Thursday, January 26, 2012

RG2011... Filesonic Menghentikan Fungsi Perkongsian

bukan setakat filesonic atau fileserve je, boleh dikatakan semua link file sharing dh stop sahre link movie.. aisey.. x best la cam ni..
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


 
Selepas FileSonic mematikan fungsi perkongsian pada laman mereka, kini FileServe turut melakukan perkara yang sama, dimana beberapa pengguna telah pun mula diperlihatkan dengan mesej mengatakan yang mana FileServe hanya memfokuskan kepada perkongsian dan storan peribadi sahaja.






Sejak daripada awal hari ini, beberapa perubahan mula kelihatan, dimana FileServe turut diperkatakan memadam fail-fail yang disimpan oleh pengguna, selain turut memadam akaun-akaun pengguna. Dan kini, dengan memperlihatkan mesej ini, mungkin kini ramai sudah sedia maklum dengan pendirian pihak FileServe sendiri.


Minggu ini merupakan salah satu minggu yang amat menyedihkan para pengguna laman storan atas talian, dimana laman MegaUpload telah pun dipadam terus dari internet, selain FileSonic menghentikan fungsi perkongsian mereka, dan kini diikuti oleh FileServe.


Sebelum ini, pada tahun lepas, pihak SKMM sendiri telah menghalang akses kepada laman-laman perkongsian, termasuk MegaUpload dan juga FileServe.
 

Filesonic Menghentikan Fungsi Perkongsian

 

by Matz
Nampaknya, dunia perkongsian fail akan berubah dalam minggu-minggu akan datang. Selepas MegaUpload dikenakan tindakan dan ditutup serta-merta, kini Filesonic mengambil langkah berjaga-jaga dimana telah mengubah konsep laman mereka, daripada laman perkongsian fail, kepada laman storan fail peribadi sahaja.





Melalui laman utama FileSonic, mereka hanya memaparkan mesej, mengatakan kesemua fungsi perkongsian telah dimatikan, dan perkhidmatan mereka hanya boleh digunakan untuk memuat-naik dan mendapatkan fail-fail yang dimuat-naik oleh seseorang pengguna sahaja.


Ini sekaligus menjadikannya sebagai laman storan berasaskan awan, membolehkan anda membuat salinan fail untuk diakses melalui sebarang komputer, seperti Dropbox dan Box.net.
Mungkinkah kita akan melihat lebih banyak perkhidmatan mengikut jejak seperti FileSonic selepas ini?
 
   

No comments:

Post a Comment