Sunday, January 8, 2012

RG2011... ~~~Wanita adalah perhiasan~~~

 


Bila bercakap soal bab aurat wanita, ada juga kaum wanita yang tidak suka,
katanya  tidak  payah  dipertikaikan  kerana  masing-masing  tahu tanggung
jawab sendiri. Sekiranya masing-masing tahu apa yang perlu disembunyikan
dari dinikmati oleh pandangan yang tidak berhak melihatnya. Pastinya dunia
akan aman dengan fitnah kerana wanita. Saban hari apa yang terpangpang
cerita wanita terlampau yang berpakaian dan perlakuan yang jelas melibatkan
akhlak terjejas. Wanita yang berpakaian dikira menutup seluruh anggutanya.
Tapi sayangnya pakaiannya "legging". yang ketat menampakkan potongan
dengan terang dan jelas.

Ada  wanita  yang  lantang  bersuara apa ada pada pakaian, inilah yang terbit
dari mulut wanita yang sama sekali tidak pedulikan aurat pada sesiapa sahaja,
pada hal dengan orang buta sekalipun tidak boleh menunjukan aurat, walaupun
mereka tidak nampak. Untuk menilai peradaban dan kehormatan seseorang
atau sesuatu kaum, pandanglah pada pakaian yang mereka pakai.

Dalam kehidupan harian yang mengaku beragama Islam, pakaian merupakan
yang  penting  dan  perlu merencanakan tentang pakaian. Ini juga merupakan
fitrah  manusia,  Semua  orang  mahukan  hidup dalam keadaan beradab dan
terhormat.  Sekiranya  mahu  hidup  dalam  situasi  terhormat dan terpelihara
jagalah kehormatan diri. Cara berpakaian melambangkan persenaliti seseorang.

Dalam al-quran Allah swt telah memerintahkan kita supaya berpakaian untuk
menutup aurat agar memelihara kehormatan. 

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu 
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan 
pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah 
dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) 
supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). 
(Al A'raf ayat 26).

Lihat  trend  terkini  pakaian  ala  barat  yang  menjadi  ikutan, dengan fesyen
yang  dikira  up  to  date yang menjolok mata serta mendedahkan sosok badan.
Apalagi yang diperagakan oleh selebriti yang terkenal dan cantik akan membuat-
kan orang lain cepat terpengaruh, ada yang sanggup kuruskan badan semata-
mata mahu mengenakan fesyen terkini yang mendedahkan aurat. 

Sebahagian umat Islam khasnya kaum wanita tanpa rasa malu dan tanpa
memperdulikan batasan halal dan haram mempamerkan aurat sewenang-
wenangnya sehingga menimbulkan fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.
Dalam situasi sekarang ramai ibu bapa yang menutup aurat tetapi sanggup
membiarkan anak-anak gadis mereka mendedahkan tubuh badan dengan
berpakaian seksi, sendat dan ketat. 

Ada juga kalangan ibu bapa apabila ada yang menegur cara anak mereka
berpakaian, mereka tidak boleh terima yang kononnya itulah yang terbaik
cara mereka mendidik anak-anak. Ibu bapa serta anak-anak bergelumang
dengan dosa. Dosa yang tidak patuh  pada Allah, dosa membiarkan anak-
anak  kerana  mendedahkan aurat, dan dosa dari fitnah yang timbul juga
dosa  tidak  mendidik  anak-anak  sebagaimana  yang diamanahkan oleh 
Allah swt.  Sesungguhnya  dosa  kerana  tidak menutup aurat ianya akan
berkembang kepada dosa-dosa yang lain samada yang terang dan yang
tidak kita sedari.

Wahai wanita sayangilah dirimu batasi setiap perbuatan. Dan orang yang
paling dikasihi Allah adalah orang yang bertaqwa. Dan ingatlah sekiranya
Allah  cabut  kemulian,  akan  menjadi amat hina sehingga tiada tempat 
lain  lagi  kecuali neraka. Sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah saw
semasa Israk dan Mikraj bahawa kebanyakan perempuan duduknya di-
Neraka.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita 
yang solehah." 
(Riwayat Muslim)
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment