di negeri kedah yg mana dinaungi oleh TUANKU BAGINDA SULTAN.....?
>
> Tidakkah cerita ini sama dengan isu twitter chegubard... jadi pikiaq2lah nooo...?
>  
>
> Madrasah Salihiah: Majlis Fatwa lulus, dapat surau baru
>
> <thismessage:/mail/u/0/s/?view=att&th=134b8ac782b4b962&attid=0.1.1&disp=emb&zw>
>
> ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.
>
> Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.
>
> "Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.
>
> Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.
>
> Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.
>
> "Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.
>
> "Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.
>
> Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istibdal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.
>
>  
>
> UTUSAN - Pertahan madrasah: BBSMS anjur munajat perdana Sabtu ini
>
> ALOR SETAR 27 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan program munajat perdana, Sabtu ini bagi memohon dan memperkukuhkan usaha mereka dalam mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan u

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment