Saturday, January 7, 2012

Re: RG2011... Hanya Fitnah

hal begini xboleh dikatakan 'hal kecik' coz sume neh dah
tersebar,,malah amalina sendiri b4 neh dijadikan teladan kerana
kepandaiannye..

Tapi yg penting, sbg umat Islam..jadikan ini sbg pengajaran utk kita
semua & teladan spy didikan Ilmu pelajaran biarlah seiring dgn Ilmu
Akhirat skali..

Marilah berdoa semoga Amalina & family dan kita semua diberi petunjuk
& mendapat hidayahNYA.
Aaaminnnn...


On 1/7/12, mohd_zawawi@yahoo.com <mohd_zawawi@yahoo.com> wrote:
> Salam..bro saya ingat perlu hati2 skit dlm bercakap or make statement...
>
> Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
>
> -----Original Message-----
> From: hedwig angry inch <hedwigntheangryinch@yahoo.com>
> Sender: respeks_group@yahoogroups.com
> Date: Fri, 6 Jan 2012 11:25:13
> To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
> Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah
>
> jgn cpat sngat melatah, dasar melayu singkat akal, ape yg korang dok sibuk
> pasal amalina ni dia pon manusia biasa mahu hidup bebas sama je sprt org
> lain yg lebih truk dari dia pon ade tak plak kecoh2..stakat pakai baju mcm
> tuh pon nak kecoh..baik sembahyang mintak ampon kat tuhan murahkan rezeki
> xyah sibok hal kecik mcm ni..
>
>
>
> ________________________________
> From: aminuddin ahmad <aminuddinhmd@yahoo.com>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Sent: Thursday, January 5, 2012 3:29 AM
> Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah
>
>
>
> Kalau setakat pandai tapi akhlak tak macam orang Islam nak buat apa . . nak
> bela mak bapak dalam kubur pun takkan mampu . . bertaubatlah wahai ibu dan
> anak sebelum dipanggil oleh malaikat maut
>
>
> ________________________________
> From: "ridzwan_alasyraf@yahoo.com" <ridzwan_alasyraf@yahoo.com>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Sent: Thursday, 5 January 2012 12:22 PM
> Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah
>
>
>
> Amalina tak layak dijadikan role model utk pelajar. Dari Kenyataan mak dia
> dan pengakuan tak bertudung menunjukkan lebih keduniaan semata2.
> Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
> ________________________________
>
> From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
> Sender: respeks_group@yahoogroups.com
> Date: Wed, 4 Jan 2012 16:35:13 +0800
> To: <respeks_group@yahoogroups.com>; <mahligai@yahoogroups.com>;
> <melayucyber@yahoogroups.com>; <tipah@yahoogroups.com>;
> <uitm-melaka@yahoogroups.com>; <hidayahnet@yahoogroups.com>
> ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: RG2011... Hanya Fitnah
>
> Ibu: Tuduhan Nur Amalina Liar Hanya Fitnah
> admin | January 4, 2012 | Comments (0)
> JOHOR BAHRU – Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang
> ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah
> dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.
> Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah
> membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga
> negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.
> Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai
> idola.
> Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina
> sudah jauh berbeza.
> Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh
> pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak
> gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.
> Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam
> dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi,
> tersebar di Internet.
> "Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih
> daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami
> berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana
> (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana," kata Sabariah kepada
> Sinar Harian.
> Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun
> tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi
> bertudung, juga tidak benar.
> "Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia
> semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke
> sekolah," katanya.
> Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam
> dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University
> of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.
> "Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu
> tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak
> saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya
> sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di
> Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri
> yang beli," kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor
> Jaya, di sini.
> Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga
> mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar
> hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik
> anaknya.
> "Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses
> menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah
> dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di
> sana.
> "Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani
> praktikal di Oxford bermula November ini," katanya.
> Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula
> membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur
> Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.
> "Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi
> Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook
> dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia.
> Tetapi dia ketawa saja," katanya.
> Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.
> "Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air
> mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji
> pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan
> hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia
> lalui hampir setiap hari," katanya.
> Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke
> sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.
> Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei
> tahun depan.
> "Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah
> terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana
> jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka
> diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka
> dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan," katanya.
> Sinar Harian Online
>
> --
>
> Facebook : Halawah Shop
> Kedai online : Halawah shop
> Laman web : Susu kambing hi goat
> Berminat untuk jadi ahli : Daftar ahli
>
>
>
>
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment