Wednesday, January 11, 2012

RG2011... Step by Step Cara Membuat French Macarons

 

Tuesday, 10 January 2012 09:29

Jom Buat Macarons- Tools & IngredientFeatured

Written by  Nomie Aziz
Rate this item
(0 votes)

Salam semua!  Minta maaf banyak-banyak sebab lama tak mengupdate blog saya ni.  Banyak betul sawang2 ni ha..Laughing.    Okay, buat 2 minggu pertama di bulan Januari 2012 ni saya agak sibuk dengan jadual saya sebagai surirumah, pembuat kek, pengajar baking dan juga penjual emasMoney mouth....mata duitan betulkan?...hahaha..Apa pun niat saya untuk mencari rezeki untuk menolong suami kerana Allah SWT.

Okay2..kita start hari ni dengan Cara-cara membuat macarons ya...Suka diingatkan, bahawa sifu saya dalam macarons ialah pengalaman membuat trial and error selama 2 tahun, oleh itu apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman membuat, melihat video-video di You Tube dan blog2.  Sekiranya terdapat kesalahan dari apa yang saya tulis di sini, harap dimaafkan ya..kerana saya bukan Qualified Chef..saya hanya surirumah yang agak degil dan keras hati bila hasilan bakingnya tidak menjadiCool.

Okay, kita tengok apa peralatan yang perlu ada untuk membuatnya ya:-)

DSC_3117

Stainless Steel Bowl (Plastic pun boleh juga)

DSC_3119

Piping Beg dengan Nozzle Bulat berukuran 10 hingga 12mm.

DSC_3114

Pengayak 

DSC_3121

Hand Mixer

DSC_3140

Loyang yang rata, dan template bulat serta teflon cloth.  Anda boleh gunakan parchment paper atau yang paling mahal ialah Silpat..ada lagi satu yang dah siap acuan bulatnya..saya lupa la pulak nama dia..

Okay ini resipi yang saya pakai..

Macarons Shell

Bahan A

100 gram gula icing

55 gram badam hancur

Badam & Gula Icing, di blend dan kemudian di ayak seperti ini.

 DSC_3114DSC_3115

Bahan B

45gram putih telur

25gram gula halus

DSC_3118

DSC_3120

Sebelah kiri, putih telur, gula dan campuran badam & gula icing.

Nota:  Pastikan peralatan yang anda gunakan bebas dari minyak, air dan anasir-anasir yang tak berkenaan ye.  Ini akan menganggu anda yang didalam proses membuat Macarons.

Semasa mengasingkan telur putih & kuning, pastikan jangan ada walaupun sekecik mana pun kuning telur di dalam putih telur tersebut. Ia kan menganggu proses membuat meringue anda nanti. Telur putih sebaiknya di simpan didalam peti sejuk 3 hari sebelum digunakan. Kalau pakai yang baru pun boleh, tapi output meringue agak kurang cantik.

okay, barang2 ni semua dah siap..ready for Critical Stage No. 1ya - Membuat Meringue:D


sila visit di http://www.keklapis.com untuk step seterusnya ya.



--
Juraiza Abdul Aziz aka Nomie Aziz
016-2951473
www.keklapis.com
www.nomiescakes.com (buy Cakes, Macarons & Pastry)



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment