Saturday, January 21, 2012

RG2011... [Perisik Rakyat®] Dimana Suara Mahasiswa/wi Dalam Pakatan Rakyat..?

 

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


Hari ni boleh dikatakan hampir semua rakyat Negara 1Malaysia kenal dan tahu siapa itu Adam Adli. Nama anak muda ini naik mendadak selepas dia dengan secara spontan menurunkan Bendera dengan Gambar Perdana Menteri 1Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Razak dihadapan Bangunan Putra Trade World Centre (PWTC).

Adam Adli dengan Perjuangan Mahasiswa/wi pro-Perubahan menuntut antaranya supaya AUKU dimansuhkan dan apa yang lebih penting, beliau Mengetuai Sekumpulan Mahasiswa/wi berjuang dan menuntut Kebebasan Akademik melalui apa yang digelarkan oleh Beliau dan rakan-rakannya sebagai "Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik" atau BEBAS.

Gua tak nak bincang tentang apa yang diperjuangkan oleh Adam Adli sebab itu adalah Perjuangan Beliau dan rakan-rakan beliau yang perlu kita hormati dan hanya boleh kita bincangkan kalau kita faham apa yang terkandung dalam Memorandum yang Beliau usung setiap masa kehulu dan kehilir. Masa Adam Adli dan rakan-rakan beliau berkunjung ke Kota Bharu kelmarin, gua cuma sempat tengok je Memorandum tu tanpa sempat membaca kandungannya. Jadi gua tak boleh nak ulas apa-apa.

Gua lebih berminat untuk membincangkan soal "kemana perjuangan Adam Adli" selepas ini. Politik di Negara 1Malaysia ada banyak musim. Isu-isu yang datang tak pernah kekal lama dalam kepala otak rakyat 1Malaysia - hangat-hangat taik ayam - Ungkapan yang lebih tepat.

Kebanyakan isu dimainkan oleh Parti-Parti Politik mengikut musim. Musim Kapal Selam, C4, Atlantuya, Scorpene, KY Jelly, Syabas, Kampung Baru, Kristianisasi, Pasir, Babi, Arak, Judi Bola, Bersih, Undi Pos, Tanjung Pagar, Rasuah dan lain-lain kejap timbul kejap tenggelam.

Hari ni Parti Politik Pembangkang Negara 1Malaysia mengangkat isu Adam Adli secara agak songsang.

Gua sebut "songsang" sebab Mahasiswa/wi sebagai "Hero/Heroin" pada masa ini sebab pada pandangan gua hanya sekadar untuk meraih "Populariti". Lepas ni Mahasiswa/wi akan bergerak secara "Underground" kembali lepas isu ni reda dan "Hero/Heroin" ini akan diangkat kembali apabila hampir tarikh Pilihanraya akan datang.

Komitmen Pakatan Rakyat dalam membantu Mahasiswa/wi hanya untuk meraih sokongan dan "Undi" dalam kotak mengundi dalam Pilihanraya akan datang dan "target"nya hanya untuk Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya dengan "Bantuan" Mahasiswa/wi yang dalam tempoh berkempen, "diangkat menjadi Hero/Heroin".

Kali terakhir "suara Mahasiswa/wi" diangkat menjadi "Menifesto Pilihanraya" ialah pada tahun 1969 dan akibatnya, Parti Melayu terbesar 1Malaysia hampir kehilangan suara Majoriti dalam Dewan tetapi Tragedi 13 Mei menyelamatkan keadaan.

Selepas itu dan seterusnya, suara Mahasiswa/wi hanya diangkat didalam tempoh Kempen Pilihanraya, setiap kali Pilihanraya akan ditampilkan Hero-Hero dan Heroin-Heroin dikalangan Mahasiswa/wi oleh Parti Politik dengan tujuan mendapatkan undi dalam Pilihanraya. Habis Pilihanraya, Mahasiswa/wi terpaksa bergerak secara "underground", berjuang sesama mereka dalam dunia mereka, dalam pagar IPT-IPT dan Universiti-Universiti 1Malaysia.

Pro-Mahasiswa sendirian berlawan dengan pro-Aspirasi yang dibantu oleh Penguasa-Penguasa dalam HEP yang juga bertulang belakangkan UMNO/BN. Sampai sekarang masalah mereka tak selesai-selesai.

Sampai bila Mahasiswa/wi mahu dipergunakan oleh Parti Politik untuk menagih "undi percuma simpatism" dalam Pilihanraya..?

Apa rancangan Pakatan Rakyat selepas ini untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13..? Masih dengan "modal lama" mempergunakan para Mahasiswa/wi untuk mendapatkan "Undi Dalam Kotak" dalam Pilihanraya, menang kemudian pinggirkan Mahasiswa/wi ini macam yang biasa dibuat sejak dulu..?

Gua cadangkan supaya Pakatan Rakyat buat perubahan drastik dalam hal ni.Pakatan Rakyat WAJIB memberi ruang yang lebih luas kepada "Bakal-Bakal Pemimpin masa depan Negara 1Malaysia.

Kena ada 1 wakil di pihak Pakatan Rakyat yang bertindak mengutip suara-suara Mahasiswa/wi, Pakatan Rakyat WAJIB tahu apa Tuntutan-Tuntutan dari Mahasiswa/wi yang dah lama tak pernah dipedulikan oleh mana-mana pihak terutamanya Pihak KERAjaan Negara 1Malaysia.

Pakatan Rakyat perlu tahu bahawa Mahasiswa/wi berjuang bukan semata-mata untuk menuntut supaya AUKU dimansuhkan, Mahasiswa/wi tidak sekadar menuntut supaya PTPTN dimansuhkan dan Hak untuk mendapatkan Biasiswa diberikan semula kepada mereka. Banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih penting diperjuangkan oleh para Mahasiswa/wi tetapi tak pernah diambil kisah oleh mana-mana Parti Politik sebab "mungkin" pada Parti Politik - "its none valuable for a politician".

Setiap Negeri dalam 1Malaysia ada "Dewan Pemuda PAS", "Angkatan Muda KeADILan" dan ada "Pemuda Sosialis DAP"... Leader-leader Pemuda Pakatan Rakyat Negeri-Negeri boleh bergerak sendiri adakan perjumpaan dengan Leader-leader Mahasiswa/wi, dapatkan suara-suara dan tuntutan-tuntutan mereka, bincangkan secara mendalam kemudian pada peringkat akhir, boleh kenal-pasti kepentingan tertinggi dalam suara-suara dan tuntutan-tuntutan tersebut yang layak dibawak keperingkat tertinggi dan dijadikan antara "Menifesto Pakatan Rakyat" untuk Pilhanraya Umum ke-13.

Gua dah bosan dengan strategi Politikus yang setiap kali datang Pilihanraya akan "Menawarkan Gula-Gula" Pilihanraya yang pada dasarnya gua fikir ianya tidak dinikmati oleh semua rakyat Negara 1Malaysia terutamanya adik-adik gua yang bergelar Mahasiswa/wi.

"A Good Government is the 1 that can listen and ready to give what their citizen needs". Tak perlu penuhi semua tuntutan-tuntutan sebab sebagai Rakyat yang Cerdik dan Berakal, kita sedia maklum bahawa tidak akan ada mana-mana Kerajaan didunia ini yang sempurna 100% tetapi sekurang-kurangnya, cubalah untuk wujudkan sebuah Kerajaan yang benar-benar "Memenuhi kehendak, keperluan dan kebajikan rakyat", tidak seperti KERAjaan yang ada sekarang yang hanya pandai berslogan - "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Apa yang didahulukan..?
Apa yang diutamakan..?

Tak salah rasanya kalau kita beri peluang kepada adik-adik mahasiswa/wi kita membentuk sendiri Negara 1Malaysia mengikut kehendak dan keperluan mereka. Gua rasa mereka lebih tahu apa yang mereka perlukan dan apa yang mereka tidak perlukan.


--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/22/2012 05:09:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment