Sunday, January 8, 2012

Re: RG2011... Hanya Fitnah

 

kepada sahabat2, kita jangan terlalu negative.
kita tak tahu macamana budaya di sana dana macamana Amalina menghadapi keadaan sekeliling.
 
kita ambil teladan yang baik yang ditunjukkan oleh Amalina iaitu bagaimana dia merupakan pelajar Melayu yang cemerlang yang boleh dibanggakan.
Yang tak baik tu, mungkin boleh diperbetulkan dengan saluran yang betul. 
Ibu mana yang tak sayang anak dan jadikan anak tak betul.
 
sama2 kita berdoa agar dia dan semua orang Melayu & Islam berjaya dalam apa bidang sekali pun. Amiin...
 
 
Sent: Sunday, January 08, 2012 10:43 AM
Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah
 
 

hurm.. sape lah korg nak judge die mcm tu? tu die dgn allah. sape korg yg
leh tentukan? oh anak die liar, jahat lah, wat perkara yg bukan2 lh.
aduh ko nie kan org islam, ko kene ingat fitnah itu lagi teruk , lagi keji
dari berzina.
nape ko org x leh doakan agar dijauhkan semua itu, apasal akal fikiran korg cetek? mane agama korg,
muhasabah diri tu dulu baru betol.
sedih melihat org islam berpikiran begini. ckp sesuka hati,

Sama-sama kita hayati firman Allah ini;

Allah Ta'ala berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka jikalau keburukan itu merata di kalangan orang-orang yang beriman, maka orang-orang yang bersikap demikian itu akan memperolehi siksa yang pedih, baik di dunia mahupun di akhirat."

 

 
nie untuk renungan kite bersama.

akhir sekali, harap maafkan lah saye sekiranya terkasar bahasa,
yg baik datang dari allah, yg buruk datang dari diri saye sendiri,
as"mualaikum.


2012/1/7 <mohd_zawawi@yahoo.com>
 

Salam..bro saya ingat perlu hati2 skit dlm bercakap or make statement...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: hedwig angry inch <hedwigntheangryinch@yahoo.com>
Date: Fri, 6 Jan 2012 11:25:13 -0800 (PST)
Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah
 
 
jgn cpat sngat melatah, dasar melayu singkat akal, ape yg korang dok sibuk pasal amalina ni dia pon manusia biasa mahu hidup bebas sama je sprt org lain yg lebih truk dari dia pon ade tak plak kecoh2..stakat pakai baju mcm tuh pon nak kecoh..baik sembahyang mintak ampon kat tuhan murahkan rezeki xyah sibok hal kecik mcm ni..
 

From: aminuddin ahmad <aminuddinhmd@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, January 5, 2012 3:29 AM
Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah

 
Kalau setakat pandai tapi akhlak tak macam orang Islam nak buat apa . . nak bela mak bapak dalam kubur pun takkan mampu . . bertaubatlah wahai ibu dan anak sebelum dipanggil oleh malaikat maut

From: "ridzwan_alasyraf@yahoo.com" <ridzwan_alasyraf@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 5 January 2012 12:22 PM
Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah

 
Amalina tak layak dijadikan role model utk pelajar. Dari Kenyataan mak dia dan pengakuan tak bertudung menunjukkan lebih keduniaan semata2.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
Date: Wed, 4 Jan 2012 16:35:13 +0800
Subject: RG2011... Hanya Fitnah
 
 

Ibu: Tuduhan Nur Amalina Liar Hanya Fitnah

admin | January 4, 2012 | Comments (0)
300
JOHOR BAHRU – Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.
Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.
Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.
Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.
Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.
Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.
"Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana," kata Sabariah kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.
"Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah," katanya.
Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.
"Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli," kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.
Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.
"Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
"Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini," katanya.
Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.
"Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja," katanya.
Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.
"Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari," katanya.
Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.
Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.
"Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan," katanya.
Sinar Harian Online


--
 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment