Tuesday, January 24, 2012

Re: RG2011... SBPA DITANGGUHKAN.. cayalah CUEPECS

 

Saya tidak setuju kalau   golongan kakitangan bawahan dikatakan begini..itulah  dulu tk nk belajar rajin2. Kita kena muhasabah itu semua perancangan Allah . Bukankh kita dijadikan untk tolong menolong dan rezeki lebih yg Allah beri MELALUI kita untuk diagih pd yang kurang bukan makan sorang.Laksanakanlah dengan adil kerana semuanya milik Allah. Jgn takut kalau yg bawah dpt lebih dr yg diorg terima sblumnya.
Yakinlah dgn janji Allah ..Kamu beri 1, AKU beri 10 malah lebih....

From: Batapihanand <hamiza_ahl@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, January 21, 2012 12:19 AM
Subject: Re: RG2011... SBPA DITANGGUHKAN.. cayalah CUEPECS
 
Like Like Like

--- On Thu, 1/19/12, amy ayuni <sweet_5383@yahoo.com> wrote:

From: amy ayuni <sweet_5383@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... SBPA DITANGGUHKAN.. cayalah CUEPECS
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, January 19, 2012, 6:28 AM

 

 like your statement " diorang nilah penggerak kerja kepada yang atas. Sekurang2nya biarlah diorang rasa dihargai"
"Jangan Mencari Yang Sempurna..Andai Diri Tidak Sempurna Di Mata Orang Lain..Redhalah Dengan Apa Yang Kita Ada..Belum Tentu Yang Baru Dapat Memenuhi Citarasa Kita..Belajarlah Menyukai Apa Yang Kita Dapat.."





From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, January 19, 2012 9:03 AM
Subject: Re: RG2011... SBPA DITANGGUHKAN.. cayalah CUEPECS
 

 
Tempat kitorang memang dah dapat gaji baru dah 16hb hari tu, memang ada yang dapat kenaikan cuma 10 ringgit je..gaji orang baru dengan lama sama. Tapi setahu aku paling banyak orang naik dari gred 54 ke bawah adalah sebanyak rm200. Tapi Belah jusa yang memang gaji dah banyak naik rm3000-rm5000. Nampak tak betapa jauh bezanya tu? Itu je orang tak puas hati. Aku tak heran pun exit policy sebab aku yang tukang bagi markah hehehehe..
Jadi memang patut la Cuepecs pertikaikan. Yang gi tuduh dia ada apa2 dengan Najib tu kenapa?. Nak bukti, aku boleh scankan orang bawah aku punya salinan borang. Dah la memang gaji dia sikit, naik pun sikit.
Yang ko ni tak sabar2 nak gaji baru ni kenapa?. Aku rasa elok la Cuepecs tu tangguh lama2 sikit. Buat kajian sikit. Biar terbela sikit staf bawah aku ni. Dok mengadu gaji dia naik 10ringgit je..kesian pulak aku tengok. Elok yang bawah2 ni naik banyak sikit daripada yang atas. Nak naik pun agak2 la..Memang la salah diorang tak belajar betul2, tapi diorang nilah penggerak kerja kepada yang atas. Sekurang2nya biarlah diorang rasa dihargai.
Betul tu, pandang n dengarlah disekeliling. jangan suka buat spekulasi sendiri. Campur orang sikit.

From: Anita Atan <nita_atan@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 17 January 2012 1:53 AM
Subject: Re: RG2011... SBPA DITANGGUHKAN.. cayalah CUEPECS
 
16hb,kakitangan awam masih dapat gaji lama....31hb baru dapat bayaran gaji yang selebihnya(ikut gaji SBPA)...kalau kenaikan dalam RM70...itu sahajalah yang kita akan dapat masa 31hb nanti.....RM70
 
apa pangkat awak...??memang ada antara rakan2 saya yang hanya menikmati kenaikan 0.55 sahaja...nampak macam tak masuk akal...tapi itulah realiti.....pandang dan dengarlah dari masyarakat sekeliling...jangan suka membuat spekulasi sendiri....
 
orang baru dapat gaji lebih banyak atau sama dengan orang lama.....takde beza langsung....
 
From: yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 13 January 2012 12:32 PM
Subject: RG2011... SBPA DITANGGUHKAN.. cayalah CUEPECS
 
Tegasnya, Cuepacs sudah dapat menjangkakan rasa tidak puas hati kakitangan awam akan berlaku apabila melihat ketidakseragaman perubahan gaji antara kumpulan gred 27 dan ke atas, yang mengalami kenaikan ketara antara 20 hingga 40 peratus berbanding gred-gred rendah
 
wakil cuepacs pernah datang ke kota bharu dalam isu SBPA ni. katanya pihak atasan dapat kenaikan hingga 100%. tapi dalilnya. disini hanya disebut 20-40% saja.
 
siapa sebenarnya yang mengelirukan??
 
gred bawahan mana yang hanya naik 4%?? sudah semak pekeliling??
 
semalam najib umum yang SBPA diteruskan tanpa penangguhan.
 
kita tengok.  apa masalah sebenarnya.
 
gaji baru yang sepatunya akan diterima pada 16hb ni telah ditangguh. jadi. itulah perjuangan cuepacs.
 
kalau nak orang bawahan dapat merasa kenaikkan gaji baru. kenapa disekat. atau cuepacs ada apa2 dengan najib. ala saja nak lewatkan sebab kerajaan takde duit. main wayang la sikit.
 
apapun banyang yang aku tanya pada ejen2 cuepacs. tak de jawapan. yang mereka tahu. kalau persoalkan, jawapan yang sepatutnya adalah maki hamun. bukan fakta.
 
lama gak aku duk tunggu bukti2 mereka yang naik gaji rm15 ke 25 ari tu. tapi takde jawapan.
 
aku teringat kes Anwar. duk gegar dalam Tv yang anwar peliwat dan tak leh jadi pemimpin. tapi hakikatnya, mahkamah jelaskan sebenarnya yang berlaku. takde bukti.
jadi cuepacs duk gegar2. tapi bila ditanya, tak leh nak jawab.
 
paham2 je la.
--- 12/1/13 (금)에 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
제목: RG2011... SBPA DITANGGUHKAN.. cayalah CUEPECS
받는 사람: "matrocke1@gmail.com" <matrocke1@gmail.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "IG" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>
날짜: 2012년 1월 13일 (금요일) 오전 12:44

 
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan, pihaknya tidak patut dipersalahkan atas keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan secara rasmi semalam.

Keputusan penangguhan dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat mingguannya kelmarin. Lewat petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan SBPA akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

Mengulas isu ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, dari awal lagi pihaknya tidak terlibat dalam perancangan dan perbincangan mengenai SPBA. Malah katanya, Cuepacs telah cuba membantah pelaksanaan SBPA kerana sudah menyedari implikasinya, seperti yang disaksikan sekarang.

Tegasnya, Cuepacs sudah dapat menjangkakan rasa tidak puas hati kakitangan awam akan berlaku apabila melihat ketidakseragaman perubahan gaji antara kumpulan gred 27 dan ke atas, yang mengalami kenaikan ketara antara 20 hingga 40 peratus berbanding gred-gred rendah.

Ketika mengumumkan pelaksanaan SBPA dalam ucapan Bajet 2012, Perdana Menteri berkata SBPA, yang memperkenalkan sistem gaji satu lapis, akan membawa kenaikan antara tujuh hingga 13 peratus.

"Apabila lihat skim SPBA ini, kita dapati, kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas, terdapat peratusan naik sampai 50 peratus, terlalu tinggi sedangkan kumpulan gred bawahan hanya empat peratus.

"Macam langit dan bumi. Ini memang mengundang perasan marah.


"Cuepacs tidak mahulah nanti ada yang dapat kenaikan hanya RM40 tapi gred atas sampai RM40,000... perkara ini perlu disemak semula kerana sepatutnya skim ini menceriakan penjawat awam dengan adil dan sama rata," katanya.

"Dalam taklimat kita, gred yang asal, dapat satu kenaikan, akan pindah ke gred yang baru dan akan dapat satu kenaikan lagi. Jadi apabila dicampurkan kedua-dua, inilah kenaikan yang akan diterima.

"Tapi apabila sampai ke (peringkat) jabatan, pelaksanaan itu tidak ada, hanya berlaku kenaikan satu baris di mana apabila ke gred baru gaji, kalau kata RM15, RM15 lah dapat. Ini yang mereka kata tiada kenaikan sedangkan kumpulan di atas dapat kenaikan RM1,500 hingga RM5,000. Maka berlakulah kemarahan (di kalangan kakitangan awam peringkat bawahan)," katanya lagi.

Omar berkata Cuepacs tidak menolak penangguhan SBPA, tetapi menerimanya protes.

"Jika diwujudkan jawatankuasa lain, kami mahu juga bersama dalam perbincangan itu supaya kami harap isu yang tidak puas hati dan berbangkit ini nak dibawa dalam jawatankuasa itu untuk satu penambahbaikan yang komprehensif berlaku adil dan saksama untu penjawat awam," katanya.

Katanya, Cuepacs akan menekankan beberapa perkara dalam penambahbaikan SBPA dan antaranya penekanan penstrukturan skim baru itu perlu dibuat keseluruhan di mana gred yang tidak terlibat serta badan-badan beruniform juga perlu dikaji semula.

"Gelaran untuk jawatan yang ditukar juga perlu disemak semula mengikut kesesuaian kerana terdapat aduan penjawat awam tidak setuju penukaran jawatan baru.

"Formula kenaikan gaji perlu yang baru supaya pindaan yang akan berlaku yang terbaik, barulah semua pihak berpuas hati.

"Kemudian, senioriti juga perlu diambil kira, kedudukan lama paling maksimum dalam jawatan juga akan diubah dan begitu juga yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih tidak dianjak," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah JPA telah memanggil Cuepacs untuk bermesyuarat mengenai hal ini, beliau berkata, pihaknya sudah bersedia dan hanya tunggu dipanggil.

"Perkara ini masih baru dan mekanisme akan ditentukan oleh JPA dan kami akan berbincang, diaharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin, redakan keadaan semua peringkat penjawat awam," katanya.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment