Tuesday, January 10, 2012

RG2011... Fw: Sebab sebenar Fayyadh keluar hospital..

 

----- Original Message -----

Sebab sebenar Pengawal Peribadi DS Wan Azizah, Fayyadh keluar hospital..
 
selatanonline
Blog Anak Sg Derhaka

Kebanyakkan Media Cetak hari ini melaporkan Pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek sudah keluar dari Wad Hospital Seberang Jaya, kelmarin.

Ini kerana menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar. dan pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.

Tajuk yang sesuai dan tepat sebenarnya ialah 'Fayyadh sudah lari dari Hospital'.. ini kerana tak pernah lagi aku dengar seorang pesakit dibenarkan meninggalkan Hospital atau discharge dari wad pada pukul 2.00 pagi kecuali sudah sangat kritikal..

Ini laporan dari Sinar Harian


Fayyadh keluar wad, tiada kesan racun

GEORGETOWN - Pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek sudah keluar dari Hospital Seberang Jaya, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar.

Beliau berkata, atas permintaan sendiri pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.

"Jabatan Kimia juga sudah menjalankan analisis ke atas contoh darah dan air kencing mangsa.

"Keputusan mendapati ia bebas daripada sebarang jenis dadah dan racun," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, keputusan ujian terhadap sampel darah dan air kencing Fayyadh sudah diterimanya kelmarin.

Menurutnya, keputusan ujian itu adalah negatif, darah dan air kencingnya tidak ada kesan benda asing termasuk racun atau dadah.

Bagaimanapun, Ayub berkata siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kecederaan dialami mangsa.

Fayyadh cedera di tangan kiri dipercayai dicucuk ketika mengawal Wan Azizah naik ke pentas untuk memberi ucapan di Galeri Pejuang, Cherok To'kun, Bukit Mertajam dalam satu ceramah Ahad lalu.


Ini adalah sebab Fayyadh lari dari Hospital..


PKR dakwa pengawal Wan Azizah 'diganggu' polis

Polis didakwa mengganggu pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan bahawa lelaki itu mungkin diberi suntikan beracun pada satu ceramah di Pulau Pinang, minggu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, keluar tanpa arahan doktor dari Hospital Seberang Jaya dan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital lain untuk mengelakkan "gangguan" polis.

Walau bagaimanapun, Mansor, yang juga Ketua PKR Pulau Pinang tidak mendedahkan di mana Fayyadh Afiq sedang dirawat.

Apabila ditanya mengapa pengawal peribadi itu berpindah ke hospital lain, Mansor mendakwa bahawa "beliau diganggu oleh anggota polis".

"Pihak polis menyoal pelbagai soalan sedangkan beliau masih tidak sihat," kata Mansor, ketika ditemui pada ceramah di Seberang Jaya malam semalam.

Mengenai sama ada Fayyadh Afiq harus memberi kerjasama polis sepenuhnya, Mansor berkata bahawa tidak salah untuk mengambil kenyataan daripada beliau tetapi anggota polis perlu menunggu sehingga beliau benar-benar sihat untuk menjawab soalan.

Sabtu lalu, pengawal peribadi itu mendakwa bahawa tangan kirinya cedera selepas ditikam dengan objek tajam ketika beliau mengiringi Wan Azizah majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang
- Malaysiakini


Diganggu seperti apa yang diceritakan oleh Fayyadh ialah, anggota polis datang menemuinya ketika lewat malam mengarahkannya berdiri, menggerakkan tangan yang telah disuntik atau ditusuk yang masih lemah, mengambil sample darahnya tanpa kebenaran waris dan yang paling menarik ketika mereka hadir mengunjungi Fayyadh seluruh jururawat dan lain-lain petugas di hospital diarah keluar dari Wad 5 itu..

Tentang laporan Jabatan Kimia yang menjalankan analisis ke atas contoh darah dan air kencing mangsa.. kenapa pula ianya dipegang oleh Pengarah Kesihatan dan tidak ditunjukkan langsung kepada keluarganya??

 
Posted by aya
 
 
 

Polis kacau bodyguard Presiden PKR??

Kesian..!!! Tu jer yang wa boleh kata kat bodyguard Presiden PKR, Datin Seri Kak Wan Azizah. Dulu masa BERSIH 2.0, cedera kena kelongsong tear gas sebab cover Datuk Seri Anwar Ibrahim, la ni kena pulak 'suntikan beracun' yang ditujukan kepada Presiden PKR. Lepas ni tak tau apa pulak 'bala' yang sedang menanti dia.

Dia di masukkan ke hospital dan sepatutnya di biarkan dia berehat sehingga sembuh, lepas tu baru la ambik kenyataan dari dia bila keadaan dah stabil dan rasional untuk beri kenyataan. Bukan diganggu hingga terpaksa ambil tindakan menukar hospital semata-mata nak mengelakkan dari di ganggu oleh pihak polis.


Hari ni, menurut Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, bodyguard Kak Wan, Fayyadh Afiq Albakri Jaafar Sidek terpaksa tukar hospital kerana mengelak gangguan yang dibuat oleh pihak polis. Hospital mana Fayyadh Afiq menyambung rawatan masih dirahsiakan untuk mengelak tekanan yang dihadapi supaya dia cepat sembuh.


Bila dah sembuh nanti, polis pi ambik kenyataan banyak manapun takpa. Wa rasa dia ni akan beri kerjasama sepenuhnya sebab takdak apa yang nak disembunyikan. Yang wa risau, dia ni di paksa turunkan tandatangan untuk mengesahkan bahawa dia meracun diri sendiri, seperti yang terjadi kat Safwan Anang, aktivis mahasiswa masa demo depan UPSI malam tahun baru hari tu..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment