Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas
KUALA LUMPUR, 8 Jan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, menyuarakan kekecewaannya terhadap pemecatannya yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini kerana parti berkenaan membalas perjuangannya terhadap Islam dengan tindakan tersebut.
"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.
"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya petang tadi.
Hasan turut berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas bagi memberi penjelasan lanjut berhubung pemecatannya dalam masa terdekat.
Dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti berkenaan telah membuat keputusan sebulat suara memecat keahlian Hasan Ali sebagai anggota parti.Keputusan itu dibuat selepas Presiden PAS membuat perbincangan dan pertimbangan lanjut.
Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.
"Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti," kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.
Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.
Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya,
Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok adalah perbuatan sia-sia.
Abdul Hadi htelah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, sebagaiman pimpinan Pakatan Rakyat lain, dan menyatakan kenyataan Hasan itu sebagai penghinaan terhadap presiden parti dengan membelakangi keputusannya.TMI
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Hassan Ali sebagai ahli parti, kenalah akur dgn pandangan dan keputusan parti, walau sehebat mana ilmu, walau setinggi mana darjat, apabila keputusan parti kena taat.
Tetapi Hassan Ali bertindak membelakangkan keputusan dan nasihat parti, mengapa beliau tidak terfikir apakah parti tidak sedih dgn tingkah laku beliau itu?
Beliau ditatang bagai minyak yang penuh.Selepas menyertai Pas pada 1998,beliau dicalonkan bertanding di kerusi Dun Sungai Burung dan Parlimen Parit Buntar pada PRU 1999 dan menang keduanya.
Ramai pemimpin yang berjuang dlm parti puluhan tahun tapi tidak dapat keistimewaan seperti beliau.Apakah beliau tidak terfikir bagaimana sedih dan tergurisnya hati ahli Pas dengan kenyataan2 dan tindakan beliau yang dilihat membelakangi Pas.
Apa apa pun pemimpin datang dan pergi,namun Pas tetap teguh dengan sokongan ahli parti yang komited dengan perjuangan,walaupun kami hanya tukang pacak bendera Pas...

Pemimpin 'Kontroversi' Datuk Dr. Hassan Ali Akhirnya Di Pecat Daripada Parti PAS Hari Ini
PAS pecat Hasan Ali
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
comments:
HA terkejut dipecat
Sepatutnya beliau terkejut kerana buat salah.
Memandangkan beliau yakin benar apa yang keluar dari mulut dan tindakan adalah betul sebetul-betulnya maka orang lain semuanya salah maka terkejutlah beliau orang lain bersalah memecatnya.
Lepas ni akan ada sidang media besar-besaran yang akan didengar oleh 28 juta(termasuk yang masih bayi).Hebat bukan?
lepas kena pecat baru dia sedar nak mintak pandangan kwn kwn laa......pandangan ulama laa.....
masa nak pelingkup pas dgn prangai sumbang tu tak pulak mamat geli nie nak tanya kwn ke nak tanya ulamak ke??......sorang sorang saja tunjuk hebat....masa tu kat sapa pun hang tak heran.....
banyak cantik hang punya terkejuit....banyak lawa punya sedih.....
kah kah kah