Friday, March 30, 2012

Re: RG2011... Fw: Di Dakwa Buat Laporan Palsu

 


Maaf ye, tapi saya nak cakap gak sebagai peringatan semua terutama kaum Hawa. Arwah nenek saya pernah mengingatkan saya: berhati-hati berkawan. Orang perempuan pasti dipersalahkan sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya. Contohnya: kalau bercerai, org akan pandang serong pada pempuan tp lelaki x salah; bila kaum adam merogol kaum hawa, yg malu perempuan, lelaki x kisah pun; kalau anak kurang ajar, ibu yg disalahkan sebab ibu berada dirumah sentiasa, ayah bekerja. Dan byk lg conth kalau nak dibincangkan.

Kesimpulannya, jangan biarkan diri kaum Hawa ini dipermainkan oleh kaum Adam, jglah tata susila dan adat resam kita.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 28 Mar 2012 23:59:16 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Di Dakwa Buat Laporan Palsu

 

----- Original Message -----

Rogol, Fatihah Di Dakwa Buat Laporan Palsu Tapi Wajarkah Teman Lelakinya Itu Mahu Di Lepaskan

PDO
 
 
Apa sudah jadi dengan undang-undang jenayah di Malaysia ini agaknya. Mangsa culik yang dipercayai lari mengikut teman lelakinya, dan kemudian mendakwa dia telah dirogol tiba-tiba mahu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. Inilah yang bakal terjadi kepada adik Siti Nor Fatihah Mahadi (foto), dari Taman Tas Kuantan. Beliau yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang dipercayai seorang anggota polis kini bagai "sudah jatuh ditimpa tangga".
 
Malah, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman memaklumkan selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah mereka menge­sahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol. Bahkan, pihak polis juga tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan tujuan peribadi. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan laporan yang hendak dibuat terutama melibatkan penipuan kerana pihak berkuasa tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu. Apa yang menarik untuk diperkatakan di sini, benarkah Fatihah membuat laporan palsu atas apa yang terjadi ke atas dirinya (dirogol) dan kenapa begitu cepat pihak polis memaklumkan kepada media bahawa dia tidak dirogol dan dia membuat laporan tersebut untuk tujuan peribadi?.
 
Persoalan juga timbul, kenapa pihak polis tidak mahu mendakwa teman lelaki beliau atas kesalahan menculik?. Jika pun mereka "suka sama suka", bukankah Fatihah adalah "di bawah umur" dan ia menjadi kesalahan kepada teman lelakinya kerana membawa lari remaja berkenaan. Dalam apa jua cara sekali pun, teman lelaki pasti bersalah kerana melarikan Fatihah. Malah, dalam mana-mana kes rogol yang berlaku di negara kita tidak timbul soal "suka sama suka", pihak lelaki pasti akan disabit dengan kesalahan merogol walau pun mengaku ia dengan kerelaan hati pasangannya.

Wajarkah "Teman Lelaki" Fatihah Tidak Di Siasat?
 
PDO

Soalnya sekarang kenapa dalam kes Fatihah, teman lelakinya tidak mahu disiasat dan didakwa atas tuduhan melarikan "budak di bawah umur"?. Adakah kerana dia seorang "anggota polis"?. Bayangkan jika kes ini melibatkan orang awam biasa. Pasti polis akan membuat siasatan rapi kenapa teman lelaki remaja terbabit melarikan beliau. Malah, pertuduhan mahkamah boleh dibuat atas kesalahan berkenaan. Kini, satu lagi masalah besar menanti Fatihah. Sudahlah teman lelakinya tidak disiasat polis, kini dia pula berhadapan dengan tuduhan membuat laporan palsu kononnya dia dirogol. Benar, beliau melarikan diri dari rumahnya di Taman Tas pada 19 Mac, namun harus diingat dia ditemui dirumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan pada 22 Mac.
 
Maknanya dia hilang dalam tempoh 48 jam dan dibawa lari oleh seorang anggota polis. Soalnya, wajarkah teman lelakinya membawa lari remaja terbabit (Fatihah)?. Sebagai seorang anggota polis dia tidak sepatutnya bertindak demikian. Sebelum dijumpai di Merchong, ke mana dia membawa remaja terbabit?. Inilah yang menjadi kemusykilan dan pihak polis sepatutnya menyiasat serta mengambil tindakan terhadap teman lelaki beliau. Namun, mungkin dek kerana dia seorang anggota polis maka nama jabatan itu terpaksa dipelihara. Malah, tidak wajar pihak polis terus mendakwa Fatihah membuat laporan palsu sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah. Apakah kita boleh menerima kenyataan polis semudah itu? sedangkan banyak kes yang berlaku sebelum ini amat mencurigakan kita. Amat ditakuti, ada unsur-unsur "tutup kes" dalam kejadian ini kerana ia melibatkan penjawat awam yang berstatus "anggota polis".
 
Keluarga Fatihah perlu membawa kes ini ke mahkamah untuk memberi keadilan kepada anaknya. Jika tidak, kita gusar Fatihah akan didapati bersalah membuat laporan palsu atas kejadian yang menimpa dirinya. Biarlah mahkamah yang memutuskan kes ini. Malah, ada yang sangsi bila Fatihah dengan pengakuan Fatihah pada 22 Mac lalu, bila mengaku dia tidak diculik, tetapi dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya.

[Apa yang menarik untuk diperkatakan juga ialah jika Fatihah mahu didakwa membuat laporan palsu dia dirogol dan pihak polis pula menggunakan laporan perubatan hospital sebagai bukti dia tidak dirogol maka apa bezanya dengan kes Saiful Bukhari Azlan dulu. Bukankah, Anwar didapati tidak bersalah atas pertuduhan itu dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal Januari lalu maka ini bermakna Saiful telah membuat laporan palsu dia diliwat. Maknanya pihak polis juga perlu mendakwa Saiful mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang sama.
 
Soalnya, kenapa pihak polis melepaskan Saiful begitu sahaja tanpa pendakwaan membuat laporan palsu?. Saiful wajar disiasat kerana membuat cerita palsu atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Keduanya, jika polis merujuk laporan perubatan kes Fatihah untuk mendakwa dia membuat laporan palsu, maka kenapa ketika Saiful membuat laporan diliwat Anwar dulu pihak polis tidak merujuk laporan perubatan Hospital Pusrawi yang mengesahkan dia tidak diliwat?. Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Nampaknya ada dua undang-undang yang berbeza terhadap kes yang sama. Oleh itu, difikirkanlah apa akan berlaku jika teman lelaki Fatihah itu adalah orang awam?. Sudah pasti dia akan disiasat dan didakwa dibawah pertuduhan melarikan "remaja di bawah umur". Maka, sama-samalah kita fikirkannya].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment