Monday, January 9, 2012

Re: RG2011... Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

 

Siapa anda adakah lebih baik dari Tok Guru yg faham hukum islam dan kaedahnya.....beban pembuktian kpd siapa?

Mohon maaflah pada Anwar pada sesiapa yg dok kata beliau Peliwat - Nik Aziz

Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRNjSble9KOpfad8SJQ9xNCXhKba8EO1MOC4oVglwMsvbF0DyoAM-XA1YfqegJdyBi7wEwi8TktJhUzxTfpGoZuE78nIlWkm7lOthrpq2oE6aQQugihbvjolb1kAQy3qcJ1ntzJYPNyAzH/s400/nik+aziz.jpg
PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

"Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat 'syukur' malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya.
 
 




From: Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 9 January 2012 9:06 PM
Subject: Re: RG2011... Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

 
Salam,

Apa yang berlaku pembebasan Annuwar adalah dari teknikal terhadap pandangan Hakim kepada sesuatu keterangan yg dikemukakan di Mahkamah. Hakim tidak pula menidakkan pelakuan liwat dan Annuwar sendiri tidak memberi keterangan bersumpah utk menafikan pelakuan liwat.

Ramai org terkejut bukan ... termasuk Annuwar sendiri dan peguamnya ... satu keputusan yg tidak dijangkakan ... kalau tidak masakan ramai penyokong diminta datang membanjiri Mahkamah.

Pendakwaan tentunya akan membuat rayuan krn pembebasan Annuwar dibuat dari segi teknikal sahaja dan bukan disebabkan fakta ianya tidak berlaku. Dan Mahkamah Rayuan yg terdiri dari 3 Hakim akan meneliti keterangan di Mahkamah Tinggi.

Hakim telah pun sebelum ini memutuskan Saiful sebagai seorang saksi yg boleh dipercayai ... ini bermakna keterangan Saiful mengenai pelakuan liwat  itu diterima ... cuma Hakim memutuskan keterangan tersebut tidak disokong dgn keterangan lain.

Berkenaan bukti DNA,  keterangan pakar DNA dari hasil ujian/analisa telah membuktikan pemilik DNA - berdasarkan kepada persamaan indicator atau loci yang dihasilkan dari ujian yg dijalankan.

Contohnya setiap ujian DNA (sperma yg dijumpai dalam buntut Saiful) akan menghasilkan 20 indicator atau 20 loci dan akan dibandingkan dgn ujian DNA Male Y yg juga akan menghasilkan 20 indicator atau 20 loci. Jadi kalau kesemua 20 indicator (sperma) dan (Male Y) didapati sama maka sahlah DNA sperma datang dari Male Y. Jadi samada kedua-dua DNA telah terusik atau lebih dari 60 hari tidak menjadi isu sepatutnya kerana analisa yg dibuat mengesahkan ada persamaan indicator yg mencukupi untuk mengaitkan DNA (sperma) dgn DNA Male Y.

Itu adalah pandangan pakar DNA hasil dari ujian/analisa yg dijalankan. Jadi bagaimana pula Hakim mengambilalih peranan pakar DNA utk menidakkan hasil ujian yang dibuat. Kalau telah diusik ... DNA tersebut tidak akan menghasilkan indicator atau loci yang mempunyai persamaan tambahan pula Annuwar tidak membawa saksi pakar DNA utk menidakkan hasil ujian/analisa DNA. So ....

Berkenaan dgn keterangan Saiful yg dikatakan tidak disokong dgn keterangan lain, keterangan KY Jelly tidak dinafikan, rakaman CCTV menunjukkan Annuwar ada di tempat kejadian dan menidakkan alibi yg diwar-warkan oleh Annuwar sebelum itu ... DAN yg paling penting sekali Annuwar sendiri tidak memberi keterangan secara bersumpah utk menidakkan kesemua keterangan tersebut. Annuwar juga tidak membawa saksi lain utk mengatakan Annuwar tiada di tempat kejadian. So ....

Satu keterangan yg tidak boleh dikemukakan di Mahkamah ialah  Annuwar tak berani bersumpah berbanding Saiful ....

So ... fikirlah dan gunakanlah minda anda sebaik mungkin dan jgn jadikan keegoan anda membutakan minda anda.

Semoga Allah memberikan kita petunjuk ...

Wassalam. 
 

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>


From: ""newsfowarder™"" <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, January 9, 2012 2:46 PM
Subject: Re: RG2011... Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

 
depa pi pusing cerite konon mahkamah tulus lah...mlm ni berita pasai bom
pulak kat tv.

intipati dari semua ini yg patut rakyat tahu depa malu nak suarakan.

iaitu yg pertama pemimpin umno tak boleh harap mcm khir dan ramai lg.

yg kedua- selama ini segala fitnah yg berlegar dan disebar oleh puak umno
ttg anwar dan saiful adalah salah,betapa selama ini mereka mencanang
fitnah dengan megahnya,kini, tak terdetikkah dihati mahu minta ampun dari
manusia yg difitnah?

PRU akan datang-tolak parti& pemimpin seleweng dan tolak semua kaki fitnah.

-Sent from Pakatan Selangor free WiFi-

> IITU JE LA MODAL..... asal bg keputusan sebelah PR mula la kata kami telus
> mulus dan kudus.. hhuhuhUUU..
> walhal... banyak hal yg besar2 tak selesai pun... penyelewengan dana
> rakyat
> dan salah guna kuasa tetap berleluasa.. suudah lah!
>
> On Mon, Jan 9, 2012 at 11:12 AM, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:
>
>> **
>>
>>
>> KEPADA PRO BN & PRO PR, MENANG ATAU KALAH TERIMA SAJA KEPUTUSAN MAHKAMAH
>> DENGAN HATI TERBUKA.
>>
>> TAHNIAH BUAT ANWAR!!! TAKZIAH KHIR TOYO.
>> YANG PALING UTAMA....
>> TAHNIAH MAHKAMAH MALAYSIA KERANA TELUS.
>>
>> Alhamdulilah badan kehakiman negara kita terbukti bebas ia tidak seperti
>> yg pembangkang war warkan. keputusan ini sdikit sebanyak dapat menutup
>> mulut pembangkang kerana mereka sering mngatakan mahkamah malaysia
>> dikuasai
>> UMNO/BN.
>> Pada 9 Januari 2012 10:28 PG, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> menulis:
>>
>> **
>>>
>>>
>>> Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat
>>> bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala
>>> Lumpur
>>> hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.
>>> [image: NONE]Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari
>>> Azlan
>>> di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman
>>> penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
>>> Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik
>>> untuk
>>> memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi
>>> menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
>>> Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta
>>> perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika
>>> itu
>>> hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.
>>> [image: NONE]Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan
>>> perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan
>>> hari
>>> ini.
>>>
>>> Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang
>>> dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.
>>>
>>> Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera
>>> perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".
>>>
>>> Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan
>>> "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
>>> http://www.malaysiakini.com/news/186050
>>>
>>> Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
>>>
>>>
>>
>>
>





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment