Thursday, January 26, 2012

RG2011... Fw: Isytihar Harta: Beranikah ?

 

----- Original Message -----

Isytihar Harta: Beranikah Najib & Menteri UMNO Ikut Sikap Nik Aziz?

 
Nik Aziz: Saya tiada masalah isytihar harta

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan meminta berbuat demikian.

Mursyidul Am Pas itu berkata, isu pengisytiharan harta sudah lama dibangkitkan, namun ia tidak pernah menjadi kenyataan sebaliknya rasuah terus berlaku.

"Berapa puluh tahun dah saya dengan isu ini, tapi rasuah terus berlaku, kalau wajib isytihar, saya isytihar tapi yang utamanya ialah kita yang menumpang di bumi ALLAH SWT ini, mesti bertakwa kepadanya.

"Takwa adalah kunci untuk manusia bergerak mengikut kehendak ALLAH, kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka terlibatlah dengan rasuah.

"Tapi saya tak ada harta, isytihar apa yang ada sajalah, ada tanah sekeping dua peninggalan orang tua dulu," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penghulu Negeri Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (Agenda), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak Nik Aziz dan keluarganya, supaya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Minggu lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exconya dilaporkan mengisytiharkan harta bagi menunjukkan ketelusan dalam pentadbirannya.

Sementara itu, Presiden Ransparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low juga dilaporkan berkata, selain hakim, semua kakitangan awam sama ada kerajaan, pembangkang atau bebas perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

Nik Aziz berkata, sekiranya pengisytiharan harta wajib berlandaskan undang-undang, beliau juga akan meminta semua Exco Kerajaan Negeri berbuat demikian.

Nik Aziz sedia isytihar harta, Najib bagaimana

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta sekiranya undang-undang menetapkan demikian.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan pemimpin PAS sebagaimana juga yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exconya yang telah mengisytiharkan harta mereka.

Katanya, kesediaan mengisytiharkan harta menunjukkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan diri mereka sendiri.

"Malah pemimpin PAS sanggup 'membahayakan' dirinya sendiri dengan menafikan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang mengelak untuk mengisytiharkan harta mereka kerana takutkan 'bahaya' yang menimpa mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, DPPM berpendapat, rakyat berhak mengetahui aset pemimpin mereka supaya mereka mengerti bahawa pemimpin yang diangkat benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat, bukan diri mereka sendiri.

Menurutnya, mengisytiharkan harta boleh mengelakkan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah dari kalangan pemimpin negara.

"Tidak timbul isu pemimpin 'bershopping' secara bermewah dan melampau dalam berbelanja. Juga tidak akan berlaku pemimpin korup yang mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kuasa yang mereka miliki," ujarnya.

Malahan, ujarnya DPPM serta seluruh rakyat khususnya penduduk negeri Kelantan boleh berbangga dengan cara hidup berserdehana Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, meskipun telah memerintah negeri Kelantan lebih dari 20 tahun, namun gaya hidup pemimpin itu tidak menggambarkan beliau seorang yang rakus dalam membaham harta rakyat.

"Beliau masih duduk di rumah sendiri, makan di kedai-kedai seperti insan yang lain, solat berjemaah di masjid-masjid tanpa kawalan ketat pengawal peribadinya, rumahnya yang mudah dikunjungi tanpa protokol, mengelak mengambil pelbagai elaun yang diberikan, berkunjung ke pasar-pasar tanpa kekok," katanya lagi.

Tambahan lagi, ujarnya Tuan Guru dan keluarganya tidak pernah dilaporkan berbelanja mewah di luar negara, tidur di hotel-hotel ternama yang mahal, serta menaiki jet peribadi atau kenderaan import yang berharga jutaan ringgit.

Jelasnya, lebih membanggakan apabila pemimpin kerajaan beliau selama ini tidak pernah dipalitkan dengan apa juga kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"DPPM dengan ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh pemimpin kabinet untuk bersedia mengisytiharkan harta mereka kepada awam sekiranya benar mereka adalah pemimpin rakyat dan bersih dari sebarang penyelewengan.

"Tidak apa yang perlu dirisaukan sekiranya mereka tidak bersalah bahkan tindakan ini adalah suatu kebanggaan kepada seluruh rakyat di negara ini," katanya.
-HD


Ulasan GB

GB ingin memetik tulisa Sdra Aspan Alias berhubung dengan hal periytiharan harta ini. Katanya:

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat 'public scrutiny' seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu,
paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.
 

comments:

 

Anonymous said...

inilah kepimpinan melalui teladan thniah tgna.pihak B arua N gara dn Um
NO takkan BERANI kerana HARTA negara ni pd mak bapaknya punya.lihatlah cth
s/u agong boleh duduk rumah 4 tgkt,dn
khir toyo,taib mahmud mahathir najib.
prgkt bwh ketua bhgian atau cwgn pun kaya krn mudah dpt projek malah lebih
kuasa dr wakil rakyat krna dipanggil
utk rasmikn sesuatu majlis spt pibg,bantuan banjir brim dn sbgnya.tu
belum yg dpt RASUAH DAN KOMISEN.

 

Isytihar Harta Menteri: Pendirian Nazri Timbulkan Tandatanya

 
Isytihar harta: Apa 'bahaya' disembunyikan Nazri? – Srikandi

KUALA LUMPUR 20 Jan: Srikandi KEADILAN mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet wajib diisytihar kepada umum.

Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu 'mengundang bahaya'.

"Apakah ia akan memperlihatkan jumlah sebenar kekayaan menteri Umno yang tidak sebanding dengan kesusahan Rakyat di bawah?

"Apakah Nazri Aziz bimbang seandainya aset milik mereka dipersoal oleh rakyat, pemimpin Umno tidak lagi boleh memperolehi kekayaan yang banyak?," soal Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail.

Menurutnya lagi, sekiranya Nazri Aziz merasakan beliau telus dalam pentadbiran, mendahulukan rakyat dan berkhidmat dengan "jujur", maka tiada istilah "bahaya" yang harus dibangkitkan.

"Rakyat harus tahu sikap dan sifat pemimpin mereka, maka saya pasti rakyat akan menanti semua Menteri-Menteri kabinet mengistiharkan harta mereka dengan kadar segera.

"Kita menanti dan sekiranya mereka "gagal" maka jelaslah, ada sesuatu "bahaya" yang sedang disembunyikan," kata Aishah.

Menurutnya lagi, keputusan tidak timbul kerana kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan berani mengistiharkan aset milik exco kerajaan negeri itu termasuk Ketua Menteri sendiri.

"Ini dilakukan atas dasar ketelusan dan kejujuran kerajaan pakatan rakyat yang yakin bahawa tiada apa yang harus disembunyikan dan "bahaya" untuk diketahui oleh umum," ujarnya.
-KD

Tak payah isytihar harta, hanya isytihar kepada PM sahaja: Nazri

Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu. Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram. Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.

Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan P Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat 'public scrutiny' seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan UMNO, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.

Maka stigma UMNO itu adalah kumpulan perasuah semakin diyakini oleh orang ramai dan sebaliknya keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu bertambah utuh dan kuat. Di sini kita boleh lihat yang UMNO tidak berdaya untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sahsiah dan kejujuran mereka.

Hanya satu suara dari Kabinet Negara yang menyambut pengisytiharan harta ini dengan baik, iaitu Ismail Sabri Yaacob. Secara peribadi saya juga pernah mendengar yang menteri ini tidak pandai mencari duit luar dari jawatannya. Jika Ismail mahu bersama untuk membersihkan negara dari rasuah yang keterlaluan ini, saya berharap Ismail bersama PR kali ini.

Tetapi Nazri bolehlah mengisytiharkan harta beliau kepada Perdana Menteri. Kita tahu jika itu dilakukan oleh Nazri, maka Perdana Menteri hanya akan dapat membandingkan harta yang Nazri kumpulkan dengan harta yang PM sendiri kumpulkan.

Selepas itu elok Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada Nazri pula. Nanti Nazri dan Najib sama-sama tahu jumlah harta yang mereka masing-masing kumpulkan. -aspanalias


comments:

 

Amuraria said...

PENYAMUN ALI BABA PUN ISTIHAR HARTA TAPI PENYAMUN PARTI PANDI KUTTY TAKUT ! HAHAHA MESTI ADA PASAI LAA !

Anonymous said...

Aku keja tetap masuk 20 thn lebih, kerani aje, aku hidup sederhana tiap2 bulan aku buat potongan THaji RM100.00, kalu 20thn bayangkan berapa tu, banyak juga kan?
Klu minta istihar harta pada umum pun lum pasti aku setuju, sbb nanti sedara2, kenalan aku akan kata, wau! banyaknya duit. Malu juga, sbb aku jenis tak suka tayang2.
Tu blum lagi penyangak, perompak, org jahat..

Sedangkan aku tak merokok, pakai keta murah aje, belanja berhemah, dlm pada tu aku tak lupa zakat, sedekah, bantu ibu bapa, adik beradik, sedara2 & pihak2 yg memerlukan.
Aku tunggu panggilan pi haji & nak beli rumah cash (takut riba) harga sederhana. Sekarang ni menyewa, alhamdulillah tempat aku sewa agak ok.

Kadang2 aku tukang azan & sesekali imam kat surau aku. Kadang2 tu aku ajar ngaji sapa2 yg perbaiki bacaannya.

Aku ulang, klu tanya aku persenolly aku tak setuju harta aku diketahui umum, cukup le bos & pegawai tempat aku keja. Klu SPRM nak siasat, silakan.
Tapi klu aku wakil rakyat, menteri pun, tak tau le apa reaksi aku.

1 Malaysia said...

Depa memang takut. Depa memang dalam bahaya kalau isytihar harta depa. sebab bila depa isytihar, rakyat akan menilai dan membuat analisis cara depa mendapat harta tersebut. Kan kes lembu dah menjadi contoh.
Semua pegawai kerajaan kena isytihar setiap dua tahun untuk memastikan integriti pegawai tersebut dan juga untuk proses kenaikan pangkat. Depa tak komplen pun.
Sekali lagi, memang menteri BN akan berada dalam "bahaya", bahaya bukan dari penjenayah tetapi dari sudut penilaian RAKYAT. Sindrom penafian seorang munafikun.

Unknown said...

sokong isytihar harta....kalau takut JANGAN JADI WAKIL RAKYAT.jd orang biasa.takde lh orang pertikai nanti....jadi wakil kena BERSIH.saring dulu wakil tu baru NEGARA BEBAS RASUAH...

kpasu guy said...

depa pon ikut tari menari yang diajak oleh PR ... hahahaha...
Ini bermakna orang yang dalam keadaan tersepit ...

 

Kedah sedia isytihar harta

ROSLINDA HASHIM
 

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah belum membincangkan isu sama ada wakil rakyat perlu mengisytiharkan aset dan harta milik mereka, namun bersedia berbuat demikian sekiranya diarahkan oleh pimpinan Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Ke­dah yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya tiada halangan untuk menyenaraikan harta milik setiap wakil rakyatnya, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Buat masa ini kita belum bin­cang mengenai perkara ini. Jika ianya menjadi arahan Pusat, kita akan lakukan," katanya.

Menurutnya, pengisytiharan harta oleh Kerajaan PR Pulau Pinang membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat dan telus, ter­masuk kepimpinan Ketua Men­terinya, Lim Guan Eng yang berani mendedahkan aset kesemua wakil rakyatnya kepada umum.

Hasil pengisytiharan itu, Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjadi Exco paling kaya iaitu memiliki tanah dan rumah di New Zealand bernilai RM1.39 juta, kereta Alphard bernilai RM169,000 dan beberapa unit saham.

Manakala Exco paling tidak berharta ialah Exco Agama, Perda­gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malek Kassim yang hanya mempunyai sebuah ke­reta Proton Tiara bernilai RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000 yang baru dibeli meng­gunakan pinjaman kerajaan negeri.

Sejurus itu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria turut membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

Baru-baru ini pula, Pengerusi Lem­baga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh mencadangkan kera­jaan mewajibkan semua anggota Kabinet dan ahli keluarga terdekat ter­masuk anak dan pasangan masing-masing menyerahkan salinan doku­men pengisytiharan harta kepada SPRM bagi meningkatkan integriti kerajaan.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment