Di Amerika, Anwar disambut Pengerusi CFR
Sejurus sampai di New York, pada 25 September 09, Anwar disambut olehRichard Haas, Pengerusi Council on Foreign Relation (CFR)
Siapa Richard Haass ? Richard Haass adalah berbangsa Yahudi yang mempunyai perkaitan darah dengan keluarga Rockeffeler, Amerika Syarikat. Semasa Presiden Bush (Republikan) memerintah Amerika Syarikat, Richard Haass adalah Pengarah Perancangan Dasar untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat (2001-2003)
Ketika Iraq diserang , Richard Haas bertugas Pengarah Perancangan Dasar Jabatan Negara dan Senior Fellow di CFR. Ketika itu, dia juga merupakan penasihat utama kepada Setiausaha Negara, Colin Powell, yang menentukan dasar-dasar luar Amerika Syarikat. Bermakna di tangan 'penasihat Collin Powell' lah serangan ke atas Iraq wajar atau tidak.
Iraq diserang pada 20 mac 2003. Bermakna atas nasihat Richard Haas lah faktor utama Iraq diserang. Pelaksana serangan ke atas Iraq dilakukan oleh Paul Wolfowitz (Yahudi) yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat(2001-2005).
Sebab itu, web wake-up-america.net, menyenaraikan nama Richard Haass dan Paul Wolfowitz sebagai dua daripada 42 Yahudi neocons Amerika yang bertanggungjawab membuat keputusan serangan ke atas Iraq. Klik di sini Perang Iraq yang berslogankan 'Operation Iraqi Freedom' (Operasi Kebebasan Rakyat Iraq) itu telah mengorbankan lebih 1.2 juta nyawa [kajian daripada independent polling agency pada September 2007] dan lebih 5 juta kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim [kajian kerajaan Iraq pada Disember 2007]. klik di sini Anwar Ibrahim ketika itu berada di penjara Sungai Buloh (1999-2004) turut memberi 'saham' menyokong serangan ke atas Iraq. Dia menulis satu rencana yang diterbitkan oleh Majalah Time (milik CFR) dan International Herald Tribune (milik CFR) pada 11 Oktober 2001 yang menuduh Mohamad Attadan Osama ben Laden sebagai pengganas yang mengebom WTC (World Trade Centre). Klik di sini Tuduhan Anwar ini merupakan tuduhan paling jahat ke atas dunia muslim, kerana sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat gagal memberi bukti siapakah pihak pengebom WTC yang membunuh beribu-ribu rakyat Amerika itu.
Dalam rencana itu juga Anwar menyuntik nilai kebencian rakyat Amerika Syarikat kepada Malaysia dengan mengatakan kerajaan Malaysia mengawal media untuk menyemarakkan sentimen kebencian dan meletakkan kesalahan kepada Amerika Syarikat.
Tulis Anwar, "One is therefore perturbed by the confusion among Muslims who responded to the attack with a misplaced diatribe against the United States. In Malaysia, the government-controlled media have been deployed to stir anti-American sentiments, while members of the political elite use a different language for international diplomacy" Klik di sini Sudah tentu tulisan Anwar ini mudah difahami mesejnya bahawa dia meletakkan dirinya sebagai penentang 'terorisme' (pengganas Islam). Dia menyalahkan Mohamad Atta dan Osama Bin Laden sebagai terorisme (walaupun tidak bukti yang mensabitkan kesalahannya) dan dia menyalahkan kerajaan Malaysia kerana bersimpati kepada dunia Islam, sedangkan Anwar adalah satu-satu individu yang bersimpati kepada Amerika Syarikat.
Semestinya tulisan Anwar yang membodek Amerika ini amat disukai oleh Yahudi neocons Amerika (seperti Paul Wolfowitz) yang sememangnya merancang menjadikan 'kemusnahan WTC' sebagai faktor pendesak serangan ke atas Iraq yang dianggap sarang kepada 'terorisme'.
Pertemuan Munich, 2004 – Anwar dilantik Diplomat Jemputan CFR, New York
Sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004 kerana berjaya dalam rayuan terakhir kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan, Anwar terus berangkat ke Munich, Jerman untuk menjalani rawatan sakit belakang. Sebelum ini, pada 8 Ogos 2000, Anwar telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Datuk Arifin Jaka. Klik di sini Antara tetamu penting yang melawat Anwar di Munich adalah Paul Wolfowitz, ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan ahli CFR.
Peter J. Boyer, wartawan The New York Yorker menulis satu rencana khusus bertajuk "The Believer – Paul Wolfowitz defends his war" [klik di sini] menceritakan kesibukan Wolfowitz di Amerika, tetapi tetap meluangkan masa untuk melawat rakan karibnya, Anwar Ibrahim, di Munich. "…Pada malam 5 Oktober 2004, sekumpulan pelajar-pelajar Poland, profesor-profesor, pegawai tentera, dan pegawai kerajaan penuh sesak kepada sebuah auditorium kecil di Warsaw University untuk mendengar Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Defense, memberi ceramah berkenaan perang di Iraq .."
Penulis sendiri mengakui, pada masa itu merupakan hari-hari yang memenatkan Paul Wolfowitz, kerana dia terpaksa melobi semua pihak termasuk di London untuk bersetuju dengan Amerika Syarikat berkaitan dengan peperangan ke atas Iraq. Dan dalam sama Wolfowitz terpaksa melobi kepada pihak Jerman untuk turut serta dalam peperangan itu.
Dalam perjalanan ke Jerman, penulis menggambarkan Paul Wolfowitz berhenti di Bandar Warsaw untuk melawat Memorial Umschlagplatz, satu memorial peringatan untuk ratusan ribu orang Yahudi Warsaw yang terkorban semasa pemerintahan Nazi, Jerman. Bapa Wolfowitz, Jacob Wolfowitz, dilahirkan di Warsaw, tetapi terselamat dari peristiwa 'holocaust' itu. Penulis menggambarkan, Wolfowitz benci kepada 'holocaust' sejak dari kecil lagi.
"…Dalam Perjalanan ke Poland, Wolfowitz membuat satu hentian di Munich, di mana beliau telah bertemu dengan dua lelaki yang telah membantu untuk membentuk pandangan Islamnya. Seorang daripadanya adalah Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berada di Jerman untuk rawatan perubatan…"
Penulis turut menggambarkan betapa akrabnya hubungan Wolfowitz dan Anwar Ibrahim yang telah dikenali sejak dari zaman pelajar lagi. Penulis menukilkan Anwar sebagai;
"…Bagi Wolfowitz dan pihak Barat lain, Anwar adalah jelmaan 'Islam Moderat', toleran, dan bercita-cita menggerakkan negaranya ke arah dunia moden…"
"…Selepas sahaja serangan WTC, 11 September, Anwar Ibrahim, yang ketika itu masih dalam penjara Malaysia, menulis satu rencana mengutuk dengan lantang serangan-serangan (teroris Islam) sebagai satu kebencian dan meratap kegagalan dunia Islam untuk memberi perhatian terhadap "penderitaan yang menyusahkan rakyat Islam di Iraq yang dilakukan oleh diktatornya (Saddam Hussein)…" Klik di sini Gus Dur (Abdurrahman Wahid)yang turut serta dalam pertemuan bersejarah Anwar-Wolfowitz itu turut menulis di laman webnya, www.gusdur.net, tentang intipati pertemuan itu.
"…Karena itulah, penulis (Gus Dur) beranggapan pertemuan Paul D. Wolfowitz dan Anwar Ibrahim sangat penting. Bahwa penulis turut serta dalam pertemuan itu, juga menjadikannya sesuatu yang bernilai tinggi".
"….Penulis (Gus Dur) dan Paul Wolfowitz sama-sama beranggapan, bahwaposisi Anwar Ibrahim, sama seperti Saad al-Din Ibrahim, yang meringkuk bertahun-tahun di penjara Kairo, Mesir, harus dijaga sebagai salah satu tokoh Muslim moderat…"
Apakah yang ingin digambarkan oleh Gus Dur berkenaan tugas penting yang diarahkan oleh Paul Wolfowitz kepada Anwar itu ? Gus Dur menggambar seperti berikut;
"….Penulis (Gus Dur) memperkirakan ia (Anwar) akan menjadi tokoh kunci dalam perkembangan dunia Islam…Tampak bahwa cukup besar keinginan orang-orang muda muslimin, berbuat dengan sungguh-sungguh untuk menunjukkan bahwa Islam dapat menjadi moto kehidupan secara formal…"
"…"Di sinilah terletak posisi istimewa dari tokoh seperti Anwar Ibrahim. Karena posisinya yang unik itu, Anwar Ibrahim dapat saja menjadi "juru penengah"…"
Pendedahan Gus Dur ini tentunya memeranjatkan ramai pihak, kerana Anwar Ibrahim telah bersetuju menerima arahan daripada Paul Wolfowitz untuk menjadi 'juru penengah' dalam dunia Islam yang bercita-cita untuk menubuhkan Negara Islam.
Bermakna, Gus Dur telah mengesahkan bahawa Paul Wolfowitz telah memberi 'lesen' kepada Anwar menjadi wakil Amerika ke atas dunia Islam. Duta (tidak rasmi) Amerika-Dunia Islam yang diberikan oleh Wolfowitz itu mengesahkan bahawa Anwar telah dilantik sebagai anggota diplomat jemputan CFR.
No comments:
Post a Comment