Wednesday, January 11, 2012

Re: RG2011... Fw: Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

 

Pada pandangan saya, DHA yg meletakkan dirinya begitu...bukan skrg, bahkan diperhati oleh ahli2 Pas Selangor telah lama...
Ingat lagi tak? Isu pertama timbul ialah DHA tidak di calonkan....dr mana datang pencalonan? Tentulah drp bhg & cawangan...peringkat akr umbi...
 
Sepatutnya DHA bermuhasabah diri kenapa aku tidak di calonkan oleh ahli2 Pas Selangor? Tentu ahli2 Pas saja yg tahu...
Apabila DHA menggunakan media "BN", tentulah lagi menaikkan kemarahan ahli2.
 
Tak guna bercakap 'berapi-rapi' tapi menentang arus & tidak cuba memahami apakah strategi & matlamat parti...Banyak tindakannya mendahului parti. Inilah hasilnya, kena buang...
Jikalau dia masih mahu menjadi ahli & pemimpin Pas, rasanya pemimpin Pas Pusat telah memberi peluang kpd beliau membuat rayuan...terpulang pdnya...
 

From: Nor Azlin Mohd Nordin <azlin8@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 10 January 2012 10:50 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

 
Pada pandangan saya, Dr Hassan Ali mengulas bukan berdasarkan tuduhan liwat semata-mata tapi berdasarkan sejarah moral dan tingkahlaku individu tersebut sejak berada dalam Umno lagi...tabiat suka berkaraoke, berhibur (biasanya di luar negara), dan beberapa lagi perangai yang tak sepatutnya dimiliki seorang pemimpin sudah diperkatakan org sejak dulu. Jangan lupa Pas juga yang mula2 mencemar imej beliau dgn memberi gelaran aljuburi...

Sent from my iPhone

On 10/01/2012, at 12:49, daniel james <putera_alhaj@yahoo.com> wrote:

TANIAH DR.HASSAN ALI DIPECAT HARAP MAKLUM SAHABAT RESPEK...UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA SAYA SENDIRI PUN DENGAR CERAMAH HASSAN ALI MEMANG BETUL KATA FAIRLADYSHANIA.NAK BUAT APA MENGAIBKAN ORANG JIKA BELUM MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN.INILAH HUKUM ORANG YANG MENGAIBKAN ORANG BUKAN BEGINI NAK MEMPERJUANGKAN ISLAM.SEKARANG SUDAH MENYESAL.SAYA TAK NAK KOMEN PANJANG2.FIKIRLAH ANDA SEMUA.

From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 9 January 2012 1:43 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

 
Salam,
Sebagaimana yang kita ketahui siapa Dr Hassan Ali,
saya telah mendengar hujahnya yang kelihatan
memang lantang, akan tetapi secara sombong dan
bangga diri membuat ulasan dan memperkukuhkan
aib orang dan menghina yang telah dituduh sedangkan
hukum belum dijatuhkan, inilah senario yang dapat
kita saksikan apatah lagi bila hampir PRU13...
(harap maaf saya buat ulasan dari apa yang saya
tonton dan dengar)...semuga Allah mempermudahkan
jalanan hidup kita semua.  

2012/1/9 faeruz hassim <jingga1777@yahoo.com>
PAS..TINYA ...........KERUGIAN BESAR KITA MEMBUANG PEMIMPIN INI YANG SENTIASA BERSUARA LANTANG........SENTIASA BERSEMANGAT DIDALAM APA JUA ..............SATU-SATUNYA PEMIMPIN BERCIRIKAN ISLAMIK DI SELANGOR ...........RUGI KEHILANGAN NYA........BAGI RAKYAT SELANGOR........KERANA DIA BERANI MEMPERKATAKAN........SEBAGAIMANA SEPATUTNYA,........DIA TIDAK PERNAH MENJATUHKAN MARUAH BANGSA, MELAYU.....ISLAM KHASNYA.....................SAYA SUKA DR HASSAN ALI INI...........TERUSKAN BERJUANG....JGN KECUNDANG......DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA...........BIAR PARTI TAK SUKA, BIAR SESIAPA PUN TAK SUKA ....ASALKAN RAKYAT SELANGOR..............SENTIASA MENYOKONG ...........KEBENARAN ADALAH KEBENARAN.....YANG BATHIL..TETAP BATHIL.............TERUSAKN PERJUANGAN ATAS TIKET BEBAS PUN TAK KISAH..............KITA MAHUKAN PEMIMPIN YANG SENTIASA DIHATI RAKYAT,...........JGN JADI PEMIMPIN PADAI BERKATA2 ...DUDUK ATAS KERUSI EMPUK.............KAMPUNG DI KAWASAN ADUN SENDIRI PUNN TAK TAHU NAMANYA........APA CITER................CINTAKAN MALAYSIA

From: 
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, January 9, 2012 12:00 AM
Subject: RG2011... Fw: Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

 
----- Original Message -----

Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

 
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, menyuarakan kekecewaannya terhadap pemecatannya yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini kerana parti berkenaan membalas perjuangannya terhadap Islam dengan tindakan tersebut.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya petang tadi.

Hasan turut berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas bagi memberi penjelasan lanjut berhubung pemecatannya dalam masa terdekat.

Dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti berkenaan telah membuat keputusan sebulat suara memecat keahlian Hasan Ali sebagai anggota parti.Keputusan itu dibuat selepas Presiden PAS membuat perbincangan dan pertimbangan lanjut.

Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti," kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.

Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya,

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok adalah perbuatan sia-sia.

Abdul Hadi htelah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, sebagaiman pimpinan Pakatan Rakyat lain, dan menyatakan kenyataan Hasan itu sebagai penghinaan terhadap presiden parti dengan membelakangi keputusannya.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Hassan Ali sebagai ahli parti, kenalah akur dgn pandangan dan keputusan parti, walau sehebat mana ilmu, walau setinggi mana darjat, apabila keputusan parti kena taat.

Tetapi Hassan Ali bertindak membelakangkan keputusan dan nasihat parti, mengapa beliau tidak terfikir apakah parti tidak sedih dgn tingkah laku beliau itu?


Beliau ditatang bagai minyak yang penuh.Selepas menyertai Pas pada 1998,beliau dicalonkan bertanding di kerusi Dun Sungai Burung dan Parlimen Parit Buntar pada PRU 1999 dan menang keduanya.

Ramai pemimpin yang berjuang dlm parti puluhan tahun tapi tidak dapat keistimewaan seperti beliau.Apakah beliau tidak terfikir bagaimana sedih dan tergurisnya hati ahli Pas dengan kenyataan2 dan tindakan beliau yang dilihat membelakangi Pas.

Apa apa pun pemimpin datang dan pergi,namun Pas tetap teguh dengan sokongan ahli parti yang komited dengan perjuangan,walaupun kami hanya tukang pacak bendera Pas...

comments:

Tanpa Nama berkata...
HA terkejut dipecat
Sepatutnya beliau terkejut kerana buat salah.
Memandangkan beliau yakin benar apa yang keluar dari mulut dan tindakan adalah betul sebetul-betulnya maka orang lain semuanya salah maka terkejutlah beliau orang lain bersalah memecatnya.
Lepas ni akan ada sidang media besar-besaran yang akan didengar oleh 28 juta(termasuk yang masih bayi).Hebat bukan?
Panglima Hitam berkata...
lepas kena pecat baru dia sedar nak mintak pandangan kwn kwn laa......pandangan ulama laa.....
masa nak pelingkup pas dgn prangai sumbang tu tak pulak mamat geli nie nak tanya kwn ke nak tanya ulamak ke??......sorang sorang saja tunjuk hebat....masa tu kat sapa pun hang tak heran.....
banyak cantik hang punya terkejuit....banyak lawa punya sedih.....

kah kah kah

 

Pemimpin 'Kontroversi' Datuk Dr. Hassan Ali Akhirnya Di Pecat Daripada Parti PAS Hari Ini

PDO
 
KUALA LUMPUR, 8 Jan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali (foto) sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta. Keputusan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.
 
 
Dalam kenyataannya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS. "Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi. Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com.
 
 
Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang. Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS. Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam. Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu. Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.
[Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS ini adalah sesuatu yang sungguh mengejutkan kita semua sebenarnya. Namun, mungkin PAS ada alasan tersendiri untuk mengambil tindakan drastik terhadap Hassan gara-gara tindakan dan kenyataannya yang jelas mencabar kewibaan parti. Hassan Ali dalam pada itu menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini. Beliau juga terkejut dengan tindakan yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu kerana perjuangan Islam yang dipeloporinya sejak sekian lama dibalas sedemikian rupa oleh PAS.
 
 
Namun, keputusan sudah dibuat dan Hassan wajar bermuhasabah diri dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Jika PAS berani memecat seorang ADUN dan Exco Kerajaan Negeri sehebat Hassan Ali, maka sepatutnya UMNO juga mengambil tindakan yang sama untuk memecat pemimpin mereka yang khianat kepada rakyat seperti Sharizat Jalil dan yang lainnya. Di sini, kita boleh menilai mana yang lebih jujur dalam perjuangan terhadap memartabatkan Islam dan rakyat Malaysia sebenarnya. Begini akhirnya nasib Hassan Ali].
 
 

PAS pecat Hasan Ali

Posted by info kedah
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
 





--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment