Saturday, January 7, 2012

Re: RG2011... Hanya Fitnah

aku heran stengah jenis melayu zaman skrg ni,
kalo die 2 harrri pegi london, die dah jadi omputih mengalahkan omputih tu lagi,hatta kawin laki dengan laki pun die sanggup,konon dah moden dan melayu lain yg tak mahu ikut -mudur dan statik, usah dinasihat, karang diterime jwpn mcm bawah tu-orang lain lagi teruk,ape sibuk? kubo lain2 dll.

die lupe dalam Islam ade amal maaruf nahi mungkar,bukan amal maaruf peduli hape mungkar,kalo ade dlm hadis peduli hepe org nak buat mungkar,nescaya kite lantak mengkome yg memilih jalan ke nurake jahanam nih.

bab amalina ni,aku rase bukan setakat lihat baju orang komen,majlis harijadi berpeluk sakan dengan dgn lelaki kafir dah tentu bukan muhrim ape cerite? sedangkan aurat wanita muslim dengan WANITA kafir pun ade hadnye,inikan lelaki, cara hidup yg dipersoal,itu shj.

On 1/8/2012 11:26 AM, ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ wrote:
 

Salam,

Orang Melayu yang mengaku beragama Islam sekiranya
tidak mengikut kehendak ajaran Islam, dan terpelajar tapi
menjalani hidup tanpa berpandukan hukum Allah swt dan
sunah Rasulullah saw patut digelar singkat akal, manusia
dicipta antara makhluk yang terbaik mempuyai akal. Dan
tegurlah mana-mana insan yang telah membuat silap dengan
berhemah, dan kita kena "kecoh" demi kebaikkan. Dan kita
jangan suka membandingan yang kononnya sipolan lebih
teruk dari sipolan tu, itu bukan cara Islam. Kita orang
Islam perlukan hidayah dan taufik dari Allah. Dan jangan
lupa kita juga diistidratkan oleh Allah swt, antaranya di-
berikan kesenangan, kemudahan dan kepandaian, tapi
tidak menjaga anugerah yang telah diberikan, seronok
dengan diri sendiri leka dengan kehidupan tanpa ada
batasan tidak berpandukan pada hukum. Terutama betapa
pentingnya ibu bapa menjaga anugerah yang telah 
diamanahkan oleh Allah swt.
p/s mohon maaf apa yang saya tulis ini tiada niat untuk
menyakiti hati sesiapa pun, hanya sebagai renungan...
Selamat bercuti hujung minggu untuk semua warga RG.
Semoga Allah mempermudahkan jalanan hidup kita semua.

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : 
"Rasulullah saw  telah bersabda :  Barang siapa di antara kamu yang melihat akan 
kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya 
ia tiada  berkuasa,  maka hendaklah  ia  mengubahnya  dengan  lidahnya.  Maka 
sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. 
Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-
lemahnya iman." 
(Riwayat Oleh Muslim).

2012/1/7 hedwig angry inch <hedwigntheangryinch@yahoo.com>
 
jgn cpat sngat melatah, dasar melayu singkat akal, ape yg korang dok sibuk pasal amalina ni dia pon manusia biasa mahu hidup bebas sama je sprt org lain yg lebih truk dari dia pon ade tak plak kecoh2..stakat pakai baju mcm tuh pon nak kecoh..baik sembahyang mintak ampon kat tuhan murahkan rezeki xyah sibok hal kecik mcm ni..


From: aminuddin ahmad <aminuddinhmd@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, January 5, 2012 3:29 AM

Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah

 
Kalau setakat pandai tapi akhlak tak macam orang Islam nak buat apa . . nak bela mak bapak dalam kubur pun takkan mampu . . bertaubatlah wahai ibu dan anak sebelum dipanggil oleh malaikat maut

From: "ridzwan_alasyraf@yahoo.com" <ridzwan_alasyraf@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 5 January 2012 12:22 PM
Subject: Re: RG2011... Hanya Fitnah

 
Amalina tak layak dijadikan role model utk pelajar. Dari Kenyataan mak dia dan pengakuan tak bertudung menunjukkan lebih keduniaan semata2.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
Date: Wed, 4 Jan 2012 16:35:13 +0800
Subject: RG2011... Hanya Fitnah

 

Ibu: Tuduhan Nur Amalina Liar Hanya Fitnah

admin | January 4, 2012 | Comments (0)
300
JOHOR BAHRU – Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.
Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.
Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.
Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.
Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.
Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.
"Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana," kata Sabariah kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.
"Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah," katanya.
Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.
"Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli," kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.
Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.
"Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
"Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini," katanya.
Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.
"Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja," katanya.
Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.
"Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari," katanya.
Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.
Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.
"Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan," katanya.
Sinar Harian Online


--








--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



--


pendekarblogger
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment