ko ni mmg tak faham tul laaa. Student tu berdemonstrasi bukan pasal anwar. diorang berdemonstrasi pasal isu AUKU tu ko mmg tak faham tul laaa. lain kali nak komen biar tahu hujung pangkal. ini demo jer pasal sokong anwar. asal demo je mesti pasal sokong anwar ini la mentaliti yg UMNO tanam kan skit2 anwar. apa yg takut sgt ngan anwar tu. http://www.DuniaHerbaHPA.net/hpaglobal Ingin menjana pendapatan sampingan. Ingin mendapat produk yang halal. Mencari yang halal satu kewajipan orang muslim. --- On Thu, 1/5/12, misada misada <misada05@yahoo.co.uk> wrote: From: misada misada <misada05@yahoo.co.uk> Subject: RG2011... Polis Mengaku Pukul Mahasiswa Di UPSI To: "hartinee abbas" <aztini@mardi.gov.my>, "zuharina abdullah" <zuharina1008@yahoo.com>, "zana adura" <zanadura_z@hotmail.com>, "seri ahmad" <ajut2004@yahoo.com>, "asrul" <assabil_millenium@yahoo.com>, "elyana azyla" <unique_girlz18@yahoo.co.uk>, faiza318@yahoo.com, "shona fong" <Shonafg@yahoo.com>, "saiful ghazali" <conman_tv@yahoo.com>, "nik hanifuddin" <nikmaa@hotmail.com>, "shieda ida" <asni130417@yahoo.com>, "md. noh ismail" <mnohis@yahoo.com>, "jaliah kambali" <jaja_jesicca@yahoo.com>, "Abdul Majid" <majidum@gmail.com>, "Norshafareena Mohd Isa" <reen_19@yahoo.com>, "rozana mustafa" <rozana_mustafa2000@yahoo.com>, "isa norshafareena" <puteri_serdang@yahoo.com>, "suhana ramli" <nana_evita@yahoo.com>, "respeks group respeks_group" <respeks_group@yahoogroups.com>, "salasiah sally" <salasiah@venture.com.sg>, "adham yaacub" <puncakkelah@yahoo.com> Date: Thursday, January 5, 2012, 10:35 AM
MAHASISWA UPSI NI PON SATU JUGA... ORG SUH PI BELAJAR, BUKAN PI SUH BUAT DEMONTRASI SEMATA2 KERANA NAK MEMBELA ANWAR.. DAH LAA KERAJAAN DOK BAGI BANTUAN UNTUK BELAJAR...SKRG TERIMA LAH FAEDAHNYA.. BUAT CARA BAIK TAK BOLEH KE? SAPE YANG SUSAH? DIA DAN KELUARGA DIA JUGA YANG SUSAH!!!
--- On Wed, 4/1/12, <> wrote: From: <> Subject: RG2011... Fw: Polis Mengaku Pukul Mahasiswa Di UPSI To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com> Date: Wednesday, 4 January, 2012, 0:31
----- Original Message ----- Posted by greenboc Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan. Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)."Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan," menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider.
"Ini isu lama, masyarakat selalu cuba menjadikannya isu, sama seperti perhimpunan Bersih 9 Julai lalu," katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang bersih.
Awal pagi tadi, aktivis mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik mendakwa telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan bersurai daripada pihak berkuasa.
Lanjutan daripada insiden berkenaan, seorang pelajar terbabit Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dilaporkan berada di wad di Hospital Slim River ekoran tidak sedarkan diri. Safwan dipercayai patah beberapa batang gigi dan patah tulang ketika insiden berkenaan.
Dikatakan 17 daripada mereka telah ditahan sekitar jam 2 pagi tadi, mahasiswa terbabit masih lagi berada dalam tahanan polis di Balai Polis Tanjung Malim.
Berita keganasan anggota polis dalam insiden awal pagi tadi itu mula mendapat liputan meluas di media sosial termasuk Twitter dan Facebook yang mengecam tindakan anggota polis menggunakan keganasan terhadap mahasiswa berkenaan.
Bagaimanapun, pegawai polis berkenaan menafikan dakwaan peguam tidak dibenarkan berhubung dengan mahasiswa yang ditahan oleh anggotanya.
"Peguam tidak pernah dihalang daripada berjumpa pelajar terbabit, N. Surendran sekarang ada bersama pelajar yang ditahan," katanya merujuk kepada peguam yang juga Naib Presiden PKR itu.
Fazli walaubagaimanapun tidak pasti tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap mahasiswa terbabit.
"Biar pihak atasan yang tentukan selepas keterangan mereka diambil." -TMI
Insiden UPSI: Kesemua mahasiswa dibebaskan
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.
17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.
Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).
Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.
Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River. -HD Demo Upsi: Peguam timbang tindakan undang-undang
SHAH ALAM - Peguam mewakili mahasiswa yang mendakwa berhadapan dengan kekerasan polis ketika mengadakan perhimpunan di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang.
"Saya akan ambil tindakan undang-undang, kita tak tahu, saya pun tengah ikuti perkembangan mahasiswa, ada yang ditahan, ada yang di hospital," kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty.
Ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini, Fadiah Nadwa berkata seramai 17 mahasiswa, kesemuanya lelaki, telah dibebaskan pukul 5 pagi tadi. Mereka ditahan polis sekitar 2.30 pagi.
Laporan terdahulu menyebut perhimpunan sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi bertukar menjadi kekecohan.
Difahamkan lebih 100 pelajar menyertai perhimpunan telah ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan. Antara yang ditahan ialah Adam Adli, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini,
Fadiah berkata, pihaknya amat kesal jika kekecohan yang berlaku awal pagi ini dicetuskan oleh pihak tertentu. Bagaimanapun menurut beliau, semuanya akan diputuskan setelah pihaknya berbincang serta mendengar serta mendapatkan laporan sepenuhnya dari semua mangsa yang terlibat dalam demostrasi tersebut bagi memberi gambaran sejelasnya berhubung kejadian berkenaaan.
"Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak malah, akan mendengar cerita mahasiswa yang terlibat dalam insiden tersebut sehingga menyebabkan tercetusnya kekecohan tersebut.
"Setelah berbincang dan laporan lengkap diterima. pihak saya tidak teragak-agak mengambil tindakan kerana insiden ini telah menlibatkan imej mahasiswa yang memeperjuangkan hak mereka," kata beliau.
Menurutnya, pihaknya juga kini sedang mengikuti perkembangan mahasiswa yang dilaporkan telah ditahan dan juga telah memyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang mengalami kecederaan serius dan kini sedang dirawat.
Fadiah Nadwa menambah, pihaknya akan mengumumkan tindakan susulan mereka dalam masa yang terdekat.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR N. Surendran pula berkata, pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang dipercayai menggunakan kekerasan dengan menumbuk dan menendang mahasiswa ketika hendak meleraikan perhimpunan di pekarangan Upsi.
Menurutnya, tindakan anggota polis tersebut telah menyalahi undang-undang kerana mahasiswa terbabit dikatakan hanya mahu menghantar memorandum kepada pihak Upsi dan oleh itu, pihak polis tidak sepatutnya bertindak ganas.
"Di pihak saya, pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota polis yang melakukan kekerasan ke atas mahasiswa seperti yang dilaporkan, Safwan Anang telah ditendang dengan menggunakan lutut, mengenai rusuk mahasiswa tersebut yang kini terlantar di hospital," katanya ketika dihubungi.
Surendran yang juga seorang peguam berkata, Safwan sedang berbincang dengan pihaknya bagi mengambil tindakan undang-undang.
Sehubungan itu kata beliau, kesemua mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan tersebut akan membuat laporan polis. -SH ADAM ADLI bersama rakan Mahasiswa serta Jingga 13 dibebaskan Saifudin selaku setiausaha Jingga 13 terus berucap selepas dibebaskan... foto-foto ehsan blog sharpshooter Laporan sebelum ini klik untuk baca
comments: Posted by greenboc Juanda: 'Polis patut bertindak dengan bijaksana bukan kemarahan'
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kepada kecederaan orang awam.
Menurut Juanda, insiden tindakan kasar polis semasa menghuraikan demonstrasi aman mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi amat membingungkan.
Beliau berkata sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk.
Tambah Juanda, sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah lain seperti kecederaan.
"Pembantaian mahasiswa di UPSI amat membingungkan. Kenapa sampai perlu menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama? Apakah pintu musyawarah (berunding) sudah tertutup?
"Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan. Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya dalam tulisannya di laman Facebook.
Awal pagi tadi beberapa mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI telah ditahan polis kerana ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.
Kumpulan mahasiswa itu mendakwa polis telah bertindak kasar dengan "memukul, menendang dan menumbuk" mereka, yang menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.
Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.
Pemimpin PKR dan DAP mengkritik tindakan kasar polis terhadap kumpulan mahasiswa itu.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan anggotanya bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan menegaskan "tiada pergelutan" yang berlaku semasa tangkapan dibuat.
Tambah Juanda, pihak polis sepatutnya bertindak secara bijaksana dalam menghuraikan demonstrasi itu.
"Sewaktu api fitnah sedang mara menjulang, pihak berkuasa sewajarnya mencari sesuatu yang sudah semakin hilang pada hari ini, iaitu kebijaksanaan.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian," katanya. -TMI
Dr Asri: Dua formula selesai isu demo Upsi
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya bagi menyiasat kontroversi terbaru membabitkan perhimpunan menuntut kebebasan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) semalam yang bertukar ganas, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Selain itu, pemerhati politik dari Universiti Sains Malaysia ini juga menyarankan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang sebelum ini menjadi fokus isu-isu generasi muda dan penuntut universiti, agar mengadakan satu pertemuan antara polis dan mahasisawa yang terbabit dalam perhimpunan bagi mencari jalan penyelesaian.
Asri berkata, beliau telah memberi pendapat itu kepada Saifuddin semalam, beberapa jam selepas insiden di pintu masuk utama Upsi pada awal pagi tahun baru 2012.
"Saya juga telah beri pendapat tadi (semalam) kepada Datuk Saifuddin agar berjumpa dengan ketua operasi polis dan pihak pelajar secara tertutup.
"Siasat. Bawa peguam yang baik untuk bersoal jawab. Mungkin hakikat sebenar dapat ditemui," kata bekas Mufti Perlis ini dalam satu kenyataannya awal pagi ini.
Laporan media menyebut beberapa pelajar pusat pengajian tinggi tercedera manakala 17 orang ditahan polis. Bagaimanapun kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan petang semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Shukri berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan adalah tidak benar dan merupakan fitnah.
Bagaimanapun tindakan polis dikritik beberapa pihak.
Peguam-peguam yang mewakili mahasiswa terbabit bercadang mengadakan tindakan undang-undang.
Asri yang kini merupakan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford berkata, bukan semestinya pihak berkuasa bersetuju dengan tuntutan kumpulan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan, tetapi mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.
"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.
"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia.
Suruhanjaya siasatan perlu dibuat. Saya di UK, diberikan pelbagai maklumat dari pelbagai pihak. Ada yang sokong, ada yang marah," katanya yang turut mengulas isu ini menerusi Twitter semalam.
Tambah beliau, "saya juga menjemput sekali lagi anggota polis di mana sahaja, membaca surat terbuka saya kepada polis yang saya tulis beberapa bulan lepas."
"Mungkin ada yang boleh diambil manfaat. Saya sedar polis juga ada tanggungjawab mereka, tapi kena cermat dan teliti," katanya lagi.
Surat itu disiarkan oleh beberapa portal pertengahan tahun lalu ketika isu perhimpunan Bersih 2.0 hangat diperkatakan.
Sambil berkata beliau terkejut melihat beberapa mahasiswa yang menyertai demonstrasi tercedera, Asri berkata, jika terbukti pihak polis yang memukul mereka, ia sesuatu yang malang bagi negara.
"Apa pun kena siasat siapa yang salah," kata beliau sambil menambah, "saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberi ruang bersuara dengan syarat aman daripada (kejadian) rusuhan."
"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya lagi. -SH
comments: Gelombang bencikan keganasan Polis kini kembali sejurus insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 17 mahasiswa ditahan. Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
Kemungkinan Ketua Polis Negara atau Timbalannya akan keluar lagi di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut rakyat membenci Polis. Secara peribadi, bagi saya anggota Polis tidak sepatutnya dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas.
Namun demikian, pihak berwajib perlu mengeluarkan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar mahukan pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Cuma persoalannya, setelah semua ini berlaku, adakah adil melarang rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis.?
Saya mengucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertindak seperti binatang ganas, anda telah berjaya melakonkan watak sebenar kezaliman regim Umno/BN kepada rakyat khususnya golongan muda. Rakyat dan anak muda perlu sedar, signal kejatuhan Umno/BN kini sudah tiba, dan suisnya sudah mula di petik. Insiden yang berlaku pada himpunan Bersih yang lalu belum hilang di ingatan rakyat, kini berulang kembali skrip yang lama. Tahniah sekali lagi, anda juga berjaya menambah rasa mual, dan rasa jijik rakyat kepada Umno/BN.
Perlu ingat, zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya.
Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa. Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno.
"Jangan membenci Polis, kerana mereka aset dalam membantu menjatuhkan Regim Umno/BN."
Mohd Yusof Hadhari Mantan Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)
http://seutastasbih.blogspot.com/2012/01/polis-aset-jatuhkan-regim-bnumno.html
|
|
No comments:
Post a Comment