Friday, January 6, 2012

RG2011... MATLAMAT PERJUANGAN DALAM ISLAM

 

Setiap orang yang menyertai mana mana harakah Islam harus memahami matlamat perjuangan harakah yang disertainya.Perjuangan harakah Islamiah mestilah berpaksi kepada bermatlamat untuk menarik manusia mengabdikan diri kepada Allah samada dalam kehidupan peribadi atau bermasyarakat, samada di dalam solat atau waktu berjual beli, samada dalam pemerintahan atau dalam menegakkan keadilan dan menjatuhkan hukum dan seterusnya.

Allah berfirman maksudnya " Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepada ku".(Al Zariat Ayat 56)

Mengabdikan diri kepada Allah bukan terhad kepada ibadah ibadah khusus saperti solat dan puasa sahaja tetapi ia merangkumi seluruh cara hidup "way of life" .Iaitu dengan tidak ada pemisahan diantara urusan urusan hidup dunia dan di akhirat.Dalam Islam tidak ada pemisahan atau pengasingan di antara hal hal dunia dan akhirat.Dengan erti kata Islam menolak fahaman sekular yang mengasingkan hal hal dunia dengan akhirat.

Pengabdian diri kepada Allah juga bererti menolak seluruh sistem ciptaan manusia yang membawa kepada pengabdian diri kepada Taghut saperti sistem demokrasi, kapitalisme, nasionalisme,sosialisme dan segala isme isme yang diwujudkan oleh manusia.Sistem sistem tersebut nyata gagal dan lemah kerana tidak mampu menegakkan sifat sifat keinsanan manusia dalam menghadapi perjuangan merealisasikan nilai nilai diri manusia.Allah berfirman yang maksudnya " Apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak menciptakan (apa apa), maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran". (a Nahl Ayat 17)

Islam menolak sistem sistem tersebut kerana ia mencabul hak Allah ke atas manusia di dalam hal "ubudiyah dan hakimiyyah". Allah berfirman saperti maksudnya " Menetapkan hukuman itu hanya hak Allah". (al-An'am Ayat 57).

Sumber: Fitrah Islami Online

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment